Aug 24, 2016 - 2294
bukanlah asing di pentas peragaan suatu ketika dahulu. Malah, siapa sangka kelibatnya masih lagi kelihatan utuh di Runway jenama antarabangsa.
Temu bual bersama majalah antarabangsa mengenai penglibatannya dalam dunia peragaan dan ini adalah jawapannya:
Carmen dilahirkan pada Jun 1931 di Bandar New York. Kerjaya sebagai seorang supermodel bermula apabila mencuba nasib dalam satu sesi penggambaran pada tahun 1946. Bakatnya mula disunting sebuah majalah antarabangsa dan mula menandatangani satu kontrak dengan bayaran $7.50 sejam.
Siapa sangka jelitawan ini juga pernah lalui kepayahan dalam kehidupan? Ketika itu, bayaran sebagai seorang supermodel tidaklah terlalu tinggi. Carmen dan ibunya mencuba untuk memperbaiki taraf hidup mereka dan berusaha sehingga dinaikkan bayaran kepada $10 - $25 sejam.
Satu perjalanan yang sukar dalam menempatkan diri untuk terus kekal di puncak. Kini Carmen bukan sahaja seorang model biasa malah hasil titik peluh dan usahanya, meletakkan dirinya di kelas yang tersendiri.
TIPS Senaman Ringan Untuk Wanita yang Berusia
Senaman penting bagi semua peringkat umur tidak kira muda atau tua. Namun begitu, tidak semua senaman sesuai bagi usia tertentu. Bagi anda yang sudah agak berusia, tidak sesuai untuk melakukan senaman yang terlalu lasak kerana badan anda mungkin tidak dapat menanggung senaman yang berat. Namun begitu, terdapat juga senaman yang sesuai untuk orang yang berusia.
- Fokus kepada latihan kardiovaskular selama 30 min sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Ini untuk melatih jantung dan paru-paru serta membakar lebihan kalori. Jikalau anda rasa susah untuk berjoging, anda boleh berjalan kaki, mengembara atau berjalan-jalan di pusat membeli-belah daripada anda duduk sahaja di rumah dan tidak berbuat apa-apa.
- Makan 5-6 kali sehari untuk metabolisma badan anda.
- Angkat berat sebanyak 2-3 kali seminggu untuk menambah kekuatan badan.
Pastikan anda hanya mengangkat berat yang mampu anda angkat. Jangan paksa diri anda. Selain itu, bagi anda yang berusia 40-50 tahun, anda patut mula menjalani pemeriksaan kesihatan untuk mengelakkan sebarang perkara buruk daripada berlaku.
Antara Pemeriksaan yang Perlu Anda Lakukan Adalah:
- Kandungan gula dalam darah
- Tekanan darah
- Kandungan kolestrol
- Berat/BMI
- Mammogram dan pemeriksaan di bahagian pelvik.
Kesihatan sangat penting. Jangan ambil ringan tentang soal kesihatan. Anda disaran agar selalu membuat pemeriksaan kesihatan dan kerap melakukan senaman yang sesuai dengan badan anda.