May 06, 2015 - 53

Biar Apa Saja Orang Cakap Pasal Tasha, Asalkan Tuhan Tahu Niat Dan Hati Kita

Pilihan fesyen Tasha sendiri baru-baru ini dikritik oleh keyboard warriors dan mereka tidak gemarkan penampilan Tasha yang semakin berani, apa kata Tasha?
ewfddwdw.jpg
“Orang memang mudah menilai kesalahan orang lain, tapi yang penting Tasha mahu menjadi diri sendiri. Visi baru Tasha adalah tidak mahu bicara perkara yang tidak elok fasal orang lain. Ini kerana apa yang dibicarakan, mungkin bias melukakan hati orang. Maka biarlah Tasha simpan dalam diri. Biar saja apa orang mahu bilang fasal Tasha, asalkan Tuhan tahu niat dan hati sendiri.”


Tasha on set! Bilang Penata Seni, melihat Tasha berdiri di samping Sara Ali, Nelydia Senrose dan Elfira. Mereka berempat punya energy yang cukup positif dan kuat di hadapan lensa kamera. Semangat muda itu masih membara dan sentiasa beri yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan. Studio berdentum sama bunyian lagu Sia, John Newman, Ellie Goulding dan The 1975.

Tasha, benarkah dibilang artis muda zaman ini sarat sama kontroversi?

Tasha rasa itu satu assestment yang tidak adil dan berat sebelah. Bukan semua mencari drama dan cerita murahan untuk jadi bahan dalam surat khabar. Kadangkala orang lupa this is our daily lives too. Semua orang melalui perkara yang menyakitkan hati, namun apabila dia seorang selebriti, ia dipaparkan di dada akhbar untuk bacaan seantero negara.

Bait bicara Tasha di dalam Lembar Profil isu November 2012 berbalut busana Salvatore Ferragamo dan solekan oleh Bong menjadi sampul kedua Tasha bersama InTrend – her first solo cover though. 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: