Jan 23, 2019 - 126

“Saya Berjanji Untuk Jadi Ahli Parlimen untuk SEMUA Warga Lembah Pantai” — YB FAHMI FADZIL

Dari pentas teater kini dia terjun ke bidang politik! Yang Berhormat Fahmi Fadzil berkongsi aspirasi hidupnya.

 

 

 

Oleh: Norhaizan Ahmad 

 

 

 

 

 

Tell us about your early life and education. Siapa YB semasa di sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti?

Saya lahir di Hospital Assunta, Petaling Jaya dan membesar di kawasan Melayu. Kemudian keluarga kami berpindah-randah ke beberapa tempat. Saya bersekolah di SK Bukit Damansara,seterusnya ke Sekolah Sri Chempaka.

 

Saya mendapat pendidikan ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan kimia di Purdue University, Indiana, Amerika Syarikat. Lepas pulang dari Amerika, saya bekerja sebagai jurutera di sebuah syarikat Jepun.

 

Tapi disebabkan suasana di syarikat tersebut bukan yang saya impikan maka saya keluar dan berkecimpung dalam bidang seni sebagai seorang penulis, pelakon, pengarah dan macam- macam lagi.

 

 

 

 

Pada 2008, perkara tidak disangka-sangkakan berlaku. Perubahan kuasa berlaku di Selangor, Pulau Pinang dan beberapa negeri yang lain. Ketika itu, saya dan rakan-rakan terlibat dalam satu projek temu bual secara online.

 

Nama program itu The Fairly Current Show di PopTeeVee. Individu yang ditemu ramah antaranya Marina Mahathir, Tan Sri Simon Sipaun dan Nurul Izzah.

 

Dan selepas mewawancara Nurul Izzah, beliau menjemput saya untuk membantu beberapa program seterusnya saya menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2010 dan menjadi Setiausaha Politik kepada beliau. Pada 2018, saya pula jadi Ahli Parlimen Lembah Pantai.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fahmi Fadzil (@fahmifadzil.1) on

 

 

 

‘Nickname’ zaman sekolah menengah, jika ada?

Saya ni ketua pengawas. Mungkin dia orang tak ada nickname sangatlah untuk gelarkan saya sebab takut nanti kena denda, hahaha... Mungkin dia kata saya nerd, kut!

 

 

Gambarkan diri anda dalam tiga patah perkataan?

Tak cerewet. Mudah. Minat (dalam pelbagai perkara).

 

 

Selain YB, adakah abang dan adik juga berjinak-jinak dengan politik?

Hahaha, tidak! Tapi mereka minat dengan aktivisme politik, di mana mereka selalu ikut sekali dalam program-program himpunan Bersih.

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fahmi Fadzil (@fahmifadzil.1) on

 

 

 

Dianggap sebagai ‘muka baru’ dalam kancah politik Malaysia, namun hakikatnya susur galur keluarga YB sudah lama berkecimpung dalam arena ini misalnya arwah nenek (Hawa Musa) pernah menjawat jawatan Ketua Wanita UMNO Kuala Lumpur. 

Mungkin YB boleh kongsikan adakah ini antara pemangkin buat YB untuk berpolitik? Jika tidak, apa yang mendorong YB untuk menceburi bidang ini?

Walaupun nenek saya Allahyarhamah Hawa Musa pernah menjadi ahli UMNO, malah instrumental atau amat berpengaruh hingga mampu membawa masuk tokoh seperti Tan Sri Rafidah Aziz ke dalam UMNO, beliau sudahtidakterlibatdalampolitikpada ketika saya lahir dan membesar.

 

Apa yang sebenarnya mendorong saya adalah berlakunya Reformasi pada 1998; pada usia 17 tahun, saya mula melihat pelbagai perkara yang berlaku dalam negara, dan merasakan saya perlu melakukan sesuatu untuk bersuara.

 

Seterusnya, semangat Reformasi itu menggalakkan saya menceburi bidang seni, di mana saya meluahkan fikiran dan perasaan tentang isu-isu semasa di atas pentas teater.

 

Akhirnya, dari teater saya memasuki bidang politik apabila saya dijemput saudari Nurul Izzah untuk menjadi setiausaha politik beliau pada tahun 2010.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fahmi Fadzil (@fahmifadzil.1) on

 

 

 

Apa yang telah dipelajari daripada Reformasi 1998. Kongsikan?

Perjuangan membawa perubahan memang memerlukan pengorbanan: masa, tenaga, wang ringgit, malah juga nyawa.

 

Begitu ramai yang saya kenal yang telah meninggalkan perjuangan sebelum kejayaan 9 Mei 2018, tetapi keterlibatan mereka selama ini sudah pasti menjadi memori indah dan pembakar semangat untuk terus berjuang menegakkan keadilan di bumi Malaysia Baharu ini.

 

 

 

 

 

 

Walau kurang dikenali ketika bertanding di Parlimen Lembah Pantai, namun YB menang dengan majoriti besar. Pada pendapat YB, atas faktor apa kemenangan ini memihak kepada YB? Dan adakah kemenangan ini disebabkan pengaruh YB Nurul Izzah?

Pada PRU ke-14, YB Nurul Izzah bertanding di Permatang Pauh. Dan saya mengambil alih Lembah Pantai secara rasmi pada hari penamaan calon.

 

Memang kami ada usahakan sesuatu untuk lebih mendekatkan saya dengan orang ramai, tapi cuma pada waktu berkempen orang ramai mula mengenali saya.

 

Salah satu daripada taktik ataupun strategi rakan-rakan adalah memasang billboard yang memaparkan wajah saya. Dari situ orang ramai dah mula mengenali saya.

 

Saya pernah terserempak dengan seorang budak sekolah umur mungkin sekitar sembilan atau 10 tahun di sebuah kedai, bila dia tengok saya, dia terus kata, “Eh, ini abang yang dalam poster tu, kan?” Jadi,saya tahu strategi menaikkan poster itu sangat berkesan.

 

Namun saya rasa kemenangan PRU14 itu atas faktor rakyat, bukan semata-mata parti atau individu. Memang rakyat mahukan perubahan, saya tengok segenap lapisan, itu yang mereka idamkan dan itu menjadi harapan.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fahmi Fadzil (@fahmifadzil.1) on

 

 

Apakah tugas pertama yang dilaksanakan sebaik bergelar Ahli Parlimen Lembah Pantai?

Pada Jumaat pertama selepas PRU14, saya telah turun untuk solat Jumaat di Masjid Jamek Khadijiah di Pantai Dalam. Lepas solat Jumaat,saya telah memberitahu hadirin bahawa saya berjanji untuk menjadi seorang Ahli Parlimen yang ‘buta warna’ — iaitu saya tidak kisah sama ada mereka memilih ‘biru tua’, ‘biru muda’, ‘hijau’, ‘kelabu’, atau langsung tidak memilih apa-apa pun — yang bermakna saya berjanji untuk menjadi Ahli Parlimen untuk SEMUA warga Lembah Pantai.

 

Pada hari Isnin pertama selepas PRU14, saya dan dua Ahli Parlimen lain telah bertemu dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur dan mendapatkan komitmen beliau untuk mewartakan Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 yang menjadi salah satu janji saya dalam manifesto di Lembah Pantai.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fahmi Fadzil (@fahmifadzil.1) on

 

 

Menggalas tugas sebagai wakil rakyat memerlukan komitmen tinggi. Macam-macam karenah penduduk Lembah Pantai yang perlu dikendalikan. Kongsikan ‘task’ paling mencabar dalam meladeni karenah mereka?

Saya telah dapat banyak panggilan dan pelbagai permohonan, malah ada yang meminta saya mengalihkan kenderaan di PPR yang menghalang lalu- lintas, ada yang meminta saya membaiki internet di tempat kerja, ada yang mengharapkan kerja.

 

Saya pernah keluar tengah malam untuk melihat sendiri tapak projek yang bekerja lebih daripada masa yang ditetapkan, dan saya juga pernah mengawal lalu-lintas di Lucky Garden kerana penduduk dan pengguna terkeliru dengan projek alih lalu-lintas yang sedang diusahakan!

 

Bagi saya, semua permohonan dan permintaan ini adalah cabaran dan sebahagian dari realiti menjadi seorang wakil rakyat, yang saya terima dengan dada terbuka.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fahmi Fadzil (@fahmifadzil.1) on

 

 

 

Punya idola dalam arena politik tanah air? Jika ada kenapa memilih beliau?

Semestinya Datuk Seri Anwar Ibrahim, memandangkan beliau telah banyak berkorban dan lama menempuh pelbagai cabaran, dugaan, fitnah dan mehnah untuk meneraju dan memacu gerakan Reformasi walau dari dalam penjara.

 

Beliau istiqamah dalam perjuangan walau telah dipenjara sedekad umur. Beliau adalah Bapa Reformasi Malaysia.

 

Pada masa yang sama, saya menghormati falsafah dan pendirian YAB Tun Dr Mahathir, yang meneraju tampuk kepimpinan negara. Antara yang paling saya minati adalah pandangan beliau bahawa “bila semua orang tidak dapat semua yang mereka mahu, tapi setiap pihak ada mendapat sesuatu, maka semua menang” (when no one gets everything they want, but everyone gets something, then everybody wins).

