Feb 04, 2015 - 7

Kuasa Tapak Sulaiman Memperbaiki Kulit wajah ?

Memperbaiki tekstur kulit selain meningkatkat daya elastik. Mengapa ia perlu? Kerana di usia 25 tahun ke atas, pengeluaran kolagen semula jadi tubuh menurun.

dcfwecwefw.jpg
Umpama teman yang hadir saat berkepentingan begitu juga dengan solekan, boleh menutup dan melindungi cela wajah tapi apabila ia ditanggalkan, wajah terbiar dan mungkin sedikit berubah? Justeru – penampilan kali pertama produk kecantikan premier Sorabee oleh Amaranth Cosmetics di Malaysia melalui majlis pelancaran istimewa dihadiri tetamu jemputan dan rakan media tepat pada masanya. Kini peminat bintang Kpop juga mendapat peluang memanjakan diri melalui kaedah sama digunakan idola mereka yang sentiasa kelihatan muda dan cerah berseri – walau dengan wajah polos atau dirias tetap diperhati, membuatkan diri berasa seksi dan menawan, membuat rakan kagum  dengan keyakinan dimiliki.

Kolagen tapak sulaiman mengeluarkan bahan menyerupai gam yang memegang sel di bawah epidermis. Dermis terdiri daripada 70 peratus kolagen. Fungsinya adalah memperbaiki tekstur kulit selain meningkatkat daya elastik. Mengapa ia perlu? Kerana di usia 25 tahun  ke atas, pengeluaran kolagen semula jadi tubuh menurun. Apabila proses penuaan berlaku, kedutan dan garis halus mula kelihatan di sekitar mata disebabkan kurangnya kolagen dan kelembapan. Jadi, ekstrak kolagen daripada tapak sulaiman adalah pelindung ideal untuk kulit yang saban hari terdedah pelbagai elemen tidak baik. Penyelidik di Sorabee sedar, perlu ada usaha sebelum dapat keluar dari rumah dengan wajah paling menarik.
Rangkaian produk Sorabee dihasilkan khusus untuk lelaki dan wanita dari pelbagai latar belakang yang percaya kulit sihat, bersinar dan cantik boleh direalisasikan – kekalkan kelembapan dan keanjalan kerana ia mampu menghapuskan kedutan jauh lebih hebat daripada penyamar noda.
dceecedc.jpg
Produk berharga antara RM55 hingga RM100, dan satu paling ketara selain melembutkan kulit, mungkin ia juga mampu menarik perhatian rakan sekerja.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi cawangan mereka di Main Place USJ 21/10; The
Mines, Selangor; Quill City Mall, Kuala Lumpur; Taiping Mall, Perak; Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya dan Gurney Plaza, Pulau Pinang uang beroperasi bermula November ini.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: