Oct 07, 2014 - 11

Solekan Mata Si Sawa Matang

Bertuah kamu yang memiliki kulit sawo matang keperangan. Ia kini lebih dihargai, menjadi impian kebanyakan wanita yang tahu mahalnya.

6-sawa.jpg

Siapa kata si kulit hitam manis, tidak manis? Bertuah kamu yang memiliki kulit sawo matang keperangan. Ia kini lebih dihargai, menjadi impian kebanyakan wanita yang tahu mahalnya.

1-sawa.jpg
 
1.       Sapukan pembayang rona cerah sebagai highlight pada kelopak mata dan tulang kening.
 
2.       Lukiskan garisan tebal. Gunakan celak krim hitam pekat pada garis kelopak mata atas.
 
2-sawa.jpg
 
3.       Alitkan pula celak jenis krayon pada garis mata bawah. Hindari mata celak yang terlalu tumpul kerana ia menghasilkan garisan yang agak ‘kembang’.
 
4.       Sapukan pembayang mata rona hitam atau kelabu gelap pada segenap kelopak mata sambil garis mata tadi diadun dengan kaedah smudge.
 
3-sawa.jpg
 
5.       Adunkan sisa pembayang mata yang melekati berus tadi pada garis mata bahagian bawah.
 
6.       Untuk efek berdimensi, lapiskan shimmering eyeshadow di atas pembayang hitam tadi.
4-sawa.jpg
 
7.       Sapukan maskara berulang kali pada bulu mata atas dan bawah. Sisir dengan cermat agak maskara tidak bergumpal.
 
8.       Cuit sedikit bedak debu dan layangkan berus kipas pada bawah mata untuk mengusir sisa pembayang yang jatuh.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: