Dec 30, 2014 - 38

Kupu-Kupu Juga Mencari Syurga

Kesempatan melaksanakan temu bual bersama Nabila Huda menggamit hati saya untuk menyelongkar aspek keserasian...

Memiliki sebungkal hati lebih keras? Dikurnia aras kecekalan dan kedegilan lebih tinggi? Saya tidak akan menjawabnya di sini. Biar Nabila Huda sahaja yang menjawabnya, kerana hanya dia yang mampu melihat kembali masa silam, takdir dan masa depan dia dan Keisha Laila, sejelas mata hatinya. Kesempatan melaksanakan temu bual bersama Nabila Huda menggamit hati saya untuk menyelongkar aspek keserasian perhubungan, sikap dan tingkah-laku ibuanak ini seputar Zodiak Cina. Sungguh menarik, kerana mengikut zodiak Cina, Nabila adalah Tikus. Keisha adalah Harimau. Seorang Tikus Kayu. Seorang lagi Harimau Logam. Lantas apa terjadi apabila Tikus Kayu dan Harimau Logam dipertemukan dalam hayat yang sama?...

OLEH : ROSIE HASLINDA NASIR
DSCWXCWEX.jpg
“Saya bukan malaikat. Saya bukan insan sufi. Saya juga berdarah. Saya juga melakukan dosa. Saya juga memburu pahala seperti anda semua.”

Nabila saring apa yang mahu dilihat sahaja. Bermaksud Nabila tidak mempercayai peminat, tidak mempercayai industri?

Selama ini, I lead my life very, very openly. It’s for everyone to see. Tetapi selepas peristiwa dikecam teruk lewat foto yang saya kongsi di Instagram, saya merubah prinsip dan pendirian. Terlalu ramai bersusah-payah mencari salah dan silap lalu melempar cerca. Lalu kerana itu saya memilih untuk membuka hanya sebahagian pintu untuk tatapan umum. Ya, hanya sekelumit daripada babak hidup ini wajar dilihat peminat dan umum. Sebahagiannya lagi? Biarlah saya pegang dan pendam kemas-kemas dalam hati. Saya juga manusia. Saya bukan malaikat. Saya bukan insan sufi. Saya juga berdarah. Saya juga melakukan dosa. Saya juga memburu pahala seperti anda semua. Namun segala amal jariah dan kebaikan yang pernah saya lakukan, biarlah Dia yang di atas sahaja yang mengetahuinya. Saya tidak perlu membuktikan apa-apa. Saya tidak perlu membuktikan kepada siapa-siapa.

Bagaimana dengan kepentingan diri sendiri? Kembali berumahtangga, kembali menjadi suri untuk seorang lelaki?

Sudah 30 tahun hidup ini. Ya, keinginan itu masih bernyala. Bila difikir-fikirkan, memang penat rasanya hidup sendirian. Balik rumah, tiada suami memicit kaki yang penat. Tiada suami untuk bertukar cerita dan bergelak ketawa. Tiada suami yang akan bertanya kepada kita, bagaimana hari kita hari itu? Tiada bahu untuk mencurah tangis pada malam yang sunyi. Mana mungkin saya berdusta? Saya juga mahukan hidup yang sempurna seperti wanita lain, punya lelaki di samping. Tiga tahun bersendiri. I think I’m ready now.
SADWADA.jpg
Nabila tak bercita-cita mengikat perkahwinan kedua dengan lelaki kaya? Yang lebih stabil dan menjamin?

I just love my simple life. Saya wanita yang amat sederhana. Seadanya. Saya tidak memerlukan wang berjuta untuk membahagiakan diri.

Mengapa menolak rezeki?

Persepsi harus mengahwini lelaki kaya untuk kebahagiaan hakiki mungkin bukan formula terbaik untuk saya. Saya tidak mahu menjadi kaya. Ahh... saya takut menjadi kaya malah. Saya takut, dengan kekayaan itu, saya terlalu ke hadapan. Saya amat takut, dengan kekayaan luar biasa itu, saya mungkin terlupa asal-usul, takut terlupa semua perkara yang selama ini penting di mata saya. Bertemu lelaki idaman yang mencintai saya dengan betul, cukuplah. Itu sudah memadai. Saya suka berada di belakang, chill babe, just chill, hahaha…
 WASDQDWQS.jpg
Kata akhir Nabila untuk pembaca InTrend?
Terima kasih setulus hati kerana masih menyokong saya. Dan terima kasih setinggi langit kepada famili atas pengorbanan, dedikasi dan toleransi kerana memahami kerenah saya. Saya juga seperti anda semua. Saya pernah berbuat silap, saya pernah berbuat nakal dan tersalah langkah. Namun di sini saya berdiri hari ini. Dengan 30 tahun pengalaman hidup serumit ini, berliku-liku; cebisancebisan pengalaman itu bercantum menjadi episod hidup yang amat lengkap dan sempurna. Kerana reinkarnasi jiwa kupu-kupu ini menjadikan saya manusia yang lebih kuat, kekar, cekal, tabah, tidak mudah patah atau berserah. Doakan yang terbaik seikhlasnya buat saya dan Keisha. Kerana seperti anda semua, kami juga berhak mencari bahagia di bawah kebesaran-Nya.
 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


Topik:

  • ← Sebelum

    LONDON CALLING! – Merakam Wajah Eksklusif Azrinaz Mazhar Hakim

  • Seterus →

    Kupu-Kupu Juga Mencari Syurga