May 27, 2017 - 1104

Ajaibnya! Susu Cerahkan Kulit, Rawat Luka, Kecilkan Pori — Ini Caranya, Wanita Nak Cantik MESTI BACA

Benarkah susu mampu memberikan kecantikan pada kulit wanita, malah paling berguna buat mereka yang bakal menjadi raja sehari? Kami temui jawapannya.

 

 

 

Sumber foto: Getty Images 

 

 

 

 

UMUM mengetahui susu sememangnya berkhasiat untuk kesihatan. Malah jika diperhalusi khasiatnya berupaya membantu menyerlahkan kecantikan wanita. Contohnya amalan mandi susu yang diamalkan sebagai ritual cantik bagi melembutkan kulit. Sejarah dua jelitawan, Cleopatra dan gundik Yang Kuel Fei membuktikan susu memiliki keistimewaannya selain sekadar diminum apabila kedua-dua wanita ini menggunakan susu sebagai bahan mandian untuk menjadikan kulit lebih halus dan cantik. 

 

Malah sudah terbukti mandi susu bukanlah teori baru dalam dunia kecantikan moden. Contohnya, ekstrak susu diproses sebagai bahan utama dalam pembuatan losen untuk melembut dan menghaluskan kulit.

 

Kisah Cleopatra Suka Mandi Susu Itu Mitos Atau Benar?

Rahsia kecantikan Cleopatra dan Yang bukanlah satu mitos kerana terbukti susu sememangnya mengandungi bahan yang diperlukan untuk kesihatan. Khasiat dan manfaat susu sebagai bahan dalam bidang kecantikan diterangkan oleh Naib Presiden Penyelidikan dan Pembangunan Asia Pasifik, Johnson & Johnson International, Dr Alain Khaiat, yang memberi taklimat mengenai ‘Keindahan Susu — Mitos dan Fakta’.

 

Menurut Dr Khaiat, susu secara semula jadi mengandungi bahan penting bagi kesihatan kulit dan sebagai makanan awal ketika hidup. Dalam setiap gelas susu yang diminum, sistem tubuh akan menyerap vitamin A, B12, protein, kalsium, vitamin D, kalium, riboflavin, naisin, fosforus dan air. Malah dalam masa sama ia berfungsi menggalakkan pertumbuhan sel, melembap, mengering dan mengekalkan struktur kulit, memastikan tulang kuat, menggalakkan penyerapan kalsium dan fosforus pada tulang dan gigi serta menghalang berlakunya osteoporosis.

 

 

 

Sumber foto: Getty Images 

 

 

 

 

Tips Cantik Dengan Susu yang Anda Mungkin Tidak Pernah Dengar 

TIPS 1 Cara Mandi Susu

Jika tubuh terasa penat dan kulit kelihatan kusam, amalkan mandi susu selama 20 minit. Ambil sabun dan gosokkan pada badan secara perlahan dengan gerakan berpusar untuk menanggalkan sel-sel kulit mati. Perhatikan juga daerah sensitif untuk mengelakkan terjadinya iritasi kulit. Selepas itu, bilas susu dengan air. Campuran air susu sebaiknya jangan terlalu panas supaya tidak mengakibatkan kulit cepat kering. Kulit terasa lebih tegang dan sedikit berminyak selepas mandi susu.

 

 

TIPS Buat Masker Susu Dengan Yogurt

Kamu jua boleh menggunakan yogurt atau susu sebagai masker. Rawatan ini berkesan untuk menghilangkan kesan penuaan dan mengusir noda di wajah. Masukkan dua senduk teh yogurt, setengah senduk teh madu dan jus lemon. Setelah digaul rata, lumurkan pada wajah dan biarkan ia meresap selama 15 minit. Kemudian basuh muka dengan air suam.

 

TIPS 3 Kecilkan Pori-pori Muka Dengan 'Sour Cream' (Susu Masam)

Jika kamu mempunyai masalah pori-pori yang besar dan terbuka, cuba ini. Ambil sour cream secukupnya dan lumurkan pada wajah dan leher. Biarkan selama 15 minit, lalu cuci wajah dan leher hingga bersih. Jika diamalkan selalu, pori-pori akan mengecil dan kulit pasti lebih lembut.

 

 

TIPS 4 Sental Kulit Berdaki Dengan Menggunakan Susu 

Larutkan sedikit garam di dalam air mendidih dan tambahkan empat cawan susu tanpa lemak. Biarkan ia suam dan berendamlah selama 20 minit dan lakukan scrubbing. Ini adalah salah satu cara menanggalkan sel-sel kulit mati dan membuat tubuh serta kulit menjadi lebih putih dan bersih.

 

 

 

 

Sumber foto: Getty Images 

 

 

 

 

TAHUKAH ANDA...

FAKTA: Dadih Boleh digunakan Untuk Merawat Luka

Susu juga disyorkan sebagai bahan untuk merawat luka. Pada 1997, doktor di Commonwealth Scientific and Industrial Research Organization Division of Human Nutrition, Australia, mendapati dadih (sebahagian lebihan susu yang diproses menjadi keju) mengandungi faktor pertumbuhan yang menggalakkan pertumbuhan sel serta mampu memperbaiki tekstur kulit. 

 

Berdasarkan fakta ini, ketua pasukan penyelidikan, Dr David Belford mencadangkan dadih tergolong dalam kategori bahan yang berfungsi sebagai agen penyembuhan khas bagi merawat luka atau sebagai penghapus kedut dalam rawatan kosmetik.

 

“Susu bertindak sebagai pelindung dan penghalang kerana protein yang ada di dalam susu mengaktifkan mekanisme perlindungan dan meningkatkan radang pada sel kulit yang terdedah dan mempercepatkan proses pemulihan. Sebagai bahan rawatan untuk kulit, protein laktoglubin yang terkandung dalam susu berupaya meningkatkan tona kulit. Ia menjadikannya lebih pejal dan mengurangkan kesan kedutan yang ketara.

 

Paling menarik mengenai protein susu ini adalah molekulnya bersesuaian dengan kulit manusia. Asid amino di dalamnya bertindak sebagai minyak pelembut (emolien), mudah diserap serta mengekalkan tahap kelembapan pada kulit,” katanya.

 

Susu juga dikenali sebagai agen pengelupas semula jadi kerana mengandungi AHA pada asid laktik. Asid laktik adalah satu bentuk AHA lembut yang membentuk semula tekstur pada permukaan kulit dan merangsang pembaharuan sel. Susu sebagai pemutih kulit bukanlah mitos kerana berdasarkan kajian yang dijalankan mendapati bahawa sodium caseinate dan protein susu mempunyai kesan pemutihan. 

 

Tahukah kamu susu sudah digunakan sejak zaman Roman Kuno lagi sebagai pembersih muka? Malah masyarakat pada zaman itu merendam sepotong roti dalam susu untuk digunakan sebagai span bagi membersihkan muka. Dakwaan itu kini terbukti kerana protein dalam susu yang digunakan sebagai persediaan membersih mampu menyejukkan kulit. Faktor penyejukan ini digunakan bagi mengurangkan reaksi kulit yang sensitif. 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  general