Oct 07, 2016 - 641

“Satu Hari Sebelum Ramadan, Allah Kuatkan Hati Saya Untuk Keluar Pakai Hijab” — Sharifah Aleya

Peristiwa hijrahnya itu, bukti gerak hati adalah kerahsiaan Allah. Sharifah Aleya menceritakannya kepada kami.



 

SETELAH meletak jawatan sebagai penyampai radio, bukan bermakna dia punya banyak masa senggang. Malah, jadual hariannya semakin padat, tidak hanya memenuhi tuntutan kerja sebagai pengacara sambilan, malah Leeya banyak meluangkan masanya menghadiri kelas usrah di samping menguruskan hal rumahtangganya.

Dalam sibuk-sibuk itu, dia masih punya masa untuk membelai diri sendiri, yang mana baginya setiap wanita perlu selitkan dalam jadual seharian yang padat itu. Apa lagi kisah cantiknya?

 

Tidak rindukah kembali berlakon?

Rutin utama saya sekarang ini; anak, anak dan anak. Rindu itu ada juga tetapi berlakon penat, malah saya tidak rasa saya mampu untuk memberi komitmen seperti zaman anak dara dulu. Baru-baru ini, ada juga menerima tawaran berlakon teater, how I wish I can say yes. I love theatre tapi itulah, teater lagilah penat (ketawa).
 

Kenapa meninggalkan stesen radio sebagai penyampai radio?

Lapan tahun sebagai penyampai radio membuktikan betapa ghairahnya saya dalam kerjaya itu. Ramai yang menyangka tugasan ke udara selama tiga ke empat jam sehari itu sesuatu yang mudah dan menyangka kami hanya bekerja dalam tempoh itu sahaja. Hakikatnya, kami bekerja lebih daripada masa itu. Sama seperti you, yang bekerja di majalah. Majalah keluar sebulan sekali tetapi proses nak mengeluarkan sebuah majalah menuntut komitmen kerja 30 hari non-stop. Begitu juga kami di stesen radio.
 

Sumber: @sharifahaleya
 

Sibuk dengan si kembar dan Ali yang masih kecil, adakah Leeya punya masa untuk membelai diri sendiri?

Sebelum punya Ali, saya memang peruntukkan satu-satu masa untuk diri sendiri. Cuma, sekarang perlu tunggu Ali besar sedikit untuk kembali ke aktiviti cantik saya itu. Bagi saya, setiap wanita yang sudah berkahwin dan beranak-pinak perlu ada disiplin diri untuk menjaga badan sendiri. Kalau badan sakit, bagaimana mahu menguruskan orang lain? 

Saya suka Thai Massage. Selain berurut, cara saya melayan badan adalah dengan tidak memalaskannya. Kalau sakit pun, saya cuba bergerak aktif, keep pushing, jangan dihabiskan dengan tidur sahaja.
 

Sumber: @sharifahaleya
 

Bagaimana mula-mula mengenakan hijab dan apakah penjagaan rambut Leeya selepas menutup kepala?

Niat dipasang sudah lama, malah koleksi tudung pun dah menimbun. Cuma, datang satu hari sebelum Ramadan itu, Tuhan kuatkan hati untuk saya pakai. Saya pakai sewaktu mahu keluar dating dengan bakal suami (Miko). Miko tergamam tetapi tidak berkata apa-apa, hanya tersenyum dan cuma cakap ‘patutlah lama bersiap’. 

Saya tidaklah dikurniakan mimpi atau apa-apa petanda pelik, perubahan hadir sendiri. Bercakap perihal penjagaan rambut, tiada beza dengan sebelum bertudung. Saya lebihkan penjagaan kulit kepala. Bagi saya, kulit kepala yang sihat penentu kepada rambut yang sempurna.
 

Sumber: @sharifahaleya 


Bagaimana dengan penjagaan kulit?

Untuk pelembap dan penyegar saya menggunakan SimplySiti Dermagic, memang magik, ‘sedap’ sangat pakainya. Saya juga pengguna setia Shu Uemura Cleansing Oil Ultimate8. Cucian wajah yang sempurna dan tidak mengeringkan kulit.
 


 

Semua adik-beradik Leeya punya tubuh kecil-molek, tidak sukarlah menjaga berat badan, kan?

Paling berat saya pernah dapat 60-62 kg (kecuali hamil). Saya bukan jenis kaki makan tetapi tidaklah saya skip menu asas. Saya pentingkan complete portion dalam satu pinggan. Mesti ada nasi, sayur dan sumber protein. Saya tidak suka sukan jadi saya tidaklah galak melakukan aktiviti fizikal. Cukup dengan pergerakan harian seperti berjalan dan naik turun tangga.
 

Sumber: @sharifahaleya    


Pesanan cantik ibu yang boleh dikongsi?

Asalkan kemas, sudah. Ibu tidak cerewet hal penampilan anak- anaknya. Jangan arwah nenek (sebelah ayah), ya arwah amat tekankan penampilan kami. Pantang dia kalau kami keluar tanpa mekap. Bagi saya, paling penting penjagaan kulit daripada mekap. Kalau kulit sudah sedia cantik, kita tidak perlukan mekap berlebihan. Bergantung sepenuhnya dengan kulit asli. Kalau selalu mekap pun tidak bagus untuk kulit.
 

Sumber: @sharifahaleya  

 

Apa pendapat Leeya tentang orang yang digelar ‘Queen of Selfie’? Adakah mereka ini fanatik dengan kecantikan sendiri? 

Terpulang. Saya pun kadang- kadang selfie. Adik-adik saya jangan cakaplah. Tetapi mereka selfie untuk menyampaikan mesej, contoh aktiviti mereka ketika itu. Saya suka tengok orang selfie tetapi biarlah natural. Dengan pelbagai reaksi wajah lucu tanpa mekap misalnya. Itu cara mereka menampilkan siapa mereka? Tidak salah. Kalau rasa annoying, unfollow sajalah. Hidup ini mudah.



 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.