Feb 05, 2018 - 850

DAIYAN TRISHA Mudah Tertawan dengan Lelaki Bersifat ‘Loving’ — Siapakah Lelaki Itu?

DAIYAN TRISHA, satu lagi bintang muda yang kian menyinar dalam arena seni. Baik seni lakon mahupun seni suara, kedua- dua cabang seni ini mengalir dalam darahnya. Ayuh kenali siapa gadis hebat ini…

 

 

 

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 

 

 

 

 

 

MENGIMBAS kembali kala kali pertama bersua dengan gadis muda ini, terbukti Daiyan kini semakin matang.Tidak lekang dengan senyuman, personalitinya yang mudah disapa dan mesra membuatkan kami di lokasi menyenanginya.

 

Dan tatkala lensa Chee Wei merakam pose juga aksi bersahaja Daiyan, terbukti dia camera friendly. Seperti Hannah, InTrend pinta jurusolek Emma Mustafa serlahkan aura kesegaran pada wajahnya. Dandanan braids yang dirapi Yusof pula melengkapkan keseluruhan penampilan.

 

Daiyan mula bergiat secara aktif dalam dunia hiburan pada 2013 dan dikenali menerusi kemunculan telefilem pertamanya, Dee yang disiarkan menerusi saluran Astro Ceria; di samping Amy Mastura dan ramai lagi.

 

Menyingkap mengenai latar belakang Daiyan Trisha, dia adalah anak kedua daripada lima adik-beradik. Pemegang Diploma Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur IUKL.

 

Karier seni layar Daiyan bermula pada 2015 menerusi filem Girlfriend Kontrak. Pernah merakamkan beberapa lagu dan single seperti Kerana Kau, Cinta Suka Sayang Kamu dan Kita Manusia, kini wajahnya kembali mewarnai skrin televisyen menerusi drama bersiri My Coffee Prince arahan Michael Ang di samping Fattah Amin dan Janna Nick.

 

Teruja bercampur berdebar menanti reaksi penonton menerusi filem pertama yang mengenengahkan Daiyan sebagai watak utama, Busker; masih banyak yang mahu diterokai dan dipelajari sementelah sudah bergelar anak seni.Seperti bintang lain, InTrend akan terus menyokong bakat Daiyan untuk memeriahkan industri seni.

 

Ikuti temu bual eksklusif ini, InTrend berkesempatan mencungkil sisi lain Daiyan Trisha juga berkongsi harapan dan perancangannya untuk tahun baru ini. Semoga sukses mengiringi perjalanannya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Khabarnya bakal sibuk tahun ini. Bisa kongsikan perkembangan terkini?

Daiyan baru keluarkan single ‘Kita Manusia’ dan selesai sesi penggambaran drama My Coffee Prince. Kini sibuk mempromosikan filem pertama lakonan Daiyan, Busker.

 

 

Andai diberi peluang memegang watak heroin dalam filem, siapakah hero yang menjadi pilihan dan mengapa?

Jika pelakon tempatan, saya pilih Aiman Hakim Redza dan pelakon antarabangsa saya pilih Eddie Redmayne atau Ryan Gosling.

 

 

Berikan tiga judul filem yang Daiyan gemari?

Busker (Hahaha, kerana inilah filem pertama lakonan Daiyan), White Chicks dan Lala Land.

 

 

‘Quotes’ daripada filem kegemaran yang masih diingati?

“As if!” – watak Cher dari filem Clueless.

 

 

 

 

 

 

 

 

Apakah watak yang menjadi dambaan untuk dipikul suatu hari nanti?

Shopaholic, ahli muzik yang tertekan dan successful marketer.

 

 

Zaman kanak-kanak sememangnya indah. Ada sesuatu yang mahu dikongsi dan terpahat dalam lipatan memori?

Daiyan pernah tinggal di Amerika Syarikat selama tiga bulan bersama keluarga. Paling best dapat pergi ke Disney World dan bermain salji.

