Oct 15, 2014 - 63

Rahsia Cantik Sari Yanti

Sari Yanti menjadi pilihan InTrend bulan ini untuk berkongsi serba-sedikit rahsia rejim kecantikan bersama pembaca.

Kecil molek orangnya, tetapi tangkas menyelenggara diri dan paling penting dua hero pengarang jantungnya. Sari Yanti menjadi pilihan InTrend bulan ini untuk berkongsi serba-sedikit rahsia rejim kecantikan bersama pembaca. Ibu kepada dua hero ini kekal maintain dengan susuk tubuh persis anak dara, ditemubual eksklusif oleh Editor Kecantikan InTrend, Afiza Kamarulzaman untuk kolum Rahsia Bintang.

Bila diajukan soalan berkenaan kulitnya yang tampak flawless, Sari Yanti berkongsi tentang amalannya sejak kecil, iaitu memakan buah-buahan setiap hari. Ketika penggambaran dia akan membawa sebiji mangga selain anggur yang menjadi pilihan kala menonton televisyen.

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: