Jan 08, 2019 - 5463

CP SARIMAH IBRAHIM Makin Langsing Tapi Tak ‘Diet’ Jadi Apa Rahsianya? — Ini Perkongsian Baik

Walau kini gelarannya megah, beliau tetap ramah kala disegah. Cantik menyerlah, itulah dia Cik Puan Sarimah.

 

 

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

Kredit foto: Cik Puan Sarimah Ibrahim

 

 

SARIMAH IBRAHIM. Nama yang selalu dibayangi dengan mulut bertih jagungnya apabila mula membuka bicara, laju tutur percakapannya, peramah, ceria, kelakar dan sangat mudah didekati walaupun kini sudah bergelar Cik Puan.

 

Sejak bergelar suri hati kepada Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar sejak 2015, perjalanan kerjayanya yang satu masa dulu sangat dikenali sebagai pengacara, pelakon dan penyanyi berbakat besar agak perlahan sehingga ramai peminat merindui kelibatnya.

 

Katanya, ada juga beliau muncul sesekali dan ‘secara mengejut atau tiba-tiba’ dalam industri seni, kerana katanya, “I like to make an appearance now and then, I don’t want people to get tired on me.”

 

Malah, katanya kerinduan itu boleh dilunaskan dengan mengikuti perkembangannya menerusi Instagram miliknya.

 

 

 

 

 

 

Selain kembali menerima undangan pengacaraan dan kini bergelar duta Dynamo Malaysia, beliau kini juga bergelar usahawan produk kecantikan. Menerusi label Thrill by Sarimah Ibrahim, beliau memperkenalkan dua produk sulungnya iaitu Treatment Cushion Foundation dan Perfecting Finish Compact Powder.

 

Menurut beliau, segala tugasan promosi, pemasaran dan lain-lainnya, dilakukan sendiri bersama Co-Founder yang juga suaminya untuk memperkenalkan jenama ini di pasaran.

 

Hari minggunya juga sentiasa terisi dengan jemputan sebagai pengacara, tetamu majlis, malah kerap diundang sebagai panel untuk kempen kesihatan mental lantaran beliau pemegang Ijazah Sarjana Muda Psikologi.

 

Masih maintain, malah makin cantik daripada zaman anak daranya, Cik Puan Sarimah Ibrahim sudi berkongsi cerita kecantikannya bersama pembaca InTrend.

 

 

 

 

Kredit foto: Cik Puan Sarimah Ibrahim

 

 

 

TIPS CANTIK! - Krim tabir suria berperlindungan UV paling penting untuk wanita. Wajib pakai! Apatah lagi jika dia selalu keluar memandu.

 

 

 

Bagaimana rutin harian kini sebagai isteri dan bergelar Cik Puan?

Bergantung pada sesuatu hari itu, ada kalanya menghadiri majlis atau menemani suami ke acara protokol.

 

Boleh dikatakan, masa banyak diluangkan untuk memenuhi jemputan ke events, banyaknya sehingga ada yang tidak mampu untuk saya penuhi semuanya. Kami mempunyai keluarga yang besar, jadi undangan ke majlis sanak- saudara juga perlu dihadiri seperti majlis hari jadi atau perkahwinan.

 

Selanjutnya, saya perlu punya masa juga untuk rutin diri sendiri seperti pilates, work out, personal training, meeting, reading dan sebagainya.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by CP Sarimah Ibrahim ❤️ (@sarimahibrahim) on

 

 

Kongsi rahsia mengekalkan kulit wajah yang gebu bersih?

Kalau dulu saya mempunyai kulit yang agak tanned, sebab banyak melakukan aktiviti scuba diving. Tetapi, kini lain pula. Genetik kulit Irish ibu semakin terserlah pada saya selepas jarang berada di bawah matahari.

 

Antara tips penting untuk mengekalkan kulit yang cerah sihat adalah dengan memakai produk SPF sebelum keluar untuk melindungi kulit daripada sinar UV.

 

Selain itu, saya mengambil Vitamin C dan minum banyak air masak kerana air penting untuk memastikan kulit terhidrasi.

