Oct 15, 2014 - 11

Rahsia Warna Bibir & Pesonaliti

Dikatakan hanya orang yang berani dan berkeyakinan tinggi selalunya memilih warna yang terang untuk menyerlahkan lagi penampilan diri mereka.

 

Pemilihan warna gincu adalah bergantung kepada citarasa setiap individu. Di sebalik pilihan warna gincu itu terdapat rahsia peribadi setiap indivitu.

Dikatakan hanya orang yang berani dan berkeyakinan tinggi selalunya memilih warna yang terang untuk menyerlahkan lagi penampilan diri mereka. Hapuskan perspektif itu, kini anda boleh bergaya dengan setiap warna pilihan anda.

 

Pink 70%

Pemilik Warna ini menaikkan pesona dan kesan seksi kepada si pemakainya. Ia sesuai untuk semua jenis kulit sama ada bagi si kulit gelap ataupun cerah. Mereka yang memilih warna ini dikatakan seorang yang romantis dan berjiwa penyayang. Mereka juga tak suka mencari masalah dengan orang lain. Tapi awas, mereka ini agak sensitif sebenarnya walaupun kadangkala dari segi luaran seolah-olah mereka ini tak kisah saja.


Red 65%

Merah menjadi pilihan mereka yang suka menjadi perhatian ramai dan punya keyakinan diri yang tinggi. Selain itu mereka juga tidak suka diperlekehkan oleh orang lain. Pendek kata, jangan cuba main-main dengan mereka ni. Buruk akibatnya nanti! Namun begitu mereka sebenarnya baik hati.


Purple 45%

Mereka yang memilih warna ungu adalah mereka yang ada stail tesendiri mempunyai pertahanan diri yang jitu. Selalunya mereka ini jenis yang berpegang kuat pada prinsip diri sendiri dan tak gentar dengan orang lain. Ia memerlukan rasa yakin yang kuat untuk membolehkan seseorang itu memilih dan memakai warna ini!


Orange 30%

Seperti juga si pemakai warna ungu, mereka yang memilih warna ini adalah seorang yang berdedikasi terhadap kerjayapelajaran mereka. Mereka juga lemah lembut orangnya namun memiliki sekeping hati yang keras. Kadangkala mereka sanggup bertengkar demi mempertahankan pendapat.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: