May 09, 2019 - 132

Rawatan Laser, Efek Pantas dan Selamat — Ini Kesannya, Buat Anda Mahu Mencuba!

Jangan takut dengan rawatan laser. Jika dilakukan secara bertauliah, ia adalah rawatan kulit cantik yang wajar kamu cuba.

 

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

Intrend ee 1

 

 

Baru-baru ini, Editor Kecantikan InTrend berkesempatan mengunjungi EE Clinic di Seri Petaling untuk mencuba rawatan laser menerusi teknologi Fotona.

 

Rawatan ini dilakukan oleh Pengarah Perubatan yang juga pengasas EE Clinic sendiri iaitu Dr. Ee Care Ling. Dr. Ee mempunyai pengalaman yang panjang dalam perubatan estetik, jadi jangan khuatir untuk menyerahkan wajahmu di tangan beliau yang juga merupakan ahli Malaysia Society Aesthetic Medicine dah ahli seumur hidup Society of Anti-Aging and Aesthetic Malaysia.

 

 

intrend ee 2

 

 

 

Rawatan Selamat Tidak Menyakitkan

Mitos mengatakan rawatan laser itu mneyakitkan dan mendatangkan iritasi adalah tidak benar apabila kamu melakukannya di sini. Menurut Dr. Ee, rawatan laser Fotona membantu masalah kulit seperti pigmentasi yang disebabkan oleh penuaan, solar lentigines, jeragat, keratosis, moles, melasma dan sebagainya.

 

Rawatan perubatan laser ini membantu menangani masalah ini dengan kadar yang lebih pantas dan efektif. Laser ini akan mensasarkan pigmentasi coklat atau melanin yang dibawakan dalam pigmented lesions.

 

Pigmen ini akan menyerap tenaga laser dan melunturkannya. Sistem imun badan kita, iaitu macrophages akan menyingkirkan pigmen yang luntur dan seterusnya memberihkannya daripada kulit.

 

 

 

Intrend ee 3

 

 

 

Sepanjang rawatan, tiada kesakitan dirasai malah berlangsung dengan pantas. Sebelum rawatan dimulakan, pelanggan akan dianalisis kulit wajahnya terlebih dulu untuk mengetahui kondisi dan masalah yang dihadapi.

 

 

 

Intrend ee 4

 

 

 

Silkpeel Dermal Infusion

Sebelum itu, saya juga berpeluang menjalani rawatan Silkpeel Dermal Infusion yang dilakukan menerusi kaedah exfoliates (untuk menyingkirkan sel rosak dan kering untuk permukaan kulit yang lebih baik dan diperbaharui, extracts (menggunakan vakum bertekanan untuk menarik kotoran dan bakteria yang tersumbat keluar dari liang pori) dan infuses (serum dengan kebaikan therapeutic dan estetik menyerap ke dalam lapisan epidermal untuk kulit lebih sihat).

 

Rawatan ini membantu kulit tampil lebih segar, bersih sempurna, cerah dan berseri-seri. Ia membantu merangsang sel kulit untuk lebih sihat.

 

Apabila sek kulit sihat, ia akan terlihat pada permukaan kulit yang lembut, halus, dan mengurangkan garis halus juga kedutan.

 

 

 

Intrend ee 5

 

 

 

Testimoni selepas rawatan...

Jujurnya, selepas rawatan saya bangun dari katil rawatan dengan rasa segar pada wajah. Kulit bagaikan terlahir semula. Sebaik disentuh ia terasa lembut dan mulus. Tiada kesan kemerahan mahupun iritasi.

 

Saya boleh terus melakukan aktiviti luar seperti biasa tanpa perlu risau efek daripada rawatan laser tadi. Tekstur dan tona kulit kelihatan lebih baik daripada sebelumnya. Kulit terasa anjal dan nampak kesan ‘glow’ yang ketara.

 

Ia sesuatu yang harus dicuba oleh sesiapa sahaja yang mengimpikan wajah bebas cela dan berkilauan.

 

 

 

Intrend ee 6

 

 

 

 

Intrend ee 7

    

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.