Oct 16, 2014 - 11

Rahsia Kekal Muda Shazleen Shahbi

Kalau kamu peminat drama era 90-an dulu, pasti ‘cam’ muka wanita cantik ini. Walau sudah lama menyepi, pesona wajah selebriti Shazleen Shahbi masih menyerlah, walau rutin seharian kini hanya di rumah.

Kalau kamu peminat drama era 90-an dulu, pasti ‘cam’ muka wanita cantik ini. Walau sudah lama menyepi, pesona wajah selebriti Shazleen Shahbi masih menyerlah, walau rutin seharian kini hanya di rumah. Sebaik melihat wajahnya di Instagram jurusolek terkenal, Zulfazli terus saya menghubungi Zul. “Bukan ke itu Shazleen Shahbi, pelakon tu? Buat come back ke?” “Taklah, dia jadi model untuk shoot I je,” balas Zulfazli. Langsung, saya usulkan untuk mengajaknya menghiasi ruangan ini. Pasti ada peminat yang masih ingin tahu perkembangan Shazleen. Datang sendirian dengan perut memboyot, keramahannya memecah kesunyian studio. “Aduh, mengah! Tunggu masa saja nak ‘meletup’. Tambah-tambah yang ada dalam ni, berdua pula,” ceceh Shazleen yang bakal menimang anak kembar melengkapkan lima anak miliknya.
DFVERERCFE.jpg

Tidak kekok bergelar surirumah sepenuh masa sekarang?

Sibuk menguruskan suami dan anak-anak membuatkan saya lupa pada bidang seni. Memang ada tawaran yang datang tetapi entah kenapa pintu hati saya tertutup terus. Saya tidak sukakan suasana menunggu di lokasi dan tidak langsung rindu pada dunia glamor. Kalau pun saya bosan nanti, mungkin saya akan menceburi bidang perniagaan dan bukannya dunia seni lagi.
 
Bagaimana menangani stres?
Shopping! Itulah terapi paling bagus untuk saya sebulan sekali. Kalau pun tidak membeli-belah di luar, saya akan membelibelah di online sahaja. Tahu-tahu, suami telefon, tanya siapa punya bil ini? (ketawa).
 
Badan masih bergetah, rahsianya?
Rutin tetap saya sebaik bangun pagi, minum tiga ke empat gelas air suam. Kemudian, 30 minit sebelum makan, saya akan minum lagi. Kalau bersenam tu, cukuplah dengan berlari atas treadmill saja. Saya jenis yang aktif dan tidak boleh duduk diam. Saban masa, ada saja kerja rumah yang nak diselesaikan. Mungkin sebab itu, badan tidak sempat nak membina lemak.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: