Mar 27, 2017 - 186

5 Tips Solekan Metalik Mesti Anda Tahu Sebelum Menyolek Wajah

Inilah masanya untuk bereksperimen dengan percikan kilat dan kilau pada solekan wajah. Wow, pasti cantik!

 

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

 

 

Sumber Foto: Arkib InTrend Malaysia

 

 

 

 

5 Tips Solekan Metalik 

 

 

PAKAI PRIMER

Jika menggunakan pembayang mata atau celak metalik, pastikan menyapu sedikit primer atau pembayang berkrim terlebih dulu agar pigmen metalik itu melekat pada kulit dan tahan lebih lama. 

 

 

ADUN SEMPURNA

 Sekiranya mahu subtle metallic eyes, pastikan ia diadun sempurna. Sapukan beberapa tona berbeza dan adun mesra untuk mendapatkan look yang sekata dan tidak keterlaluan. Kamu juga boleh menjadikan pigmen metalik sebagai highlighter daripada sekadar ‘statement look’. 

 

 

 

 

Sumber foto: sephora.com (Bobbi Brown Shimmer Brick)

 

 

 

TAMBAH WARNA

Warna-warna metalik adakala buat wajah nampak ‘keras’ dan kusam. Tambahkan kehangatan wajah dengan sedikit warna pada pipi atau bibir. Cuba rona keemasan dengan tona seperti pic dan plum gelap manakala perak bersama tona jingga atau kemerahan. 

 

 

PRAKTIKALKAN PENGGUNAANNYA

Yang cantik dilihat pada model iklan tidak semestinya cantik pada penggunaan realiti. Praktikalkan penggunaan solekan metalik dengan mengambil idea ringkas seperti mencuba hanya alitan pada garis bulu mata daripada menyepuhkan keseluruhan pada kelopak mata. 

 

 

KESEIMBANGAN

Jangan keterlaluan! Harmonikan penampilan solekan metalik. Jika dipraktikkan pada mata, maka bibir dirias dengan pantulan berkrim dan wajah matte. Begitu juga sebaliknya. 

 

 

 

 

Sumber foto: Arkib InTrend Malaysia 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.