Jan 09, 2019 - 215

5 Tips Penting Jika Mahu Rambut BERKILAU & SIHAT — Mustika Ratu Boleh Bantu Anda, Selamat Mencuba!

Rambut itu mahkota setiap wanita. Namun, sejauh mana kamu membelainya? Mustika Ratu membantu kamu memeliharanya dari akar hingga ke hujungnya.

 

 

 

 

Kredit foto: Mustika Ratu Malaysia 

 

 

 

 

PELBAGAI masalah rambut dihadapi wanita hari ini. Antara faktor yang menyumbang kepada masalah rambut gugur, rosak dan tidak bermaya adalah akibat daripada perubahan hormon, stress, pengambilan makanan yang tidak seimbang, kurangnya penjagaan rapi atau terlalu banyak melakukan rawatan menggunakan bahan kimia tanpa disusuli dengan rawatan sewajarnya.

 

Untuk mendapatkan rambut yang sihat dan cantik tidak cukup sekadar mencucinya. Seperti kulit muka, rambut juga mendambakan perawatan ekstra dan bukan sekadar syampu.

 

 

 

Kredit foto: Mustika Ratu Malaysia 

 

 

 

Inilah 5 azimat Mustika Ratu:

 

1. Pelembut Rambut Bilasan Santan

Ia dirumus daripada santan kelapa asli bersama aroma jeruk dan vitamin E, menjadikan rambut mudah disisir, lebih sihat bercahaya.

 

 

2. Masker Cem Ceman Akar Wangi

Masker ini menghilangkan kelemumur dan merawat akar rambut agar ia lebih kuat dan sihat. Selepas menyapukannya ke serata rambut, bungkus rambut selama 10 minit sebelum dibilas bersih.

 

 

 

Kredit foto: Mustika Ratu Malaysia 

 

 

 

 

3. Penyubur Rambut

Ramuannya terdiri daripada daun kina, urang-aring dan oxygen complex untuk membantu merangsang pertumbuhan rambut, menguatkan akarnya dan menyalurkan nutrisi. Kandungan climbazole pula mencegah kelemumur dan kegatalan kulit kepala.

 

 

4. Minyak Rambut Cem-Ceman Murni

Adunannya minyak kelapa asli bersama daun berkhasiat dan rempah wangi untuk mengilaukan rambut, melewatkan kewujudan uban lalu menguatkan akar rambut. Ia perlu digosok pada kulit kepala dan rambut sebelum tidur atau sejam sebelum mencucinya.

 

 

5. Syampu Bayam

Diperkaya dengan air sari daum bayam (Amaranthus Hybridus) dan Trichogen Liposomes untuk mengurangkan keguguran rambut dan menguatkan akarnya.

 

 

 

Kredit foto: Mustika Ratu Malaysia 

 

 

 

 

Dilayan Bak Tuan Puteri

Taman Sari Royal Heritage Spa diasaskan oleh Dr BRA Mooryati Soedibyo. Siapa tidak kenal beliau yang mesra dipanggil Ibu Mooryati yang sudah lama memajukan jenama Mustika Ratu ini?

 

Beliau yang merupakan seorang puteri Keraton Jawa, Yogjakarta, sangat handal mengenai perawatan kecantikan alami berasaskan sumber semula jadi herba-herba dari tanah seberang.

 

Namun,  selari dengan lanjutan modenisasi, Dr BRA Mooryati menggabungkan resepi kecantikan tradisional yang diamalkan di Istana Kraton bersama teknologi terkini yang dapat memberikan hasil kecantikan luar biasa.

 

Terdapat banyak rawatan kecantikan yang boleh didapati di sini. Antaranya urutan, lulur, foot bath, mandian herba, bertangas, rawatan wajah, rambut, kuku, dan pelbagai lagi rawatan memanjakan diri yang unik dan menenangkan.

 

Menariknya juga, spa ini menyediakan beberapa pakej istimewa pada kadar berpatutan. Antara pakej yang wajar untuk kamu pertimbangkan adalah seperti rawatan Stress Reduction yang mampu memberi kelegaan pada fizikal dan mental.

 

Inilah masanya untuk tubuhmu berehat saat ia dibelai  sempurna oleh pakar terapi terlatih.

 

 

Kredit foto: Mustika Ratu Malaysia 

 

 

 

Stress Reduction’

Rawatan  yang berlangsung selama dua jam ini memberikan kesan sentuhan yang bermanfaat pada tubuh badan yang lelah. Rawatan terdiri daripada langkah-langkah ini:

  • Rendaman dan skrub kaki
  • Basic relaxation
  • Javanese massage
  •  Masker
  • Merapi Volcano Mud Body Wrap/Seaweed Mask
  • Hot Blanket

 

 

 

 Kredit foto: Mustika Ratu Malaysia 

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.