 

 

Imbas kembali kenangan sewaktu tadika. Boleh kongsikan tiga perkara yang masih diingati kala tempoh itu?

Maaf kak, tak boleh nak ingat semula, hahaha...

 

 

Mata pelajaran dan guru kegemaran sewaktu sekolah menengah, masih ingat?

Subjek yang saya gemari Matematik dan Seni tetapi cikgu favourite tak ingatlah kak, hahaha...

 

 

 

 

 

 

Siapa tiga ‘celebrity-crush’ yang saban kali membuatkan Daiyan teruja dan berdebar-debar andai bertentang mata?

Sona One, Faizal Tahir dan Redza Minhat.

 

 

Daiyan Trisha sebagai hos rancangan televisyen. Apa rancangan yang difikirkan sesuai dengan Daiyan?

Travelogue! Kerana berpeluang mengembara.

 

 

Sekiranya diberi RM1,000, apa agaknya yang akan Daiyan lakukan?

Simpan!

 

 

Lazimnya apa yang dilakukan Daiyan untuk mengembalikan mood seandainya mengalami ‘bad day’?

Balik rumah, luangkan masa sendirian dan reflect through the day then I’ll be okay.

 

 

 

 

 

 

 

 

Apakah bunyi-bunyian yang memberi ketenangan fikiran anda?

Bunyi alam semula jadi atau no sound at all.

 

 

Apa yang selalunya anda stalk di media sosial?

John Mayer, hahaha...

 

 

Tiga perkara menarik yang selama ini orang tidak tahu mengenai Daiyan?

Daiyan memakai stoking ketika tidur, seorang pesaing, perfectionist, gemar ke konsert dan suka berdansa!

 

 

Jika diberi peluang ubah satu perkara mengenai diri anda, apakah ia?

Mahu lebih peka mengingati nama dengan lebih baik sebab Daiyan ada short-term memory loss! Hahaha...

 

 

Aktiviti paling berani yang pernah dilakukan?

Riding the highest roller coaster di United Kingdom!

 

 

Siapa antara figura ‘living legend’ pada pandangan Daiyan?

Dato’ Sheila Majid dan Johnny Depp.

 

 

 

 

 

 

 

 

Secawan kopi enak dipadankan dengan apa?

Muzik dan me-time.

 

 

Sambal belacan, sambal tempoyak, budu dan cencaluk; mana yang tidak digemari?

Cencaluk!

 

 

Kongsikan bayangan percutian idaman, di mana dan mengapa?

Santorini – tranquility and relax.

 

 

Jika perlu pindah dari ibu kota, negeri manakah yang dituju dan mengapa?

Kuantan, kampung halaman saya.

 

 

Dengan menggunakan tiga perkataan, gambarkan keluarga anda?

Lovely, content, grateful.

 

 

 

 

 

 

 

Dari skala 1 hingga 10, gambarkan tahap ketegasan ibu bapa anda?

Dahulu 8 sekarang 5.

 

 

Haruman yang melambangkan personaliti anda?

Chanel Chance.

 

 

Apakah inovasi ciptaan paling hebat sepanjang zaman pada firasat Daiyan?

IPhone.

 

 

Anda seorang yang mudah jatuh cinta atau bagaimana?

Not so easy... but easy to be attached.

 

 

Sifat gentleman yang perlu ada pada bakal suami anda?

Loving and respectful.

 

 

Strategi untuk terus bertahan dalam industri?

Menjadi diri sendiri dan cekal tempuhi cabaran mendatang.

 

 

Harapan dan perancangan untuk merancakkan 2018?

Keep my head in the game, I’m strong when I’m focused.

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    ISMAIL IZZANI Suka ‘Stalk’ Gadis Berhijab di Media Sosial — Awas! Anda Mungkin Pilihannya

  • Seterus →

    Tiga ‘Celebrity-crush’ Ini Bikin Hati HANNAH DELISHA Teruja— Siapakah Mereka?