Dec 09, 2014 - 9

Rahsia Badan meletops Zakiah Anas Pada Usia 48 Tahun

Mengenalinya hanya di kaca televisyen sejak di bangku sekolah, saya mengandaikannya seorang yang tegas, serius dan mungkin ‘memilih’ untuk berbual. Hari ini, saya lontarkan jauh-jauh andaian itu. Nah, Zakiah Anas masuk ke studio dengan gelak tawa keramahan. “Badan meletops!” Kata jurusolek, Najeeb Azami. Yang buat kami lebih terpegun, umurnya sudah 48 tahun! Seronok berbual dengannya, apa lagi tentang hal-hal kecantikan. Kalau orang kata menjaga kecantikan itu satu pelaburan untuk jangka masa panjang, Zakiah Anaslah contohnya. Kenapa? Baca sampai sudah temu bual ini. Oh, jangan tak tahu kerana semua rahsia ingin dikongsinya, saya tidak perlu mengajukan banyak soalan kerana satu jawapannya sudah menjawap hamper tiga soalan berikutnya.
zakiah-annas-(1).jpg
apa rahsia Kak Zack (Zakiah)?

Tidur kena cukup, baru esok bangun rasa segar. Amalan utama Kak Zack adalah minum empat gelas air masak sebaik bangun pagi. Besar azimatnya. Ia berfungsi sebagai detoksifikasi tubuh, membersihkan toksin dan melancarkan pembuangan air kecil. Dah lama Kak Zack amalkannya. Menurut kajian yang dilakukan di Jepun terhadap pesakit kanser minor, setelah mengamalkan tabiat ini, kanser beransur hilang. Beberapa tahun kebelakangan ini juga, Kak Zack amalkan makanan sunnah seperti cuka epal yang dicampur dua camca madu dan sedikit air, selain pengambilan suplemen dan sesudu minyak zaitun setiap pagi.

Potongan badan macam anak dara?
Kak Zack ikut saranan diet seorang doctor di Indonesia; jangan makan pagi sebelum jam 11 dan berhenti makan sebelum jam tujuh malam. Kak Zack tidak makan di awal pagi kerana percaya badan memerlukan sedikit pergerakan sebelum disogok dengan makanan untuk memudahkan pembakaran. Dan makan malam sebelum jam tujuh. Ketika itu, pergerakan fizikal kita terbatas. Kak Zack jenis yang tak reti duduk diam, tambah pula metabolisme tinggi. Jadi, apa sahaja pergerakan mudah keluar peluh. Adalah bersenam tapi bukan joging. Joging tak elok untuk perempuan, cukup dengan berjalan laju. Kak Zack suka berjalan kaki. Kadang-kadang suka buat kerja gila dengan suami, berjalan kaki dari TV3 ke rumah di Desa Park City. Amalkan juga naik turun tangga. Jangan malas kalau setakat beberapa tingkat, elakkan lif. Sambil naik tangga, kemut-kemutkan perut dan punggung (ketawa).
 zakiah-annas-(2).jpg
Pentingkah menjaga penampilan sebagai personaliti televisyen?
Kita bukanlah selebriti tetapi wajah kita dikenali; lebih kerap dilihat sebenarnya berbanding artis. Kalau pun tak mahu bersiap beria-ia, cukuplah tampil kemas. Kak Zack sendiri kalau keluar rumah, suami bebel mesti lama. Ini penting kerana kita mewakili syarikat televisyen yang orang kenal. Tidak nanti orang kata, “Eh, kenapa di TV lain, kat luar lain.” Kak Zack memang tak boleh tengok orang kalau datang ke pejabat serabai. Ya, simple okey tetapi jangan sampai selekeh. Tambahtambah, bekerja di tempat seperti Kak Zack, kena sentiasa bersiap kerana kadangkadang ada pelawat datang tak dijangka, ada pula yang nak ambil gambar. Cukuplah bersiap untuk sedap mata memandang. Selekeh itu tak cool, okey!

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: