Feb 01, 2018 - 122

NATASHA BY DR FREDI SETYAWAN — PENJAGAAN KULIT TERBAIK UNTUK ANDA

Istimewa, semua rangkaian produk Natasha menggunakan bahan semula jadi, dengan sentuhan sains.

 

 

 

 

SHARIFAH SAKINAH, DUTA JENAMA NATASHA

 

 

 

 

NATASHA adalah sebuah jenama produk dan rawatan kecantikan dari Indonesia, yang telah bertapak di dalam bidang kecantikan lebih daripada 20 tahun. Berbekalkan pengalaman selama itu, tidak hairan jenama ini menjadi jenama kecantikan yang terulung di Indonesia.

 

Produk dan rawatan kecantikan yang terdapat di Natasha merangkumi penjagaan wajah, rambut dan badan. Yang menariknya lagi, rangkaian produk dan rawatan yang ditawarkan oleh Natasha adalah berasaskan Malsains dan berteknologi tinggi dan boleh didapati dengan harga yang berpatutan.

 

Jenama yang diasaskan oleh pasangan suami isteri ini mempunyai kisah yang menarik di sebalik penubuhannya. Jenama Natasha diasaskan oleh dr. Fredi Setyawan dan juga isterinya, drg. Tantri Onny Bianti pada tahun 1999 di Ponorogo, Jawa Timur.

 

Ceritanya bermula pada tahun 1998, di mana isteri kepada dr. Fredi mengalami masalah jerawat yang teruk dan terpaksa berulang-alik ke Semarang untuk berjumpa pakar kulit bagi merawat masalah tersebut.

 

Idea untuk menubuhkan Natsha tercetus apabila dr. Fredi merasakan bahawa kos perbelanjaan perubatan untuk merawat isterinya telah menelan belanja yang banyak. Jadi dia mengambil keputusan untuk menghasilkan produk kosmetiknya sendiri. Dari situ, timbulnya minat dr. Fredi untuk mempelajari bidang perubatan kosmetik dengan lebih mendalam lagi. Yang menariknya, nama Natasha diambil bersempena nama puteri kedua pasangan suami isteri ini.

 

“KULIT YANG SIHAT DAN CERIA IALAH BEDAK ASAS TERBAIK UNTUK ANDA”

 

Ketika di awal penubuhan jenama Natasha, dr. Fredi mempunyai visinya tersendiri di mana dia ingin menjadikan Natasha sebagai sebagai sebuah jenama perintis di dalam bidang penjagaan kulit wajah yang menawarkan produk dan servis yang terbaik pada harga yang berpatutan.

 

Seiring dengan itu, Natasha merupakan sebuah jenama yang berada di dalam kelasnya tersendiri yang berpegang kepada slogan, “Nature Meets Technology”. Rangkaian produk yang dibawa oleh Natasha mempunyai keunikannya yang tersendiri kerana ia dihasilkan daripada bahan botanikal berkualiti tinggi  dan diperakui HALAL serta disokong oleh kaedah rawatan berteknologi tinggi.

 

 

 

 

NATASHA BY DR. FREDI SETYAWAN ANTI-HAIR LOSS SHAMPOO

Mengurangkan keguguran rambut dengan Ekstrak Botani yang membantu membekalkan nutrisi pada kulit kepala.

 

 

 

 

 

 

NATASHA BY DR. FREDI SETYAWAN OXY BUBBLE FACIAL CLEANSER

Produk 2 dalam 1 yang boleh digunakan sebagai pembersih susu untuk mencuci solekan atau sebagai pencuci muka untuk menghilangkan kotoran dan bendasing. Dengan teknologi mikro-buih, ia menjadikan kulit anda segar dan membantu mengekalkan kelembapan kulit anda.

 

 

 

 

 

 

NATASHA BY DR. FREDI SETYAWAN ANTI-DANDRUFF SHAMPOO

Ekstrak Botani membantu mengurangkan kelemumur dengan membekalkan nutrisi pada kulit kepala.

 

 

 

 

 

TAHUKAH ANDA, SETIAP KULIT WAJAH ADALAH BERBEZA?

Di Natasha, kami percaya bahawa setiap individu mempunyai kulit wajah yang berbeza dan harus diberi penjagaan khusus yang bersesuaian dengan kulit individu tersebut. Oleh yang demikian, produk dan rawatan yang ditawarkan haruslah mempunyai kepelbagaian supaya ia dapat memberikan kesan yang optimum kepada pengguna. Maka terhasillah 3 rangkaian produk penjagaan wajah daripada Natasha, khusus untuk remaja, lelaki dan wanita.

 

Tahun 2017 merupakan tahun yang amat bermakna bagi Natasha kerana mereka melangkah setapak lagi ke hadapan dengan melebarkan sayap di Malaysia. Natasha Beauty & Wellness Centre secara rasminya telah dibuka di Malaysia dan merupakan cawangan sulung mereka di sini.

 

Pusat kecantikan yang terletak di Jalan Maarof, Bangsar ini menawarkan pelbagai jenis rawatan kecantikan yang menepati kehendak setiap individu. Natasha Micro Oxygen Facial, Natasha HIFU (High Intensity Focused Ultrasound) dan Natasha Body Spa adalah antara rawatan yang menjanjikan kelainan dan hanya boleh didapati di Natasha Beauty & Wellness Centre.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

AYUH, TEMUI PAKAR KECANTIKAN NATASHA DAN DAPATKAN BERITA TERKINI DI…

BUTIK KECANTIKAN: NO. 96 JALAN MAAROF, BUKIT BANDARAYA, 59100 KUALA LUMPUR

TELEFON: 03-2201 9922 / 03-2201 9944

FACEBOOK: @NATASHASKIN.MY

INSTAGRAM: NATASHASKIN_MY

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.