 

 

 

Kredit foto: Cik Puan Sarimah Ibrahim 

 

 

 

Benarkah tanggapan memiliki wajah Pan Asian ini satu bonus untuk melangkah mudah?

Ermm... saya memulakan kerjaya seni ini sejak 20 tahun yang lalu dan waktu itu tidak ramai peminat yang sukakannya. Melainkan, pada era 80-an yang mana ia menjadi satu trend hangat apabila munculnya Julia Rais, Ramona Rahman dan lain- lainnya yang mewarnai dunia seni waktu itu.

 

Jujurnya, berwajah Pan Asian ini lebih kepada elemen marketing di mana mungkin ia dilihat lebih universal apabila wajah seperti ini lebih mudah menembusi pasaran Filipina, Vietnam dan Thailand.

 

Apa pun, bakat perlu seiring dengan rupa, kalau bersandarkan pada wajah semata-mata, saya pasti ia tidak akan kekal lama. Banyak elemen untuk berjaya dalam kerjaya seni ini.

 

Bakat semula jadi yang diasah, passion, disiplin, pengalaman dan paras rupa itu, ya, mungkin ia adalah kelebihan untuk first impression orang apabila suka melihat sesuatu yang cantik, itu adalah lumrah alam.

 

Namun, semua aspek ini haruslah seimbang jika mahu pergi lebih jauh.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by CP Sarimah Ibrahim ❤️ (@sarimahibrahim) on

 

 

 

Pernah mengalami masalah berat badan dan bagaimana cara menguruskannya?

Pernah. Ketika muda-muda dulu, apabila kita terlalu ghairah mengejar kecantikan tanpa ilmu. Bukan hanya masalah berat berlebihan, badan terlalu kurus pun ada.

 

Bagi saya, ia bukan tentang kuantiti berat tetapi kesesuaiannya dengan badan dan gaya hidup kita. Jika kamu rasa selesa dan sihat, fit dan berstamina, berat badan tidak menjadi masalah utama. Sesekali buatlah pemeriksaan untuk mengetahui tahap kesihatan diri. 

 

Rutin kesihatan saya adalah dengan melakukan aktiviti kardio tiga kali seminggu, pilates sekali seminggu dan weight training dua kali seminggu.

 

Saya tidak mengamalkan apa-apa jenis diet ketat. Saya suka makan terutamanya masakan Melayu dan Cina. Cuma, saya hadkan pengambilan nasi sehari sekali.

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by CP Sarimah Ibrahim ❤️ (@sarimahibrahim) on

 

 

 

 

Solekan cara Sarimah Ibrahim?

Saya sukakan foundation yang lightweight tetapi memberikan full coverage. Kerana saya mempunyai kulit putih yang kadang-kadang jelas kelihatan urat-urat dan tona kulit kemerahan.

 

Jadi, saya perlukan bedak asas yang dapat memberi litupan menyeluruh tetapi tidak menyumbat pori kulit. Saya juga sukakan solekan smoky eyes.

 

 

 

 

Bayangkan diri anda 20 tahun akan datang?

Oh my god, I will be 60! Saya tidak suka membayangkannya kerana dulu apabila saya bayangkan apa yang terjadi hari ini, ia tidak seperti apa yang saya bayangkan dulu.

 

Saya serahkan semuanya kepada yang di atas sana. Cuma, apa yang boleh saya rasakan, waktu itu saya mahu bahagia bersama keluarga yang dicintai, suami, punya anak-anak dan paling penting kekal sihat adanya.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Thrill by Sarimah Ibrahim®️ (@thrillbysarimahibrahim) on

 

 

 

Seseorang itu tidak akan kelihatan cantik jika...

Muka masam dan mulut membawang, hahaha. Ia bukan lagi tentang rupa paras atau bagaimana penampilanmu, tetapi apa yang ada dalam hati dan mindamu itu akan terserlah dengan nyata pada luaranmu.

 

 

 

Kredit foto: Cik Puan Sarimah Ibrahim 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.