Apr 12, 2016 - 2333

10 Produk Kosmetik Paling Popular 'Beauty Junkie' Mesti Ada

Gadis seluruh dunia menyukai semua 10 produk kosmetik paling popular ini. Tahukah anda apakah ia?

 

10 Produk Kosmetik Paling Popular yang digilai 'Beauty Junkie' 
Tidak lengkap meja solek seorang 'beauty junkie' jika dia tidak memiliki sekurang-kurangnya tiga daripada produk kosmetik yang InTrend senaraikan ini. Berikut adalah Top 10 Produk Kosmetik Paling Popular dalam kalangan pengumpul alat solek tegar. 

 

Christian Dior 5 Couleurs Glowing Gardens Couture Colours & Effects Eyeshadow Palette 
Reviu Produk:
Ia terinspirasi daripada kecantikan taman bunga Christian Dior. Elemen floral terserlah pada tekstur pembayang mata yang bercorak bunga timbul. Hadir lima warna dalam satu palet untuk mencipta solekan mata 3D menerusi teknik layering.

Cara Aplikasi: Untuk cipta solekan mata yang natural, anda perlu sapukan tona medium pada seluruh kelopak mata. Kemudian, gunakan satu tone yang lebih gelap pada sepanjang garis mata atas. Gunakan tone yang paling cerah pada bahagian dalam penjuru mata, juga pada bahagian luar penjuru mata (dekat dengan tulang kening). Gunakan teknik melapis warna atau dipanggil layering. TIPS! Sentiasa mulakan lapisan warna dengan tona paling cerah, kemudian diikuti tona yang setingkat lebih gelap/deep.     

 

 

 

 

CD.jpg 

 

 

 

Shu Uemura Pastel Fantasy Dual Fit Pressed Powder
Reviu Produk:
 Shu Uemura memasukkan elemen budaya Negara Jepun yang sememangnya terkenal dengan seni origami dan lukisan cat air. Menurut Pengarah Artistik Shu Uemura, Uchiide, beliau sedar kebanyakan palet kosmetik yang bermain dengan rona pastel hanya berani menghidangkan warna-warna yang 'sweet' dan lembut semata-mata. Oleh kerana itu, banyak wanita mengakui sukar untuk mengaplikasikannya pada kulit wajah. Uchiide membuat kelainan dengan memasukkan rona kelabu pada palet ini supaya ia menghasilkan warna yang bukan sahaja 'sweet', tetapi cool. 

Cara Aplikasi: Istimewanya palet warna Shu Uemura ini, hadir kemasan ibu mutiara yang menghasilkan kilauan yang jernih setiap kali ia disapukan pada kelopak mata. Kerananya, solekan mata menjadi elegan dan luminous. Sentiasa mulakan rona paling cerah sebagai dasar warna. Ikuti dengan warna kedua pilihan anda. Pilih rona Pastel Aqua, Pastel Mauve, Pastel Prune atau Pastel Pink.  

 

 

 


Shu-Umura.jpg

 

 

Too Faced Melted Liquified Long Wear Lipstick
Reviu Produk:
 Teksturnya berkrim, menjadikan ia selesa dipakai pada bibir walau berjam-jam lamanya. Dengan formula Melted Liquified Long Wear, ia memberikan kemasan bibir yang super rich, rona bersinar bahkan lembut pada ulas bibir. Amat sesuai sebagai gincu harian untuk dipakai wanita Asia kerana ia tidak mengering atau merekahkan kulit bibir.     

Cara Aplikasi: Oleh kerana ia hadir di dalam tiub, anda disaran menggunakan berus gincu kecil untuk meratakannya pada ulas bibir. Cara paling efisien, mulakan mengoles warna gincu dari tengah bibir anda, lalu tarik berus bibir tadi menghala ke penjuru luar. TIPS! Kemam sehelai tisu untuk membuang lebihan gincu yang tidak sama ketebalannya pada bibir anda.  

 

 


Too-faced.jpg

TheFaceShop Perfume Seed Capsule Body Wash & Velvet Body Milk 
Reviu Produk:
 Perfume Seed Capsule Body Wash memberikan sensasi mandian mewah dengan hadirnya partikel-partikel wangian di dalam gel ini. Dirumus daripada minyak sayur, menjadikan ia amat selamat untuk kulit anda, tidak mengeringkan, malah menjadikan permukaan kulit lembut bak baldu. Velvet Body Milk pula sempurna untuk anda pakai sebagai penyudah rutin mandian. Ia diramu daripada Minyak Rosehip dan Mentega Shea, menjadikan kulit lembut dan gebu selepas sapuan. Istimewa, ia memanfaatkan teknologi kapsul haruman, di mana partikel wangian 'dikunci' dan terus kekal apabila dipindahkan dari botol ke kulit anda. 

Cara Aplikasi: Optimakan Perfume Seed Capsule Body Wash beraroma wangi ini dalam rutin mandian anda dengan menggunakan span lembut. Ambil masa untuk ia meresap ke dalam kulit anda, sekurang-kurangnya 15 minit mandian. Velvet Body Milk pula bagus jika disapukan pada kulit yang hangat. BEAUTY TRICK! Bagaimana menghangatkan kulit? Anda disaran menggosok-gosokkan permukaan kulit anda (lengan, bawah lengan, paha, betis) untuk menggalakkan peredaran darah. Selepas itu, barulahkan aplikasikan krim badan ini. 
TheFaceShop.jpg


For Beloved One Melasleep Brightening Daily Defense Cream (DD) SPF45
Reviu Produk:
 Ia mengandungi Ekstrak Moringa Seed yang berfungsi membentuk satu lapisan perisai pertahanan pada permukaan kulit. Dengan adanya lapisan perisai ini, kulit anda dilindungi daripada sinaran UV, habuk juga pencemaran udara. Teknologi Osmogeline berfungsi mengurangkan kerosakan yang diakibatkan oleh selaran sinar matahari sambil mengurangkan efek penuaan kulit. Ramuan Aquaphyline pula hadir untuk memberikan lapisan lembapan asli yang berpanjangan pada kulit. 

