Sep 13, 2018 - 82

Episod Pertama InTrend Malaysia X ALTERNATIF Mula Bersiaran Setiap Jumaat di Astro Ria & Astro Ria HD!

Bersempena wajah baharu InTrend Malaysia, kini kandungannya boleh ditonton di kaca TV anda.

 

 

 

 

 

 

 

[EKSKLUSIF!] Dari lembar majalah kini ke kaca TV anda! .

Nantikan, ESOK! Jumaat 14 September 2018 jam 9.30 malam, di Astro Ria dan Astro Ria HD, woohoo! .Jangan lupa saksikan episod pertama @intrendmalaysia X ALTERNATIF menampilkan selebriti barisan hadapan Malaysia! .

LISA SURIHANI, NABILAH HUDA & NORA DANISH 

 

 

 

 

 

 

 

 

NABILA HUDA 

 

 

 

Kenapa dia, sedangkan Abil pastinya diburu begitu ramai lelaki lain di luar sana? 

Sebenarnya saya ni secret admirer dia. Mengenalinya menerusi seorang teman. Pada mulanya, sekadar hai, hai bye, bye. Saya merenungnya dari jauh saja tapi dia pula jenis pemalu, yang hanya akan tunduk sahaja setiap kali saya pandang atau senyum kepadanya.

 

Sampaikan saya terfikir dia ni ‘gay’ ke? Nabila Huda kut yang nak mengurat dia tetapi dia semacam tiada perasaan. Hanya selepas enam bulan berkawan barulah dia melafazkan ‘I Love You’. Waktu itu perasaan saya melayang-layang...

 

 

 

 

 

NORA DANISH 

 

 

 

Penerimaan Raykal apabila dapat adik selepas sedekad?

Kehadiran Ney Ney bukanlah kejutan besar buat Raykal. Kerana Raykal sudah pun ada dua orang adik iaitu Putera Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima (anak daripada hasil perkahwinan Jejai dengan Fasha Sandha).

 

Cuma kali ini Raykal lebih rapat dengan adiknya kerana mereka tinggal sebumbung dengan Nora. Dia memang sayang sangat Ney Ney...

 

 

 

 

 

LISA SURIHANI 

 

 

 

Ada yang menolak apabila bergandingan dengan teman hidup, bimbang jika urusan kerja dibawa ke rumah mahupun sebaliknya. Lisa sendiri, sukar atau tidak segelanggang dengan suami?

Lisa selesa bekerja dengan abang Yusry. Walaupun ada kalanya tidak sependapat dan berlainan idea, kami bertindak profesional apabila bekerja. Lagi pun Lisa masih baru dalam dunia pengarahan, berbeza dengan suami yang mempunyai banyak pengalaman. Lisa masih memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada kru penerbitan...

 

 

Dapatkan naskhah cetak InTrend Malaysia Edisi Sep/Okt/Nov 2018 untuk membaca artikel penuh. 

KINI DI PASARAN! 

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.