 

Ini adalah pandangan yang matang dan pragmatik.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fahmi Fadzil (@fahmifadzil.1) on

 

 

 

Parlimen Lembah Pantai begitu sinonim dengan YB Nurul Izzah sejak beliau memenangi ‘kerusi panas’ itu selama dua penggal. Sejujurnya, adakah YB dibayangi oleh YB Nurul Izzah?

Saya melihat diri dan perjuangan membela warga Lembah Pantai sebagai satu kesinambungan dari apa yang telah diusahakan oleh YB Nurul Izzah selama sedekad (dua penggal) sebelum ini.

 

Pada masa itu, walau menjadi Ahli Parlimen, beliau tidak diberi peluang dan ruang untuk benar-benar berinteraksi dengan agensi-agensi kerajaan seperti DBKL akibat dasar politik rejim terdahulu.

 

Maka bagi saya, dengan kerajaan baharu Pakatan Harapan yang memberi sokongan 100% kepada Ahli-Ahli Parlimen termasuk saya sendiri, saya perlu berkhidmat berkali ganda lebih keras untuk menzahirkan janji-janji yang terkandung di dalam manifesto Pakatan Harapan dan saya sendiri di Lembah Pantai.

 

Maka tidak timbul isu “membayangi” atau “dibayangi” sesiapa.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fahmi Fadzil (@fahmifadzil.1) on

 

 

 

The voting age should be? And why?

Pada usia 18 tahun. Kerana pada usia itu, kita boleh berkahwin, kita boleh masuk askar, kita boleh jadi polis, kita boleh menggadai nyawa untuk menyelamatkan atau menjamin keselamatan negara.

 

Jadi saya percaya kita berhak memilih masa depan negara kita.

 

 

 

Pada pandangan YB, apa yang generasi muda mahu dalam politik tanah air?

Generasi muda mahukan politik yang membolehkan pentadbiran yang lebih telus, dasar-dasar yang lebih adil, serta peluang pekerjaan dan perumahan yang lebih banyak.

 

Saya percaya generasi muda juga mahukan pemimpin yang seiring dengan keperluan, semangat serta corak pemikiran anak muda.

 

 

 

Kebebasan bersuara hari ini mendorong sifat tidak sabar dan darah panas anak muda membuatkan mereka melahirkan kata-kata tanpa berfikir panjang. Ini bermakna mereka perlu bersedia menerima natijah daripada kata-kata yang dikeluarkan. Komen YB mengenai perkara ini?

Setiap tindakan sudah pasti ada tindak balas. Sama juga dengan kata-kata. Oleh itu, saya mengingatkan anak muda bahawa semua yang kita muatnaik atau post di dalam media sosial bukan sahaja boleh mendatangkan respon negatif, malah kita perlu faham bahawa “the internet is forever”, di mana apa sahaja yang kita letakkan dalam internet pasti akan ada lima, 10, 50 tahun ke hadapan.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fahmi Fadzil (@fahmifadzil.1) on

 

 

Anak muda juga dikatakan ‘malas’ dalam banyak segi. Apa saranan YB untuk golongan ini supaya Malaysia bisa menuju sebagai negara maju?

Pandangan ini tidak tepat. Bagi saya, isu yang lebih mustahak di sini ialah kesediaan syarikat-syarikat dan pasaran pekerjaan (job market) bersiap sedia menghadapi perubahan mendadak akibat Revolusi Industri 4.0 dan teknologi seperti ‘blockchain’, yang mana saya percaya anak muda merupakan kumpulan yang paling bersedia untuk mengaplikasikan dalam bidang pekerjaan mereka.

 

Pada masa yang sama, saya berharap anak muda tidak terlalu leka dengan media sosial, tetapi lebih cergas menggunakan serta mencari adaptasi teknologi-teknologi maklumat ini untuk manfaat diri dan masyarakat.

 

 

 

Jurang perkauman dalam kalangan rakyat Malaysia semakin lebar. Inikah yang Pakatan Harapan mahu?

Jurang perkauman yang melebar berpunca dari pertarungan politik yang berpaksikan fahaman perkauman sempit. Trend ini tidak sihat, dan semestinya ia tiada tempat dalam Malaysia baharu ini.

 

Pakatan Harapan akan memberi fokus terhadap penyelesaian masalah secara sistemik, bermaksud jurang-jurang perkauman, ekonomi, dan sebagainya perlu dirapat dan diselesaikan bukan sahaja buat satu kumpulan etnik tetapi untuk semua kumpulan yang memerlukannya.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fahmi Fadzil (@fahmifadzil.1) on

 

 

Momen paling tidak dapat dilupakan sejak bergelar YB? Kenapa?