Cara Aplikasi: Jika anda bercadang untuk melakukan aktiviti luar yang memerlukan anda berpanas di bawah matahari, pastikan anda mengaplikasinya pada kulit satu jam sebelum keluar rumah. SMART TIPS! Sapu semula pada kulit yang terdedah pada cahaya matahari setiap tiga jam. 
For-beloved-One.jpg

 

 


Etude House Dreaming Swan Eye and Cheek 
Reviu Produk:
 Produk ini istimewa dan disukai ramai kerana kebolehannya untuk menyamarkan pori-pori terbuka pada kulit anda. Teksturnya amat halus, menjadikan ia mudah disebatikan pada kulit. Warnanya terang dan menyerlah, hadir warna mata dan pipi di dalam satu palet tunggal. Partikel bedak halusnya menyerap minyak dan sebum, sekali gus menjadikan kulit anda kekal matte walaupun dalam cuaca panas. 

Cara Aplikasi: Pastikan anda sentiasa menggunakan bedak asas terlebih dahulu sebagai lapisan kanvas pertama. Kemudian, ikuti dengan aplikasi pewarna mata. PRO TIPS! Apabila menyapukan pemerah pipi, gunakan berus khas pipi. Sapukan ia dengan gerakan berus memutar dari buah pipi menghala ke rahang (dekat telinga).   Etude-House.jpgDiptyque Rosaviola Scented Candle
Reviu Produk: Istimewa, produk ini merupakan kolaborasi Diptyque bersama pereka fesyen, Olympia Le-Tan. Bermain dengan elemen warna dan aroma bunga mawar, lilin wangi ini merupakan produk mesti ada di kabinet solek wanita. Ada tanda kucupan bibir Olympia Le-Tan pada bekas lilin wangi ini. 

 

 

 

Cara Aplikasi: Apabila menyimpan lilin beraroma, anda mestilah menjauhkannya daripada terdedah pada cuaca panas. Hindari daripada menyimpan lilin wangi anda dekat tingkap yang mudah dimasuki haba matahari.   

 

Diptyque.jpg

Etude House Blooming Love Loving Days Fragrance Hand Cream 
Reviu Produk: Krim tangan ini menjadi pilihan ramai kerana harganya mampu milik, bersaiz sederhana (50ml), didatangkan di dalam bentuk tiub, menjadikannya mudah diaplikasi pada bila-bila masa dan acara. Ada tiga aroma untuk anda pilih iaitu Sweet Sparkling (tiub hijau), Blooming Love (tiub merah jambu) dan Cool Sugar (tiub ungu).   


Cara Aplikasi: Waktu terbaik untuk aplikasi krim tangan adalah setiap pagi dan malam. Sapukan selepas mandian. Sapu dengan ketebalan sederhana. Amalkan menggosok krim ini pada permukaan kulit untuk merangsang aliran darah dari bawah permukaan kulit. TIPS! Untuk anda yang tidur di dalam bilik berpendingin udara, anda disaran memakainya setiap malam untuk hasil optimum.  

Etude-House-2.jpg

Rose Pompon by Annick Goutal 
Reviu Produk: Haruman ini merupakan ciptaan Camille Goutal dan Philippine Courtiere. Nota atasnya mengapungkan aroma rasberi, anggur hitam dan pink pepper. Nota tengahnya dilapisi aroma mawar dan pink peony manakala nota dasar dibangunkan daripada aroma musk, cedar dan patchouli.  


Cara Aplikasi: Sembur pada titik-titik nadi yang penting, iaitu belakang cuping telinga, tulang kolar, lurah dada serta pergelangan tangan. Hindari memakai lebih daripada satu haruman pada satu masa. BEAUTY TRICK! Untuk membangkitkan aromanya yang tulen, anda disaran agar tidak memakai krim badan daripada jenama/aroma yang lain.  
Annick-Goutal.jpg

Chanel Perles Et Fantaisies Highlighter  
Reviu Produk: Ramai beauty junkie tidak lepaskan peluang untuk membeli produk ini kerana Chanel sekali lagi menggunakan kebijakannya dengan mengadun nilai artistik Chanel yang teramat mewah ke dalam produk ini. Teksturnya cantik kerana anda dapat melihat butik-butir mutiara 3D setiap kali anda membuka penutup palet. Dua warna kontras untuk anda aplikasikan untuk tujuan highlight. Ada merah jambu bersinar dengan putih ibu mutiara yang amat eksklusif.  


Cara Aplikasi: Highlighter amat bermanfaat untuk memberikan kontur pada solekan. Dengan adanya sentuhan highlight, anda dapat menegaskan lagi bentuk wajah yang ingin ditonjolkan (contohnya, menyerlahkan buah pipi). Highlight tidak boleh digunakan secara berlebihan kerana jika tidak dikawal, ia menjadikan solekan anda terlalu berkilau-kilauan dan ini tidak sama sekali sesuai untuk solekan siang atau ke pejabat.   
Chanel.jpg

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


Topik:  tipcantik

  • ← Sebelum

    [TIP CANTIK] 4 Faktor Luar Biasa yang Anda Tidak Tahu Mengenai Lelaki yang Sentiasa Menjaga Penampilan Diri

  • Seterus →

    Tania Hudson Dedahkan Rahsia Kecantikan Kekal Muda di Usia 30an