Oct 07, 2014 - 7

Alamak Selulit

Mengubah diet kepada cara yang lebih baik dan bersenam dengan teratur tentunya sedikit sebanyak membantu mengurangkan masalah ini.

PICTURE-SASASA.jpg

soalan yang biasa di lontarkan bagi mereka yang miliki selulit 

Apakah punca masalah selulit?

Selulit terbentuk apabila peredaran darah tidak lancar, perubahan drastik terhadap berat badan, hormon yang tidak stabil, diet tidak teratur dan gaya hidup tidak sihat. Punca utama berlaku pada sel lemak apabila penimbunan lemak berlebihan dan terciptanya kawasan kompak antara sel. Ia kemudiannya, menekan kulit yang akhirnya menimbulkan permukaan kulit seperti buah oren, yang kita panggil sebagai selulit.

 

Bolehkan diet dan senaman menghapuskan selulit?

Terdapat cara lain yang lebih berkesan untuk menangani masalah selulit. Namun, mengubah diet kepada cara yang lebih baik dan bersenam dengan teratur tentunya sedikit sebanyak membantu mengurangkan masalah ini.

 

Jadi, apakah lagi caranya untuk mengatasi masalah selulit ini?

Paling penting, seimbangkan berat badan. Selain mengamalkan diet yang seimbang dan senaman yang kerap, anda juga boleh mengurangkan masalah selulit ini dengan melakukan proses mengurut bahagian terbabit. Sebagai tambahan, aplikasikan produk relevan atau cubalah pakaian dalam khusus untuk masalah ini.

 

Apakah rutin yang boleh dilakukan di rumah untuk mengatasi masalah ini?

Nasihat saya, gunakan produk selulit yang efektif untuk diamalkan, dua kali sehari. Namun, produk tidak boleh hanya disapu begitu sahaja. Ia perlu disusuli proses urut secara memusar pada sekitar tubuh. Tumpukan pada bawah lengan serta daerah dari buku lali ke punggung. Proses ini tidak hanya difokuskan pada bahagian selulit sematamata, kerana ia perlu merangsang perjalanan limfatik juga.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: