Oct 15, 2014 - 13

Diet Ikut Jenis Darah

Reaksi kimia antara makanan dan jenis darah merupakan sebahagian daripada warisa genetik. Reaksi ini disebabkan oleh faktor yang disebut lektin.

Diet baru yang kian popular adalah diet mengikut jenis darah. Reaksi kimia antara makanan dan jenis darah merupakan sebahagian daripada warisa genetik. Reaksi ini disebabkan oleh faktor yang disebut lektin. Lektin merupakan protein yang ditemui dalam pelbagai makanan, mempunyai sifat dipengaruhi oleh jenis darah. Jadi apabila anda makan makanan yang mengandungi lektin protein yang tidak sesuai dengan jenis darah anda, lektin mula mengaglutinasi sel-sel darah. Lektin banyak ditemui dalam makanan tidak begitu mengancam kehidupan walaupun mereka boleh menyebabkan pelbagai masalah lain.



Menu diet yang dianjurkan: DARAH A
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Menu diet yang dianjurkan: DARAH B
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

Menu diet yang dianjurkan: DARAH A&B
Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek: Yogurt
Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi

Menu diet yang dianjurkan: DARAH O
Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong kuih
Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: