Jan 10, 2019 - 130

Mencari Produk Cantik KURANG RM50? — 4U2 COSMETICS Pilihan yang Tepat

Cantik itu ada caranya. Lebih molek jika dapat gunakan alat solek yang berkualiti dan paling penting 4U2 Cosmetics sudah terpahat di hati.

 

 

 

 

Kredit foto: 4U2

 

 

 

JENAMA 4U2 Cosmetics masih baru kepada anda? Mungkin tidak, kerana jenama 4U2 dibangunkan pada penghujung 1990-an oleh perintisnya iaitu Keith McCulloch di Los Angeles, Amerika Syarikat di bawah payung syarikat Bel*Air Cosmetics.

 

Ilham untuk mencipta jenama ini lahir apabila McCulloch menyedari tiada jenama alat solek yang memfokus kepada konsumer yang berusia 20-an dan anak remaja pada ketika itu.

 

Justeru, hasil karyanya dalam dunia kecantikan ini sudah semestinya menawarkan barisan warna-warna yang ceria dan menggoda, sajak sama jiwa anak muda!

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 4U2 COSMETIC MALAYSIA (@4u2malaysia) on

 

 

Elemen fesyen dan selebriti yang menjadi nadi inspirasi penghasilan alat solek di bawah payung 4U2 Cosmetics ini menjadikan ia pilihan yang terkini, trendy dan berbaloi dimiliki. Juga sangat berdedikasi terhadap dua cabaran iaitu ekspresi dan mengejar penemuan diri. Barulah anda yakin untuk tampil cantik sepanjang hari.

 

 

 

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 4U2 COSMETIC MALAYSIA (@4u2malaysia) on

 

 

 

Syabas 4U2 Malaysia!

Anda tahu sejarah 4U2 di Malaysia? Okey, ini kisahnya… Jenama 4U2 Cosmetics memasuki pasaran Malaysia pada 2010 di bawah perjanjian eksklusif bersama Watsons dan memulakan program pembangunan pada awal 2011 di pasaran yang berpotensi tinggi ini.

 

Hingga kini 4U2 Malaysia beroperasi secara dalam talian melalui Hishop.my dan boleh didapati di Pusat Membeli-belah AEON yang terpilih seperti Bandar Dato Onn, Johor Bahru; Tebrau City, Johor Bahru; Ayer Keroh, Melaka; Bandar Baru Klang, Shah Alam, Taman Maluri, Midtown, Falim Ipoh, Queens Bay, Pulau Pinang dan Kuching Central, Sarawak.

 

Pada 2017, 4U2 Malaysia telah dijemput untuk menjadi sebahagian daripada rakan kongsi untuk Parkson Play Up Advance di Fahreinheit88, Kuala Lumpur; Paradigm Mall, Johor Bahru; Free A’Famosa Outlet Port, Melaka dan yang terbaru di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

 

Tahniah buat team 4U2 Malaysia terutama kepada Pengarah Urusannya, Faezah Suradi yang gigih membina nama di tanah air tercinta!

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 4U2 COSMETIC MALAYSIA (@4u2malaysia) on

 

 

PERLU ADA DI DALAM BEG MEKAP ANDA! Ini 2 Alat Solek 4U2 Cosmetics Terbaru:

 

1. 4U2 Super Matt Extra Soft Touch Powder SPF50 PA+++

Bedak padat dengan rumusan super fine dan super matt  ini menawarkan sentuhan lembut dan liputan ringan untuk keselesaan sepanjang hari. Sesuai dengan kehendak konsumer hari ini yang menolak penggunaan alat solek berlitupan ‘berat’.

 

Dilengkapi dengan Teknologi ‘The Powder Flour’, ia membantu menjadikan kulit menyatu dengan sapuan bedak dan kelihatan lebih semula jadi.

 

Selain membantu mengawal serta menyerap peluh dengan baik, sekali gus membuatkan sapuan bedak tidak mudah mencair.

 

Inovasi ‘Blurring Effect’ pula membantu mengurangkan ketaraan kedutan, sekali gus bertindak membersihkan liang pori bagi mengelakkannya daripada tersumbat. SPF50 PA+++ membantu melindungi kulit daripada bahaya sinaran matahari.

 

Anda boleh pilih rona Fair, Beige, Medium atau Tan yang sesuai sama warna kulit anda.

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 4U2 COSMETIC MALAYSIA (@4u2malaysia) on

 

 

 

2. 4U2 Love Me More Blush

Mahu wajahmu kelihatan berseri-seri? Mudah sahaja, ini panduannya.  Naikkan seri pipi anda dengan sepuhan pemerah pipi 4U2 Love Me More Blush di sekitar buah pipi agar lebih menonjol.

 

Dengan tekstur super licin, pemerah pipi ini menawarkan sepuhan warna yang mudah dipadankan dengan calitan alat solek berona pusam ataupun berkilau. Warnanya juga tahan lama dan sesuai apa jua gaya solekan untuk wanita. Koleksi pemerah pipi ini menawarkan Shimmer Collection dan Matt Collection.

 

Shimmer Collection membariskan enam rona berkilau dan cantik yang sesuai buat anda yang bersifat berani untuk mencuba, mahukan perhatian dan happy-go-lucky. Matt Collection juga menawarkan enam pilihan rona.

 

Serakan warnanya lebih selamat, justeru ia sesuai dengan wanita yang sifatnya bersederhana.

 

 

 

Kredit foto: 4U2

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.