Apr 14, 2015 - 14

Shahrol Shiro Pernah 'Menganjing' Pelajar Perempuan Sehingga Menangis

Saya tertarik dengan karakter anjing putih dalam siri tersebut dan 'Shiro' dalam bahasa Jepun bermaksud putih bersih.

dsvcwecfwewe.jpg
Punya bakat melawak sejak di bangku sekolah atau sememangnya lahir dalam keluarga yang sering berjenaka?
Saya dijaga oleh datuk saya yang bergelar imam. Maka latar belakang keluarga saya lebih cenderung ke arah keagamaan. Di sekolah pula, saya bersama rakan sekelas kuat berjenaka. Sehingga pernah saya 'menganjing' (menyindir) pelajar perempuan dan dia menangis. Saya juga suka bercerita. Dan apabila saya dapat sesuatu terutama daripada apa yang saya baca, misalnya watak-watak kartun daripada majalah dan komik Gila-Gila serta Ujang, saya akan lakonkan mengikut cita rasa saya. Sekali gus rakan-rakan terhibur dan seronok.
 
Kisah di sebalik nama Shiro?
Saya meminati watak animasi Sin Chan. Kebetulan ada rakan sekampung yang belajar di Jepun, yang tahu selok-belok Jepun. Waktu tercari-cari nama kumpulan, saya tertarik dengan karakter anjing putih dalam siri tersebut dan 'Shiro' dalam bahasa Jepun bermaksud putih bersih. Secara simboliknya, kami masuk ke industri hiburan dalam keadaan suci dan bersih.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik: