Jun 16, 2017 - 19903

“Tiap Hari Saya Minum Teh Hijau” — 6 Rahsia Awet Muda DATUK ROSSA Kekal Cantik Sampai Sekarang

Orangnya kecil molek. Wajahnya cantik seiras Datuk Siti Nurhaliza. Ini petua Datuk Rossa mengekalkan paras awet mudanya.

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

APABILA kita mendekati Datuk Rossa, penyanyi Indonesia yang cukup popular dengan lagu Pudar, terasa mahu sahaja mencubit pipinya kerana geram melihat wajahnya yang comel. Bukan itu sahaja, dia beruntung kerana memiliki kulit yang mulus, bersih dan cantik. 

 

Rambutnya pula cantik beralun, hitam berkilat dan di bahagian bawah sedikit ikal. Apabila mengukir senyum atau tertawa, gebu dan merah sungguh pipinya. Mungkin kamu juga tertanya-tanya, apakah rahsia dia menjaga kecantikannya? Bagaimana pula cara pemakanan yang diamalnya? Ikuti enam rahsia kecantikan Rossa.

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

Rossa memiliki kompleksi kulit yang bersih, cantik dan sempurna. Apa rahsianya?

Penjagaan kulit sememangnya penting dan perlu dilakukan secara rutin. Saya gemar menggunakan rangkaian produk L’Occitane. Kesemua produk penjagaan saya daripada jenama ini. Yang paling digemari, body shampoo dan scrub badan L’Occitane.

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

Bagaimana pula dengan solekan yang menjadi pilihan Rossa?

Saya lebih selesa dengan solekan natural kerana ia menampakkan wajah saya kelihatan lebih asli. Ada masanya saya juga sering dirias dengan tona merah jambu.

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

 

Rossa selesa dengan solekan Mia. Apa pendapat Rossa tentang Mia?

Sudah banyak tahun kami berkenalan dan saya sangat percayakannya. Mia tahu apa solekan yang serasi dengan saya dan pastinya Mia akan membuatkan saya kelihatan berbeza setiap kali disolek.

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

Tips penjagaan rambut yang cantik dan bersinar ini?

Saya sering melakukan rawatan cream bath pada rambut. Seminggu sekali saya pastikan rambut saya mendapat rawatan hair spa di salun. Sekiranya tidak mempunyai masa, saya hanya lakukan sendiri di rumah.

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

 

Jadi, adakah rahsia rambut cantik Rossa ialah dengan melakukan hair spa semata-mata?

Kedua-dua rawatan ini sememangnya membantu menyihat dan menyuburkan rambut. Rambut tampak lebih sihat dan tidak mudah rontok (gugur). Selain itu saya juga memakai syampu dan segala rawatan rambut daripada jenama L’Occitanne.

 

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

Bagaimana pula Rossa mengawal pengambilan makanan?

Amalkan pemakanan dan gaya hidup sihat secara konsisten. Salah satu rahsia saya, setiap hari saya akan meminum teh hijau Pokka di dalam botol. Saya juga tidak pernah mengabaikan pengambilan vitamin C dan E untuk menjaga kecantikan kulit.

 

 

Sumber foto: Instagram

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    Wajah KRIS DAYANTI Cantik Memukau Bagaikan ‘Barbie Doll’! — Ini Rupanya Amalan Kris

  • Seterus →

    12 Wajah Selebriti Malaysia dalam Solekan Minimalis yang Tidak Pernah Anda Lihat, WOW!