Dec 16, 2014 - 46

Solekan Mengikut Usia. Apa Kata Selebriti?

lihat gaya solekan tiga selebriti berhijab mengikut peringkat usia mereka yang berbeza.

dcfwdcwxdwq.jpg
lihat gaya solekan tiga selebriti berhijab mengikut peringkat usia mereka yang berbeza.


MEMEY SUHAIZA
“Pada usia muda, Memey tidak memerlukan tempelan bedak yang terlalu tebal mahupun solekan yang terlalu warna-warni. Ia cukup dengan menyerlahkan kualiti asas kulitnya yang sedia cantik, gebu dan masih cekang. Menggunakan bedak asas tipis, tumpukan solekan pada pantulan pipi kejinggaan cerah, padu bersama bibir yang dioles gincu oren terang. Mata dibiar seadanya. Sesuai untuk menyerlahkan gaya sederhana gadis bertudung.”
 
NATASHA HUDSON
“Pada usia menuju kejayaan dan sedang mendaki cabang kesibukan hidup, wanita usia 30-an harus tampil lebih anggun dan menambah satu lagi keperluan kulit. Kulit dilindungi bedak yang lebih tebal dengan kemasan berkilau sungguh memukau dan buat kamu lebih yakin. Bulu mata palsu dengan tenik solekan mata highlight menambahkan lagi seri wajah. Kontur dan struktur wajah juga diberi penekanan untuk gaya lebih eksklusif.
 
MELISSA SAILA
“Selain memerlukan lebih mekap untuk menutupi kekurangan yang ada, kulit juga perlu dilindungi dengan produk dua dalam satu. Pilih mekap yang tidak mengeringkan kulit. Pastikan pelembap dipakai sebelum bedak dan salap bibir dioles sebelum bergincu. Mekap berasaskan mineral antara yang terbaik untuk memelihara kulit. Walaupun solekan dimapankan, pastikan ada seri kilauan pada akhir penghasilan mekap itu.”

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: