May 21, 2017 - 67

Cantiknya Rambut Pengantin Ini! — Baca TIPS Kami Jika Anda Ingin Tiru Gaya Dandanan Ini

Pastikan satu hari terpenting itu anda sempurnakan dengan gaya dandanan yang paling cantik. Kami ada ilham rambut untuk anda.

 

 

 

 

 

 

APAKAH kalian bakal mempelai sedang tercari-cari gaya dandanan tercantik untuk hari bahagia nanti? InTrend berikan beberapa idea yang mungkin dapat membantu anda mencari gaya rambut pengantin yang sesuai.

 

Cipta 'Volume' Pada Dandanan Anda 

 

NASIHAT PAKAR DANDANAN InTrend: 

Bagi bakal mempelai yang mempunyai rambut panjang, ia adalah satu kredit buat kamu. Senang, mudah dan pelbagai dandannan boleh digayakan. Namun, ia bukan satu masalah sekiranya kamu berambut paras bahu sahaja. 

 

Teknik penyambungan (hair extension) boleh mempelbagaikan gaya rambut. Yang penting, jurudandan perlu tahu warna rambut asal untuk dipadankan dengan penyambung rambut.

 

 

 

 

 

 

 

LANGKAH-LANGKAHNYA: 

Untuk menambah volume pada rambut, sisir rambut rapi dan lakukan loose volume menggunakan hot curler. Kemudian, sambungkan rambut tiga perempat dari dalam supaya beralun bersama rambut asal bagi menampakkan ia natural. 

 

Selepas sambungan rambut tadi, bersama-sama rambut asal, lakukan soft curl menggunakan hot curler pada suhu sederhana panas. Tambah aksesori mini sarat diamonte dan tatahan sebutir mutiara. Cukup ringkas dan anggun pesona.

 

TIPS PENTING!

Bagi mengekalkan gelombang rambut, jangan guna spray rambut kerana ia akan mengeraskan struktur rambut. Sebaliknya guna curl controlling cream.

 

 

PRODUK YANG BOLEH ANDA GUNAKAN 

1. L’Oréal Paris Studio Curl Power, Curl Controlling Creme

 

 

 

 

 

2. Klip Rambut Motif Flora 

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.