May 04, 2017 - 199

Mengapa Sebotol Haruman Buat Pasangan Teringatkan Anda Selalu? Ini Sebab-sebabnya…

Tidak perlu beli yang mahal, berikan sesuatu yang si dia selalu gunakan. Mungkin haruman hadiah yang tepat.

 

 

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman

 

 

 

Kredit foto: Shutterstock.com

 

 

 

SELALUNYA jika membeli haruman, sebaiknya tuan empunya badan lebih layak dalam membuat pilihan. Ini kerana mereka lebih tahu apa yang sesuai buat diri mereka. Tetapi, ada ketikanya, si jelita ingin juga memberikan kejutan buat sang jejaka dengan memberikan hadiah minyak wangi sebagai tanda kasih dan sayang.

 

 

5 Sebab Haruman Ideal Sebagai Hadiah Buat Si Dia 

 

1. Minyak wangi selalu dikaitkan dengan memori dan emosi. Ia bersifat personal, maka sangat tepat untuk dijadikan hadiah buat yang tersayang agar kamu sentiasa di ingatannya kala haruman itu menerpa ke tubuhnya. 

 

 

2. Hadiah yang mengujakan selalunya hadir dengan pakej yang lengkap; yakni cantik dipandang dan indah digunakan. Minyak wangi lumrahnya dibaluti kotak dan kelalang yang unik dan istimewa. Adakala dibuat sebagai edisi terhad menjadikan cukup eksklusif. 

 

 

Kredit foto: Yves Saint Laurent

Yves Saint Laurent Black Opium Floral Shock Eau de Parfum

 

 

 

3. Ia boleh dikategorikan sebagai hadiah mewah tapi pada harga yang mampu dibeli. Tidak semua mampu untuk membeli beg tangan Gucci atau sepatu Salvatore Ferragamo, tetapi siapa tidak mahu punya koleksi daripada jenama antarabangsa itu. Jadi, minyak wangi adalah jawapannya! 

 

 

4. Haruman bukan hanya untuk dipakai. Semua kita akan menyimpannya sebagai koleksi berharga selepas habis digunakan. Ia menjadi aset kenang-kenangan untuk kebanyakan orang. 

 

 

Kredit foto: Gucci.com 

GUCCI Intense OUD 90ml Eau de Parfum

 

 

 

 

5. Ia hadiah yang praktikal daripada segi saiz, harga, kesesuaian dengan individu dan tidak terhad untuk apa jua jantina, usia mahupun latar belakang. Pilih sahaja yang mana, hulurkan, si penerima pasti tidak sabar mahu memicit picunya! 

 

 

 

Kredit foto: Sephora

JIMMY CHOO Man Eau de Toilette Spray

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.