Saya tidak boleh lupakan malam 9 Mei 2018. Pada ketika proses mengundi tamat, dan saya serta keluarga dan rakan-rakan seperjuangan pergi ke pusat pengiraan undi utama, memang berdebar dada kerana saya tidak tahu apa yang akan berlaku.

 

Pada mulanya, undi-undi dari kumpulan undi awal dan undi pos dikira, dan saya memang hiba kerana rata-rata undi awal tidak memihak saya. Tapi pada sekitar 8.00 malam, setelah pasukan kami menerima semua Borang 14 dari setiap saluran mengundi, maka saya lebih berani berkata yang undi-undi awam memihak kepada saya.

 

Akhirnya, sekitar 8.30 malam, kami mengumumkan bahawa Parti Keadilan Rakyat telah secara tidak rasmi memenangi Lembah Pantai. Ini mungkin momen yang paling tidak dapat saya lupakan.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fahmi Fadzil (@fahmifadzil.1) on

 

 

Nasihat kepada pemimpin muda Malaysia pada masa akan datang?

Always keep striving, never stop trying, never stop learning.

 

 

Jika diberi peluang membuat ucapan 30 saat ke seluruh dunia, apa yang akan anda katakan?

Help us find Jho Low! Help us get the rakyat’s money back!

 

 

InTrend juga mahu dengar akan pengalaman YB bersama team Gol & Gincu The Series? Bagaimana YB boleh tertarik hati untuk bekerjasama dengan Red Communication?

Saya cukup mengenali penerbit filem dan siri ini, dan akibat persahabatan inilah maka saya dijemput untuk terbabit sebagai penulis dan kemudiannya pelakon watak sampingan! Saya memang minat futsal, sebenarnya!

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fahmi Fadzil (@fahmifadzil.1) on

 

 

 

YB juga dikhabarkan suka berkarya. Boleh kongsikan karya yang pernah dihasilkan?

Saya banyak menulis dalam majalah KLue dulu, tapi majalah itu sudah lama ditutup. Selain itu, saya juga banyak menghasilkan karya-karya seni untuk persembahan teater eksperimental.

 

 

Setiap orang ada tabiat buruk masing-masing, bagaimana dengan YB?

Procrastination!

 

 

Jenama kereta yang dipandu sekarang?

Honda Insight.

 

 

Suka lepak kedai mamak? di mana dan kenapa?

Jarang ada masa untuk melepak sekarang. Tapi kalau dulu, biasanya ada di Restoran Malabar di bawah pejabat di Lembah Pantai, hahaha!

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fahmi Fadzil (@fahmifadzil.1) on

 

 

 

Jenama fesyen pilihan?

Uniqlo– cantik dan tidak terlalu mahal.

 

 

Facebook, Twitter, SnapChat dan Instagram. Mana pilihan anda? Kenapa?

Instagram. Saya rasa best sangat dapat tengok Insta Story, hahaha.

 

 

Lima perkara orang tidak tahu tentang anda?

Saya berbintang Aquarius. Saya anak kedua maka saya ada ‘middle child syndrome’. Rambut putih ni ori, bukan buat-buat. Saya suka kopi. Yang kelima, saya memang suka minum kopi, hehehe...

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fahmi Fadzil (@fahmifadzil.1) on

 

 

 

Sebagai seorang ayah, YB jenis ayah yang bagaimana? Tiger Dad? Owl Dad?

Saya kurang faham istilah-istilah ini, haha, tapi saya harap saya ayah yang boleh membesarkan anak yang soleh dan mampu berbakti kepada nusa dan bangsa.

 

 

Tiga perkara anda tidak boleh hidup tanpa…

Coffee, coffee, coffee!

 

 

What would you want to be your legacy?

Saya ingin melihat masalah-masalah yang sudah lama dihadapi oleh penduduk bandar diselesaikan secara perlahan-lahan, pada usia 18 tahun rakyat dibolehkan untuk mengundi, dan saya mahu melihat nama Kerinchi diberi pengiktirafan.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fahmi Fadzil (@fahmifadzil.1) on

 

 

Seperkara yang perlu anda lakukan sebelum usia 40 tahun?

I want to travel the world a little bit more.

 

 

YB pada lima tahun akan datang?

Bertanding lagi, insya- Allah. Kalau menang mungkin boleh jadi Timbalan Menteri atau Menteri. Kita tengok macam mana nanti.

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.


Topik:  general