Jan 02, 2017 - 429

Trend Solekan 2017: Jom Cuba Gaya Hangat, Tinggalkan yang Tak Lagi Menyengat!

Jom InTrenders, sempena datangnya tahun baru 2017, kita segarkan solekan dengan gaya yang hangat. Gaya tahun lalu yang lapuk itu, biarkan saja berlalu.

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

TIPS UNTUK BIBIR

YANG HANGAT TAHUN INI? Punchy pouts! Bibir rona klasik merah tidak pernah padam dalam trend solekan saban tahun. Apa kata untuk tahun ini, cuba rona beri dan hot pink dalam tekstur pusam atau kilau, pastikan warnanya terang.

 

YANG MESTI ANDA TINGGALKAN Nude lips bukanlah tidak relevan tetapi agak tidak hangat untuk tahun ini. Ia nampak dull dan buat kamu kelihatan tidak menyerlah. Lupakannya untuk seketika.

 

Foto: Guerlain 

 

TIPS UNTUK MATA 

YANG HANGAT TAHUN INI? Selain pembayang mata rona pastel dan pop untuk kelopak mata, musim ini apa kata kamu cuba pembayang mata glitters. Glitters sangat 'in' untuk tahun ini.

 

YANG TAK MENYENGAT LAGI Pembayang mata bertekstur shimmer yang agak membosankan. Apatah lagi jika ia menampilkan warna-warna pucat.

 

 

TIPS UNTUK BULU MATA 

YANG HANGAT TAHUN INI? Secantiknya dengan sapuan maskara berlapis-lapis atas dan bawah. Sekirannya mahu berbulu mata palsu cukuplah dengan ukuran yang tipis dan tepat pada bentuk mata.

 

YANG MESTI ANDA LUPAKAN Bulu mata palsu yang melebihi garis mata asli. Ya, mungkin kamu mahu kelihatan seperti gadis Korea tetapi ia tidak sesuai untuk bentuk mata wanita Melayu yang rata-ratanya bulat dan bundar.

 

Foto: KATE Sharp Lock Gel Pencil 

 

 

TIPS PAKAI CELAK 

YANG HANGAT TAHUN INI? Smudgy eyeliner! Celak yang dialit tebal tadi kemudiannya diadun menebar lebih dari garis mata seakan-akan menjadi solekan smokey eyes. Atau cuba juga solekan mata lentik mata atas dan bawahnya dibiar polos.

 

YANG MESTI ANDA TINGGALKAN Garis mata hitam pekat yang dialit sepanjang garis bentuk mata atas dan bawah. Ia menampakkan air muka yang garang dan keras.

 

 

TIPS PAKAI PEMERAH PIPI

YANG HANGAT TAHUN INI? Keutamaan layangan pemerah pipi kini diberikan pada pelipis atau rahang wajah. Hanya cuitan warna pada buah pipi, tetapi lebihnya kepada menaikkan tulang pipi menerusi bronzer atau highlighter.

 

YANG MESTI ANDA JAUHI Melayangkan pemerah pipi senada warna daripada buah pipi sehingga ke tepi wajah berdekatan telinga. Kamu hanya akan kelihatan seperti badut!

 

 

TIPS RAPIKAN KENING

YANG HANGAT TAHUN INI? Kening yang penuh, bushy dan statement-making harus kamu miliki tahun ini. Ala kening Brooke Shields! Tak perlu dipantis tipis atau diukir tepat, cukup yang asli dikemasi dengan berus.

 

YANG MESTI ANDA TINGGALKAN Kening tipis atau yang dibentuk bersegi tepat. Oh, sungguh hodoh! Apatah lagi, dilukis garis bersegi tepat dengan pensel hitam pekat.

 

 

 

TIPS PAKAI BERUS 

YANG HANGAT TAHUN INI? Sama ada untuk menyapukan bedak asas, pembayang mata atau pemerah pipi, gunakanlah berus yang bersesuaian. Selain menjaga kebersihan, ia juga memberikan efek sapuan lebih sempurna dan terlihat profesionalisme kamu.

 

YANG MESTI ANDA LUPAKAN Menggunakan jari! Selain bimbang dicemari bakteria, menggunakan jari juga membuatkan sapuan tidak konsisten dan menyukarkan sebaran formula pada setiap ruang kulit. 

 

 

TIPS PAKAI BEDAK ASAS

YANG HANGAT TAHUN INI? Kanvas wajah yang segar dengan kemasan primer dan bedak asas yang ringan menjadi pilihan serlahkan asas solekan. Berikan suntikan glow pada kulit untuk tampak wajah nampak berseri.

 

YANG MESTI ANDA JAUHI Litupan bedak asas yang tebal dengan gemburan bedak berdebu pada lapisan atas kulit. Ia sungguh outdated!

 

Foto: M.A.C

 

TIPS CIPTA ‘SHADING’ DAN ‘CONTOURING’ 

YANG HANGAT TAHUN INI? Sembunyikan kekurangan wajah dengan penggelapan pada sisi wajah, tulang hidung, rahang dan tepi dahi. Adun sesempurna tanpa kesan berbelak.

 

YANG MESTI ANDA LUPAKAN Shading keterlaluan dengan menampakkan garis berbelak yang nyata! Jangan tinggalkan garis tanpa diadun menggunakan berus bersesuaian.

 

>>>[KLIK DI SINI] 10 Tips Pakai Hitam Pada Solekan, Ini Teknik Alit dan ‘Smudge’ yang Anda Perlu Tahu<<<

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.