Dec 18, 2018 - 34

8 Produk KIEHL’S Ini Boleh Anda Beli dengan Harga WOW! — ‘Secret Santa’ Kena Cari Segera!

Tahun ini, Kiehl’s berkolaborasi bersama Andrew Bannecker untuk koleksi musim cuti mereka. Ayuh, lihat apa yang menarik?

 

 

 

Kredit foto: Kiehl’s

 

 

 

Jika sebelum ini, Kiehl’s bekerjasama dengan ramai artis terkenal dunia untuk mencipta koleksi musim cuti mereka seperti Jeff Koons, KAWS, Kenny Scharf, Peter Max, Jeremyville, Kate Morros dan lagenda Mickey.

 

Dan, tahun 2018 ini, Kiehl’s telah memilih artis berbakat emas, Andrew Bannecker untuk rekaan pembalutan produk musim cuti yang pasti mengujakan semua pelanggan mereka.

 

Menurut Timbalan Presiden Kanan Kiehl’s, Maria Gustafson, “Andrew ialah salah seorang pereka ilustrasi yang punya sentuhan sofistikated ceria.

 

Koleksi kali ini menggabungkan kotak hadiah edgy, grafik yang menyerlah, warna-warna menjerit dan sentuhan emas yang mengejutkan. Inilah Kiehl’s Holiday wonderland!”

 

 

 

Andrew Bannecker

 

 

Menarik tentang Andrew Bannecker:

 

 

Bagaimana anda menjelaskan seni anda?

Vivid and fun! Saya cuba untuk menyuntikkan emosi dalam setiap karya saya.

 

 

Bagaimana makna percutian itu bagi anda?

Keluarga adalah segalanya bagi saya, justeru percutian adalah masa yang sangat istimewa. Masa bersama yang sebenar.

 

 

Apakah harapan anda terhadap percutian?

Saya berharap setiap orang akan memiliki sedikit magis dalam musim cuti ini.

 

 

Apa yang membuatkan anda terinspirasi?

Saya sentiasa terinspirasi. Sama da ia datang daripada artis lain atau hanya daripada lukisan jari-jemari anak saya, ia sentiasa merangsang saya.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Kiehl's Malaysia (@mykiehls) on

 

 

Boleh ceritakan sedikit mengenai inspirasi dan rekaan anda buat Kiehl’s?

Kiehl’s adalah satu jenama ikonik dengan sejarah panjangnya yang unik dan playful. Saya memulakannya dengan playful dan cuba untuk mencipta hasil yang menyerlah dan berkaitan. Saya suka menyuntikkan kemasan yang apabila kamu melihatnya, ia mampu membuat kamu rasa gembira lalu tersenyum.

 

Kombinasi bentuk, karakter dan warna yang terang, semua elemen ini saling bergabung dan membantu menyampaikan kisah Kiehl’s itu.

 

 

Kongsikan proses penciptaan koleksi ini?

Disebabkan musim cuti adalah kegemaran saya, ia menjadikan saya sangat teruja untuk memulakan projek ini. Saya biasa dilatih dengan penggunaan sketchbook dan saya mula melakar bentuk percutian, dan terus melukisnya menjadi kepada karakter-karakter kecil.

 

Dan gabungan ini menjadikan dunia mereka menyinari kehidupan.

 

 

Apakah produk Kiehl’s yang anda gemari?

Kiehl’s Age Defense Cleanser dan Midnight Recovery Eye.

 

 

Apakah memori pertama anda bersama Kiehl’s?

Saya tidak berapa ingat di mana tetapi yang pasti saya berjalan melintasi butik Kiehl’s dan kemudian menjengah dua kali ke dalam butiknya. Ia terang, cantik dan amat mempesonakan deria.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Kiehl's Malaysia (@mykiehls) on

 

 

Koleksi Kiehl’s X Andrew Bannecker yang sangat mengujakan: 

 

1. Midnight Recovery Concentrate, RM326

Produk paling laris! Formulanya membekalkan semula penawar minyak pati asli dan distilled botanicals untuk memantulkan wajah berkilauan keesokan paginya.

 

 

2. Butterstick Lip Treatment, RM85

Rawatan bibir pada waktu malam yang memberikan kesuburan kepada ulas bibir. Ia membantu mengelakkan bibir kering dan rosak.

 

Menghaluskan saat ia dieksfoliasi secara lembut. Bibir akan menjadi lebih lembut dan mungil keesokan harinya.

 

 

3. Calendula Herbal-Extract Toner, RM160

Menjadi kegemaran ramai pelanggan sejak 50 tahun lamanya. Penyegar lembut ini bebas alkohol dan mengandungi Calendula dan kelopak Calendula yang diperoleh daripada bunga Marigold.

 

Ia meninggalkan rasa kelembutan dan kesegaran optimum pada wajah. Sesuai untuk kulit normal ke kering atau normal ke berminyak.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Kiehl's Malaysia (@mykiehls) on

 

 

4. Ultra Facial Cream, RM120

Krim hidrasi wajah ini bertekstur ringan yang memberikan keselesaan pada kulit. Formulanya menyalurkan hidrasi 24 jam dengan penggantian air berpanjangan sepanjang hari.

 

Ia membantu mengurangkan kekangan lembapan dengan menyerap lembapan daripada udara. Boleh didapati dengan tiga rekaan menarik – selak pelekat untuk mengetahuinya!

 

 

5. Crème de Corps Whipped Body Butter, RM155

Krim badan yang sangat halus pada kulit dengan limpahan hidrasi untuk 24 jam lamanya. Formula terunggulnya memberikan penyerapan segera untuk memulih, melindungi dan melembutkan kulit.

 

Kulit akan menyerap lembapan yang mendalam sambil meninggalkan efek ringan dan keharuman berpanjangan.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Kiehl's Malaysia (@mykiehls) on

 

 

6. Crème de Corps, RM116 (250ml), RM204 (500ml)

Formulanya yang super-enriched, memberikan rawatan tubuh gebu dengan formulasi Beta-Carotene, Squalane dan nurturing oils. Sesuai untuk kulit sangat kering bagi menjadikannya lebih lembut dan lembap.

 

 

7. Holiday Bar Soaps, RM70

Sabun mewah ini menyental sel kulit mati pada permukaan kulit tanpa mengeringkannya. Diformulasi dengan biji aprikot untuk kaedah eksfoliasi, ia turut melembutkan kulit seumpama baldu. Sabun ini didatangkan dalam tiga aroma; Coriander, Grapefruit dan Lavender.

 

 

8. Customize Gift Set

Koleksi kerjasama ini juga turut menawarkan rekaan eksklusif untuk pelanggan yang mahukan sentuhan khas untuk hadiah percutian mengikut selera mereka. Sebagai tambahan, turut disediakan khidmat pembalutan hadiah menggunakan kotak hadiah Limited Edition Kiehl’s X Andrew Bannecker.

 

Inilah kegirangan hujung tahun yang dinanti. Terima kasih Kiehl’s untuk kegembiraan ini!

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Kiehl's Malaysia (@mykiehls) on

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.