May 06, 2015 - 33

“Bila berhijab, Cukuplah Nampak sederhana”- Elfira Loy

Ketika Elfira mengumumkan mahu berhijab tahun lalu, rata-rata peminat terkejut. Mungkin faktor usia yang masih muda menjadikan ramai yang sangsi dengan keputusan yang diambilnya. Namun, Elfira tidak mahu memikirkan apa tanggapan orang, lantas membuktikan dia membuat keputusan tepat. Kini dia masih selesa dengan hijab tanpa pernah ada batasan. Malah kekal lincah menata gaya harian OOTDnya!
dscvcd.jpg
Bukan mudah sebenarnya, andai selepas berhijab kamu mahu mengemas kini gerobok fesyenmu. Apa lagi menyuaipadankan antara top, pant, skirt, hijab jua aksesori. Silap sedikit kelihatan semak! Namun, katanya, untuk sekarang ini dia menyenangi persalinan daripada palet pastel dan polos sahaja. Sesuatu yang minimal itu lebih menarik hatinya agar dia bisa bermain sama stail hijabnya. Ia kombinasi yang tidak berantakan untuk kelihatan terlalu terdesak bergelar hijabi fesyenita. Cukuplah Nampak sederhana dengan class tersendiri. Malah, sense of fashion Elfira juga baik, jika tidak masakan pihak Melium sendiri memetik namanya untuk menyarungkan persalinan mereka. Yang pasti bukan sembarangan orang diberi kepercayaan itu.

Lagi satu yang menarik tentang Elfira Loy, dia antara selebriti jutawan, yang punya 1.3 juta followers (setakat artikel ini ditulis) di Instagram. Dan, dia dilihat antara selebriti berpengaruh di laman sosial dengan mendapat antara banyak likes di setiap gambar yang dimuat naik saban waktu.

Mungkin ia bukanlah kejayaan besar yang harus diangkat tetapi ia satu gambaran betapa gaya hidupnya sentiasa menjadi intipan peminat dan perjalanan hariannya punya tarikan yang tiada pada orang lain.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: