Oct 12, 2017 - 428
Oleh: Norhaizan Ahmad
ETUDE House, jenama produk persolekan nombor satu di Korea yang menyasarkan gadis-gadis muda, membuka kedai 'flagship' pertama di Malaysia dengan konsep baru memaparkan tema warna yang 'sweet' serta rekaan dalaman yang selari dengan fesyen terkini. Sekali gus meniupkan nafas baru kepada budaya 'Makeup Play' jenama ini dengan ciri-ciri yang menyeronokkan, interaktif dan menarik.
Semua ini bertujuan memberikan pelanggan satu pengalaman yang mengujakan untuk meneroka kecantikan bersama Etude House. Berukuran 2,455 kaki persegi, kedai ini menyediakan lebih 1,000 rangkaian produk termasuklah kosmetik, penjagaan kulit, penjagaan rambut, pewarna kuku dan banyak lagi.
Ketua Pegawai Eksekutif Etude House, Guemjoo Kwon berkata, “Kami harap pelanggan menikmati masa yang mengujakan untuk menerokai kecantikan diri, rahsia solekan yang inovatif dan keseronokan menggunakan produk berkualtiti.”
INI SEBAHAGIAN ALAT SOLEK ETUDE HOUSE YANG COMEL, ANDA PASTI GERAM MELIHATNYA