Jun 02, 2017 - 619

“Rasanya Saya Taklah Cantik Sangat & Taklah Buruk Sangat. Kena ‘Husnudzon’, Fikir Baik!” — FARA FAUZANA

Melihat gelagatnya mengacara, pasti kita enggan berganjak dari kaca televisyen. Gayanya selamba, kadangkala mencuit dan ‘mengena’ tetapi masih sopan.

 

 

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 

 

 

 

DEMIKIANLAH istimewanya Fara Fauzana. Dia kini berkolaborasi bersama GO Shop sebagai duta jenama Hawa Adara. Dalam masa sama, Fara juga bergelar hos jemputan rancangan ‘Assalamualaikum’ terbitan TV AlHijrah. Biarpun sibuk menguruskan perniagaan minuman francais (Chatime) yang diusahakan sejak enam tahun lalu, dia masih punya masa untuk memanjakan diri. 

 

 

 

A post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau) on

 

 

 

Kolaborasi Fara bersama Go Shop, kongsikan cerita di sebaliknya? Bagaimana dilamar?

Pertamanya kerana saya banyak muncul di GO Shop sebagai artis undangan untuk produk-produk lain yang dijual di GO Shop. Entah mengapa dan saya sendiri tidak pasti atas faktor apa saya dipilih. mungkin kerana saya terlebih peramah, sibuk bertanya itu dan ini atau sisi kreatif lain – mungkin itulah sebabnya. 

 

Dari situ pihak GO Shop berkata, mengapa tidak kami menjalin kerjasama untuk suatu produk yang basic. Kata mereka, mahu keluarkan jubah kerana maklum mengenai saya yang selesa menggayakan jubah. Tetapi saya sukakan jubah yang lebih moden. Adakalanya saya akan potong bahagian lengan jubah dan akan padu padan dengan kardigan atau jaket. Rentetan itu kami bersetuju maka lahirlah kolaborasi bersama Hawa Adura. Saya sukakannya kerana ia sesuatu yang basic. 

 

 

 

A post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau) on

 

 

Bagaimana pula daripada segi ‘material’, warna dan rekaan, sejauh mana penglibatan Fara?

Pihak GO Shop akan memaklumkan kepada saya terlebih dahulu dan dari situ kami berbincang. Dan kebanyakan warna pilihan adalah warna kegemaran yang sering saya pakai. Salah satunya adalah tudung biru gelap. Hawa Adara tampil dengan dua koleksi iaitu yang sedikit fancy dan plain. Tetapi menariknya, ia memberi kemudahan kepada pengguna untuk padu padan dengan warna pakaian. 

 

 

 

Rutin penjagaan kulit? Cerewet soal penjagaan muka?

Saya tiada pilihan sebenarnya, dan ia menjadi satu kemestian buat saya. saya mempunyai masalah kulit sensitif sehingga pernah mengalami alahan kulit yang amat serius (kulit kemerah-merahan dan timbul ruam-ruam) malah pernah menjadi vegetarian selama enam bulan. Maka dengan itu saya perlu pastikan kulit wajah dibersihkan setiap kali selepas bersolek atau selepas melakukan apa jua aktiviti. 

 

Saya juga kerap bertemu doktor untuk mendapatkan solusi bagi mengurangkan masalah ini. Teringin juga untuk mencuba rawatan lain seperti suntikan vitamin C umpamanya atau produk-produk baru tetapi malangnya ia tidak sesuai dengan kulit saya. Maka saya tidak berani untuk mengambil risiko. Saya juga amalkan memakan tomato kristal dan mengambil madu yang dicampur dengan Habbatus Sauda. 

 

 

 

A post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau) on

 

 

 

Tips cantik cara Fara Fauzana?

Cantik ke? (ketawa) saya adalah peminum air kosong yang tegar dan saya pastikan akan minum dua liter air sehari. 

 

 

 

Pemakanan cara Fara? Berdiet? 

Saya makan enam kali sehari. Makan kerap tetapi kuantitinya kecil. Apabila bersenam setiap hari, maka saya perlu makan untuk membekalkan tenaga pada tubuh. 

 

 

 

 

 

Berapa kerap Fara bersenam dan bersukan dalam seminggu? 

Menariknya saya dibayar untuk bersukan untuk acara-acara tertentu. Contohnya jika ada undangan bermain badminton dengan mana-mana pasukan, maka di situlah saya akan bersenam dan bersukan. secara peribadi saya memang gemarkan aktiviti bersukan. 

 

Empat kali seminggu saya akan bersenam. Bangun pagi, hanya dengan memakai baju kelawar (ketawa) sambil memakai kasut sukan, saya akan berjalan di atas treadmill selama kira-kira 20 minit. 

 

 

 

A post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau) on

 

 

 

Kebanyakan wanita hari ini lebih mengutamakan penjagaan luaran berbanding kesihatan diri, contohnya malas bersenam dan lain-lain, komen? 

Pada saya ia bergantung kepada apa sasaran anda. Namun sukar juga untuk memberikan komen kerana tidak manis untuk kita menghukum seseorang bukan? Adakah anda mahu lakukannya untuk seseorang atau untuk memenuhi tuntutan sesuatu majlis misalnya? Terpulang. 

 

Tetapi pada hemat saya, apa jua yang menjurus kepada jalan singkat ini membawa kesan lain terutamanya apabila ia kembali kepada keadaan asal. Itulah kelemahannya. 

 

 

 

Fara percaya tak pada kecantikan menerusi jalan singkat?

Waktu belajar dahulu, saya bersama rakan-rakan mengambil pil untuk kuruskan badan. Dan terbukti ia memberi kesan sampingan lain seperti cepat marah kerana hormon tidak stabil. saya tak mahu mengulanginya. 

 

 

 

A post shared by FARA FAUZANA (@therealfafau) on

 

 

 

Kecantikan itu bermula dari dalam, setuju?

Setuju! Saya sering mengingatkan diri bahawa saya ini tergolong dalam kelas pertengahan. Tidak terlalu cantik dan tidak pula terlalu buruk dan sebagainya. Apabila berbicara mengenai kecantikan ia akan membangkitkan aura positif dalam pemikiran kita. Apatah lagi saya sudah menanamkan konsep ‘Husnudzon’ dan sentiasa berfikir baik, jadi ia jauh lebih mudah. 

 

 

Siapakah ikon cantik yang Fara kagumi?

Sudah tentunya Ziana Zain, dulu kini dan selamanya. 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.