Aug 01, 2019 - 12

Berjemur di Tepian Pantai, Jangan Lupa Bawa Tabir Suria Ini!

Membawa kelainan. Jenama penjagaan kulit terkemuka REN menjemput para media ke tepian pantai Port Dickson untuk mendekati keajaiban tabir surianya di samping membersihkan pantai.

 

 

 

Oleh: Athirah Zulkifli 

 

 

Intrend ren 1

 

 

 

KEBANYAKKAN wanita di Malaysia kurang menggunakan tabir suria sebagai rutin harian mereka.

 

Salah satu alasan yang kerap diberikan ialah tekstur kebanyakan tabir suria yang berminyak dan melekit membuatkan mereka tidak selesa, apatah lagi ketika cuaca panas terik.

 

Di sinilah, jenama kosmetik REN mahu mewujudkan kesedaran kepada semua wanita tentang pentingnya pemakain tabir suria sebelum keluar rumah.

 

 

Bersempena meraikan kemunculan produk tabir suria terbaru ini, REN atas tanggungjawab sosialnya turut membawakan para media ke pantai Port Dickson untuk sama-sama bergotong-royong membersihkan sekitar pantai.

 

Paling penting, walau disimbahi terik mentari di tepian pantai, setiap kami diberikan pelindungan kulit oleh REN! Apa produk magis itu?

 

 

 

Intrend ren 2

 

 

 

Baru-baru ini REN Clean Skin berkerjasama Avillion Port Dickson dan Malibur Beach wear membawa InTrend dan beberapa media dan bintang media sosial ke Avillion, Port Dickson untuk mengetahui lebih dekat produk terbaru REN Clean Screen Mineral SPF30 Mattifying Broad Spectrum Face Sunscreen.

 

 

 

Intrend ren 3

 

 

 

Tabir Suria yang Tidak Melekit dan Menyerap Pantas

Selar matahari adalah antara faktor penyumbang terbesar kepada penuaan kulit. Terdedahnya kulit kepada sinaran UVB/ UVA menyebabkan garis dan kedutan pada wajah.

 

Tabir suria ini megandungi 22% non-nano Zink Oxide yang memberikan perlindungan pada kulit.

 

Menarik tentang produk ini, ia diperkaya dengan Yellow Passion Fruit Seed Extract, Zinc Oxide dan Rice Starchia yang dapat membantu kulit kelihatan segar biarpun terdedah di bawah cahaya matahari.

 

Lebih mengujakan, tekstur Clean Screen Mineral SPF 30 ini sangat ringan dan halus. Ia  mudah menyerap pada kulit dan tidak melekit.

 

 

Walau berada di bawah cuaca panas dan berpeluh, kulit kekal segar dan selesa. Inilah yang kita mahukan dalam sebuah produk perlindungan tabir suria, bukan?

 

 

 

Intrend ren 4

 

 

 

Pembungkusan Kitar Semula

Seiring dengan kempen alam sekitar yang menjadi keprihatinan REN sejak dulu, REN mahu mengurangkan penggunaan plastic yang kita tahu keburukannya kepada alam sekitar.

 

Justeru, pembuatan botol tabir suria ini menggunakan 50% plastik kitar semula untuk mencipta tiub produk dan 100% plastik yang boleh dikitar semula untuk penutup tiub. Ia bersifat mesra alam.

 

Selain pelancaran produk, REN menyediakan pelbagai aktiviti menarik buat para media di sana seperti yoga dan pembersihan pantai bersama sukarelawan berhampiran resort Avillion Port Dickson.

 

Tahniah REN atas usaha murni ini. Semoga, ia turut diikuti oleh bukan hanya individu perseorangan, malah jemana tetrkenal lainnya.

 

 

 

Intrend ren 5

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.