Jul 03, 2017 - 41750
Oleh: Afiza Kamarulzaman
SETAIP kali scroll facebook, pasti sekali dua akan muncul video viral rosma bercerita tentang kelangsingan dan produk kurusnya itu; buat saya teruja untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana rosma menurunkan berat badannya sehingga selangsing sekarang ini! “Cemburu!” kata saya kepada Rosma sebaik dia muncul di pintu studio.
Melihatnya secara live, ternyata dia lebih ‘kecil’ berbanding di videonya. selain sibuk dengan rutin di pejabat memasarkan produk Magic Slims bersama suaminya, khai, dan menjaga kedua-dua anaknya, rosma kini sedang menunggu tarikh sesuai untuk melancarkan single barunya nanti. “alhamdulillah, sudah siap sepenuhnya lagu ciptaan Edry Abd Halim yang diberi tajuk sumpah setia.”
Ramai teruja ingin tahu rahsia Rosma kurus, benarkah kerana produk Rosma ini?
Sebenarnya, memang sebelum adanya produk ini pun, Rosma sudah mula merancang untuk kuruskan badan. Daripada zaman Rosma di Akademi Fantasia lagi yang mana berat Rosma waktu itu mencecah 66 kilogram, tidak sesuai dengan ketinggian Rosma. Namun, penurunan waktu itu amat perlahan terutamanya apabila Rosma melahirkan anak kedua.
Rosma pelik, selepas enam bulan melahirkan anak, berat badan jadi statik. Ketika itu berat rosma 57 kilogram. kebetulan, khai ada memberitahu Rosma mahu mengeluarkan produk kurus berbentuk krim. Rosma kata kepadanya, Rosma prefer produk berbentuk makan atau minum berbanding produk luaran.
Kebiasaannya, orang malas untuk commit pada sapuan krim ini kerana mengambil masa untuk disapu dan diurut. Jadi, kami terus mencari formula terbaik untuk produk pelangsingan badan ini menerusi ekstrak buah-buahan. Sebelum dijual kepada pelanggan, Rosma sendiri mencubanya. Alhamdulillah, dengan mengambilnya sehari sekali, penurunan menjadi lebih laju walaupun Rosma masih makan seperti biasa dan tidak bersenam.
Maksudnya, Rosma kurus tanpa perlu menjaga makan?
Okey, tidak menjaga makan bukan bermaksud makan ikut suka hati dan nafsu. rosma masih ambil nasi. oh, rosma tidak boleh tidak makan nasi, menggigil badan. Pagi, rosma buat jus campuran buah naga, mangga, betik, kiwi dan kurma. Tengah hari, Rosma ambil nasi bersama lauk seperti biasa.
Petang, Rosma wajib minum teh tarik, addicted! Malam Rosma makan sup atau telur rebus dua biji bersama yogurt. rosma pastikan makan malam diambil sebelum jam tujuh. Setelah mencapai berat badan sekarang ini, rosma tidak lagi mengambil Magic Slims secara harian. Cukup tiga hari sekali.
Apa yang mendorong Rosma untuk kurus?
Sejak di Akademi Fantasia lagi rosma sudah berusaha untuk turunkan berat badan dek kerana susahnya untuk mendapatkan tajaan baju. Bezanya, dulu rosma berdiet tanpa ilmu. sudahnya, Rosma collapse dan dimasukkan ke wad kerana melakukan crash diet.
Mahu berdiet pun perlu ada ilmu. Mengurangkan porsi makanan bukan cara bijak. Jika mahu makan bersukat, jangan dilakukan secara drastik. Badan kita tidak mampu menerima perubahan mendadak. Kurangkan pengambilan makanan secara perlahan-lahan sehingga perut kita selesa dengan kadar itu.
Sepanjang terlibat dalam perniagaan kecantikan ini, apa yang Rosma nampak masalah utama wanita hari ini?
Kebanyakan wanita hari ini berdepan masalah hormon; mungkin disebabkan gaya hidup dan pemakanan kita hri ini yang kurang sihat berbanding orang dulu. Ada juga yang selalu mengalami masalah sakit lutut, pinggang akibat daripada masalah berat badan berlebihan. Sebenarnya, hormon yang seimbang adalah penentu kepada kesihatan kesuluruhan tubuh, juga kecantikan diri. Masalah hormon antara penyumbang utama dalam masalah berat badan.
Lagi satu, Rosma juga selalu berdepan dengan wanita yang lekas puas hati apabila sudah mendapat berat badan impian. Ada yang apabila sudah turun beberapa kilo, mulalah makan seperti berat tidak akan naik lagi. rugi. Penat-penat kita berusaha, akhirnya diri sendiri yang merosakkannya.
Ada yang kata menjadi selebriti tiket mudah berjaya dalam bisnes, apa cabaran paling besar yang dihadapi dalam perniagaan kecantikan ini?
Oh, tidak! hakikatnya, menjadi selebriti yang berniagalah lebih banyak dugaannya. Salah langkah sedikit, habis semuanya. Nama baik kita lebih mudah tercalar dan dihebahkan. Kami tidak berjaya dengan mudah dalam perniagaan ini.
Rosma dan Khai menyertai pelbagai kursus dan coaching perniagaan sebelum memulakannya. IImu itu sangat penting dalam apa jua yang dilakukan. Kami juga bermula dari bawah. Cabaran paling besar adalah apabila stok tidak mampu memenuhi permintaan. Waktu itu Tuhan saja yang tahu bagaimana rasanya. kena marah dengan pelanggan perkara biasa, hahaha...
Kulit Rosma juga cantik macam kulit baby, apa rahsianya?
Ketika mula menjadi artis dulu, Rosma pernah berdepan masalah kulit yang sangat teruk akibat tidak menjaga dengan betul. Selalu tidur dengan mekap. Rosma berjumpa dengan doktor kulit dan diberikan ubat. Selepas itu, barulah rosma lebih berdisiplin dalam menjaga kulit muka.
Wajah harus selalu dicuci agar sentiasa dalam keadaan bersih, pakai pelembap dan tabir suria juga penting. sekarang, rosma hanya menggunakan set penjagaan kulit Cellnique. Dan, rosma juga percaya kulit yang mulus ini juga antara faktornya adalah keseimbangan hormon yang rosma miliki hasil daripada mengambil magic slims ini.