Feb 04, 2019 - 29764

10 Perkara Wanita Mesti ‘Achieve’ Sebelum 40! — Ada rumah sendiri, simpanan dan...?

‘Life begins at 40’ – betul ke? Pada usia 40 tahun, seorang wanita seharusnya sudah bersedia untuk memulakan bukan baru nak mula.

 

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman 

 

 

Kredit foto: IG @ctdk & @maya_karin

 

 

10 perkara seorang wanita seharusnya sudah capai dan harus milik jika mahu kehidupan yang teratur dan tenang pada usia 40 tahun:

 

 

1. Mesti ada lesen kereta dan boleh pandu kereta 

Jangan kata nonsense! Kerana masih ramai lagi wanita sekitar 30 tahun yang masih belum boleh memandu kereta walaupun sudah punya lesen. Ingatlah wahai wanita, memanglah boleh memandu kereta itu bukan segala-galanya tetapi jika kamu mampu memandu setidak-tidaknya kamu boleh bergerak sendiri walau suami tidak di sisi dan tidak perlu menyusahkan mak, ayah, nenek, jiran, BFF bagai. Walau mudah untuk mendapatkan public transport sekarang tetapi memandu sendiri untuk kemana-mana lebih praktikal buat wanita dari segi masa, kemudahan dan keselamatan.

 

 

 

2. Kerjaya yang stabil 

Sebaiknya, kamu sudah tahu apakah kerjaya terbaik untukmu sekarang? Bwaktu ini bukanlah masanya menambah baikkan resume untuk mencari kerja lain yang kamu tidak pasti untung nasibnya.

 

Bukan bermakna kamu tiada cita-cita tetapi tolong lebih fokus agar kehidupan kerjaya dan keluarga seimbang.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Sazzy Falak (@sazzyfalak) on

 

 

 

3. Simpanan tetap 

Duit bukan segala-galanya tetapi segala-galanya perlukan duit, dalam dunia hari ini. Kita bukan zaman batu yang segala-galanya boleh dimiliki tanpa duit. Nak makan bercucuk-tanam, nak rumah bina sendiri.

 

Nak baju, carik-carik bulu kambing. Sekarang, nak air pun kena bayar Syabas setiap bulan. Jika susah untuk menyimpan setiap bulan secara manual, lakukan secara auto-debit. Inilah simpanan secara paksa.

 

 

 

4. Rumah atas nama sendiri 

Boleh saja kalau mahu berkongsi nama dengan suami, tetapi lebih bagus jika ada sebuah rumah atas nama sendiri juga.

 

Bukan soal nanti bercerai, senang nak tuntut tetapi ia juga satu perlaburan bijak untuk mengumpul aset daripada duit habis beli handbag saja.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Clean rivers.. #mayalovesnature

A post shared by Maya Karin (@maya_karin) on

 

 

 

5. Insurans 

Sudah mencarum? Untung nasib memang tiada siapa boleh ramal tapi kita boleh bersedia dengan adanya jaminan insurans seperti insurans nyawa dan perlindungan, perubatan, kemalangan juga pendidikan untuk anak-anak.

 

Perubatan sekarang bukan murah terutama yang ada anak-anak kecil. Jangan nanti mengomel panjang apabila kena ke hospital kerajaan. Cakap je...hehe...

 

 

 

6. Bisnes sampingan  

Dengan ekonomi negara yang tak berapa stabil sekarang ini, di samping begitu banyak ssyarikat sudah mula menawarkan skim VSS/MSS (berhenti dengan rela) kamu digalakkan untuk punya pendapatan sampingan mulai sekarang.

 

Wanita punya kelebihan di alam siber ini untuk melakukan bisnes sampingan. Tak ada idea? Carilah sendiri bagaimana untuk memulakan, okey?

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SIMPLYSITI (@officialsimplysiti) on

 

 

 

7. Boleh tutup kilang kot? 

Jangan negatif, bukan bermakna menolak rezeki. Tetapi, jika benar-benar merancang sebuah keluarga yang lancar urusan kehidupannya, seeloknya cukupkan kuota bilangan anak-anak pada usia ini.

 

Ini bagi memastikan hal ehwal anak-anak mampu diatur dengan baik dan berakhir dengan happy ending. Lagi pula, menurut kajian doktor, wanita berdepan risiko agak tinggi apabila hamil dan bersalin pada usia menjangkau 40 tahun.

 

 

 

8. Pandai masak 

Ha, biar betul? Ini pun termasuk dalam list! Ya, malulah sikit jika seorang wanita yang dah masuk usia 40 tahun masih gagal masak telur mata yang sempurna atau sambal belacan yang enak.

 

Memasak sebanarnya satu seni dan terapi yang mampu menjadikan diri kreatif, lebih bersikap sabar, teliti, fokus dan penyayang. Bukankah elemen-elemen ini penting untuk wanita yang meniti usia?     

 

 

9. Cukupkan ilmu di dada 

Ada yang kata selepas pencen baru mahu fokus pada amal ibadat. Persoalannya, siapa kita untuk menentukan ajal kita sempat sampai ke waktu itu? Atau adakah pada waktu itu kita sudah bersedia untuk melakukannya atau baru mahu belajar?

 

Jadi, cukupkanlah ilmu di dada untuk mendalami ilmu agama sebenar. Tentang fardu ain dan kifayah. Rajin-rajinnya menjengah kelas usrah, ke majlis ilmu atau mula belajar tajwid dengan ustaz/ustazah.

 

Inilah makanan jiwa yang paling penting jika mahu bahagia pada usia 40 nanti.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Irma Hasmie Ibrahim (@irmahasmie) on

 

 

 

10. Hubungan dengan pasangan dan manusia sekeliling 

Pernah tak dengar orang selalu cakap, “Aku ni dah tua-tua, tak kuasa nak bergaduh?” Peliklah kalau dah tua pun masih suka bergaduh dan cari pasal dengan orang. Bukankah seronok hidup dengan pasangan, anak-anak, jiran, kawan-kawan dan adik-beradik dalam suasana yang harmoni?

 

Fikirkan hidup kita ini tidak lama. Buat apa dirugikan dengan permusuhan dan bermasam muka? Serapkan aura positif dalam diri setiap hari bangun pagi, okey!

 

 

 

*Semua yang disenaraikan ini adalah pendapat peribadi penulis sahaja yang juga sedang menuju ke usia 40 tahun. Tidak semuanya mampu diterima oleh setiap individi kerana kehidupan setiap kita lain-lain. Ia sekadar panduan dan tips bersahaja untuk dikongsi bersama. Selamat menempuh usia 40 tahun buat semua wanita hebat di luar sana!

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.