May 21, 2017 - 103

Tak Susah Rupanya Cipta Sanggul Pengantin 'Backcomb' Ini — Anda Kena Baca dan Lihat Sendiri Panduan Kami

Cantiknya kalau dapat bersanggul begini di hari pernikahan atau persandingan. Pakar dandanan kami berkongsi panduan penting untuk anda. Selamat mencuba!

 

 

 

 

 

 

 

Gaya Dandanan ‘Fancy Floral Chignon’

 

 

NASIHAT PAKAR DANDANAN InTrend:

Tampil bergaya bukan hanya dilihat daripada cara berpakaian saja. Rambut pun bisa tampil fashionable. Segera ubah dan cipta kreativiti pada rambutmu! Cuba tingkatkan kreativiti kamu dengan ilham backcomb ini.

 

 

 

 

 

 

LANGKAH-LANGKAHNYA:

Untuk dandanan sebegini, agak rumit jika panjang rambut tidak mencukupi. Bahagikan rambut di bahagian belakang kepada tiga bahagian; iaitu satu di bahagian atas dan dua lagi di bawah (kiri dan kanan). 

 

Masukkan hair sponge di bahagian atas. Kemudian, tutup dengan rambut asal bagi membentuk backcomb. Sementara di bahagian bawah pula, tarik di kedua-dua belah bahagian (kiri dan kanan rambut) menghala ke belakang dan dibentukkan chignon. 

 

Pada bahagian depan, lakukan slant fringe lalu dilarik bahagian hujung fringe cara membulat. Ini menambahkan dinamik dandanan. Tambah seri dandanan dengan klip rambut motif bunga kerawang menjalar bertatah diamonte.

 

 

TIPS PENTING! 

Dandanan rambut ini memerlukan finishing yang kemas dengan semburan ekstra demi mengekalkan bentuk rambut. Elak aksesori yang terlalu berat kerana ia hanya membuatkan dandanan mudah jatuh terlerai.

 

 

PRODUK YANG BOLEH ANDA GUNAKAN

1. REDKEN Forceful 23 Super Strength Finishing Spray

 

 

 

 

 

2. Klip Rambut Motif Flora

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.