Jan 11, 2017 - 267

Haruman Pembuka Tirai 2017 Pilihan InTrend

Yang mana satu idaman kalbu? Pilih yang harumnya sensual dan tahan lama untuk menemani tahun baru anda.

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

 

Sumber foto: Juicy Couture 

 

 

KITA bakal melangkah ke minggu ketiga Januari tahun baru. Sudahkah anda menambah koleksi haruman baru di meja solek anda? Jangan terperangkap dengan botol-botol haruman yang lama ataupun yang sama. Kami kongsikan beberapa seleksi haruman terbaik di pasaran yang boleh anda pilih untuk mewangikan bulan pertama 2017. Jom kita intai apa yang ada. 

 

Ini Haruman Pembuka Tirai 2017 Pilihan Kami 

 

 

Sumber foto: ARTISTRY Flora Chic 

 

 

ARTISTRY Flora Chic EDP (50ml), RM351

Cuba ini, aromanya lembut dan tidak begitu menusuk, amat sesuai untuk dipakai pada waktu siang atau untuk ke mesyuarat. 

 

 

 

 

 

L’OCCITANE Arlesienne EDT (75ml), RM275

Ia aroma feminin yang timeless. Anda boleh semburkan untuk siang mahupun malam, dirumus renjisan nota bunga mawar dengan kehadiran white musk.

 

 

 

 

Eau de Lacoste L.12.12 Pour Elle (30ml), RM179; (50ml) RM238 dan (90ml), RM322

Ini satu lagi haruman yang bernada lembut dan berbau 'manis'. 

 

 

 

McQueen Parfum EDP (50ml), RM1499 

Aromanya sempurna untuk acara malam, agak menonjol tapi masih mengasyikkan sesiapa saja yang menghidunya. 

 

 

 

 

JUICY COUTURE Viva La Juicy Rose EDP (30ml), RM253; (50ml), RM330 dan (100ml), RM425

Jika anda pengumpul botol haruman ikonik, maka ini salah satu yang harus ada dalam simpanan. 

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.