Apr 16, 2015 - 17

“Saya anggap itu semua ujian” - Zizan Razak Diuji Gosip Dan Skandal

Saya anggap itu semua ujian. Apa sangat ujian itu berbanding ujian nabi?

dscvecec.jpg
Oleh : Afiza Kamarulzaman

Zizan banyak diuji dengan gosip dan skandal sejak tahun lalu, bagaimana melaluinya?
Saya anggap ia sesuatu yang simple. Orang boleh mencipta apa saja rumusan, betul atau sebaliknya. Anggaplah apa saja, kita tidak mampu menjelaskan satu persatu. Apa yang penting, saya fikirkan diri saya dengan Tuhan. Saya anggap itu semua ujian. Apa sangat ujian itu berbanding ujian nabi? Ujian ini sebenarnya mematangkan kita.

Apabila sudah popular, sentiasa menjadi intipan peminat, adakah pernah terlintas di fikiran Zizan, rasa menyesal menceburi bidang ini?
Saya tidak menyesal. Ini jalan yang saya pilih dan di sini juga minat yang saya taburkan. Bagi saya usikan, gosip dan fitnah itu perkara biasa yang orang suka untuk menguji kita. Kadang-kadang benda itu bukan betul. Cuma andaian orang dan diperisakan pula oleh pihak-pihak yang mahu menjatuhkan kita. Semuanya saya depani dengan tenang dan matang. Kalau kata tiada sudah privacy hidup, itu bukanlah perkara yang terlalu rumit untuk saya. Contohnya, ini kandang kambing dan itu kandang harimau. Apabila masuk kandang kambing, kita perlulah tahu bagaimana nak datang menyapa kita dengan kasar dan tidak beretika. Tapi, saya layan mereka sebaliknya. Contohnya, kalau yang dating itu terus hoi, hoi... saya balas, "Assamualaikum bang..." Cakap elok-elok dan akhirnya mereka sendiri yang terasa dan faham. Saya mahu orang hormati kerjaya kami sebagai pelawak. Kenalah berjiwa rakyat.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: