Dec 03, 2014 - 23

LONDON CALLING! – Merakam Wajah Eksklusif Azrinaz Mazhar Hakim

Cuaca Musim Luruh di luar sangat tidak bisa dijangka. Jam enam, matahari sudah terbenam dan kedinginan angin bagaikan mencengkam tulang hitam, namun...

dscfwedewdw.jpg
Selepas 17 jam di dalam pesawat Etihad, bersinggah di Abu Dhabi, dua pesawat dan tidur-bangkit yang tidak sudah-sudah kami berenam tiba di London, England. Tanah air Putera William dan Kate, Spice Girls, One Direction dan Fish & Chips. Jam dua kami sudah terpacak di Lapangan Terbang Heathrow, melangkah keluar dari imigresen, Murad pemandu yang dikontrakkan oleh Cik Puan Azrinaz (sudah terbang ke London lebih awal) sedia menunggu. Kami berenam terdiri daripada Editor Fesyen Vee Mukhtaram, Pengarah Seni Azni Abu, Jurufoto Fadzli Nordin dari Blackpepper Production, Jurusolek Shela Mohamad dan pereka duo Rizman Ruzaini terus ke apartmen di Basil Street untuk segarkan diri dan sesuaikan sama waktu London.
dsfcvwecwecwe.jpg
Malam itu kami bertemu Cik Puan Azrinaz untuk sesi suai kenal dan makan malam di restoran mewah Signor Sassi sama their signature dish; Spaghetti Lobster. Pasca makan, kami beransur ke kamar hotel untuk berehat dan lepaskan lelah kembara. Malam pertama kami di London tamat sama lampu-lampu neon Harrods menjenguk dari jendela kamar berteman angina nan mendingin.

Cuaca Musim Luruh di luar sangat tidak bisa dijangka. Jam enam, matahari sudah terbenam dan kedinginan angin bagaikan mencengkam tulang hitam, namun kerana tanggungjawab harus kami usaikan. Bermula di sekeliling Basil Street, membawa down the block ke Lincoln House, Edgware Road dan tentunya ke Hyde Park. Matahari mula 'menyorok' di ufuk barat dan hari makin gelap, kami perlukan pencahayaan yang lebih maka kami kembali semula ke Basil Street dan memilih untuk berfoto di hadapan pusat beli-belah paling ikonik Harrods (yang cuma beberapa langkah dari apartmen kami). Kala merakam di hadapan Harrods, we were literally stopping traffic lantaran terpegun melihat Azrinaz dalam gaun malam labuh bermain sulam tekat pada bawah dada. Such a tiring yet great day with great results!
sdfcvcs.jpg
Dapatkan Edisi December InTrend di pasaran untuk cerita lebih menarik sepanjang perjalanan team InTrend ke kota Landon bersama Cik Puan Azrinaz 
63778_1575588329319930_987766263770593238_n.jpg

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: