Apr 21, 2016 - 2

[EKSKLUSIF] MAC Berkerjasama dengan DreamWorks Trolls Menghasilkan Koleksi Terbaru

MAC berkerjasama dengan DreamWorks Trolls bagi menghasilkan koleksi solekan terbaru yang diinspirasikan daripada...

Mac-2.jpg

Jenama kosmetik terkenal dunai, MAC bakal melancarkan koleksi kosmetik terbaru. Pastinya koleksi ini mendapat perhatian buat penggemar kosmetik, apabila MAC berkerjasama dengan DreamWorks Trolls bagi menghasilkan koleksi solekan terbaru ini.  MAC memilih karakter, Troll Dolls sebagai sumber inspirasi bagi menghasilkan koleksi ini. The MAC Good Luck Trolls collection ini, hadir dengan rona-rona neon yang memukau. Menurut, Pengarah Kreatif dan Senior Vice President  MAC, sejak 1960-an patung The Good Luck Troll ini memberi kegembiraan kepada kanak-kanak yang memilikinya. Kami amat berbesar hati dapat memberi perhatian menghasilkan koleksi ini dengan Troll Dolls. 

Koleksi ini terdiri daripada 22 rona gincu, lip glasses, pigments, glitters powders dan set berus solekan. Harga produk ini bermula dari $17 hingga $43. Antara produk yang pasti menjadi pilihan ‘beauty junkie’ ialah lip-glass “Twerkquoise,” dengan pantulan rona pink, gincu “Dance Off Pants Off ” yang berwarna merah jambu terang dan Duo Fibre Face Brush. Pelancaran koleksi ini, MAC Cosmetic juga meraikan budaya pop dan fantasi dengan menghasilkan rona-rona terang dalam koleksi terbaru ini. The MAC Good Luck Trolls Collection akan dilancarkan di dalam talian pada 28 Julai ini dan mula dipasarkan di semua stor MAC pada 4 Ogos ini.  
 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.