Jul 25, 2019 - 825

“Aleesya Sedekahkan Saya Bacaan YASSIN Tiga Malam Berturut-Turut...” —ERRA FAZIRA

Perjalanan hidupnya umpama seorang ‘primadona’ di pentas lakonan; penuh liku, ranjau dan duri. Yang kita nampak zahirnya, hanya yang cantik sahaja. Apakah yang sebenarnya terbuku di hati seorang bernama ERRA FAZIRA?

 

 

Oleh: Afiza Kamarulzaman

 

Intrend erra 1

Kredit foto: @errafazira

 

 

Bakat Erra sebagai pengacara semakin menyerlah, daripada talk show Primadona sehinggalah ke Mingguan Wanita sekarang. Erra dilihat tidak hanya memperagakan rupa, bagaimana persiapan setiap kali mengacarakan sesuatu program?

Kalau dulu, Primadona lebih kepada penampilan yang vass gitu, sofistikated dan tersusun. Berbeza untuk Mingguan Wanita ia lebih santai dan bersifat harian.

 

Apa jua program bual bicara yang dikendalikan, ia tetap memerlukan pengetahuan daripada minda pengacara itu sendiri kerana skrip yang diberi hanya guide line sahaja.

 

Kejayaan sesuatu pengacaraan itu bergantung kepada bagaimana ilmu dan pengetahuan daripada pengacara itu mampu sampai kepada penonton.

 

Ia sangat berbeza dengan menyanyi atau berlakon. Sebelum memulakan program, saya akui membuat homework, research, saya perlu tahu point yang hendak saya ungkapkan kerana ia tanggungjawab yang besar.

 

Jika tidak, kita akan krikk..krikklah di sana.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

 

 

Erra juga selalu dijadikan inspirasi kaum wanita, maka tidak hairanlah jika Erra berjaya mengendalikan program kewanitaan sebegitu. Antara banyak-banyak isu wanita yang dibualkan, isu apa yang lebih menyentuh hati Erra?

Selalunya yang berkaitan dengan emosi dalaman wanita. Saya suka untuk menjadi penyuntik semangat kepada setiap wanita untuk bangun dalam perjuangan hidup.

 

Saya tidak suka untuk kata, ‘wanita mesti bangun untuk bersaing dengan lelaki’. No! Kita tidak perlu berdiri sama tinggi dengan mereka.

 

Berjaya pada level kita sendiri, itu sudah memadai. Saya sedih melihat wanita yang lemah dan negatif, saya mahu mereka sentiasa memotivasikan diri lebih positif.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

 

 

Perjalanan sebagai seorang anak seni tidak mudah, bukan? Erra sudah melalui begitu banyak pengalaman hidup seumpama kisah seorang primadona. Bagaimana Erra kekal teguh walau dihambat pelbagai ujian getir?

Bagi saya, ini adalah proses pembelajaran daripada pengalaman juga. Usia mematangkan diri dan menjadikan kita lebih rasional hari demi hari. Kalau dulu, saya pun beremosi juga.

 

Adakala dijentik, saya melatah juga. Bercakap tentang ujian, bukan hanya anak seni diuji. Adalah sesuatu yang mustahil untuk seseorang itu berjaya tanpa diuji.

 

Rasulullah yang tinggi darjatnya juga berat diuji. Bukankah dikatakan ujian itu antara tanda Allah sayang?

 

Saya tidak suka untuk terus meratapi setiap ujian yang datang dengan mempersoalkan ‘why, why why?’.

 

Boleh, untuk duduk seketika, merenung kesilapan diri dan bermuhasabah tetapi jangan terus melayan sedih berpanjangan. Pesan saya, saat diuji, bangkitlah kerana tiada siapa mampu membantu kita melainkan diri kita sendiri.

 

Ingatlah, setiap apa yang berlaku kepada kita semuanya bersifat sementara. Kita berada di atas sementara, kita sakit menangis pun sementara.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

 

 

Apa bezanya menjadi anak seni era dulu-dulu dengan zaman media sosial berkuasa sekarang ini?

Zaman sekarang, mudahnya ‘menembak’, mengaib dan menghukum seseorang, apatah lagi jika saya sendiri memilih untuk menjadi anak seni di era ini, orang berasakan kita sememangnya layak untuk diadili tanpa sebab.

 

Hati kena kuat, jika tidak, memang akan letih melayan setiap kecaman yang dilemparkan.

 

Pendek kata, ya hari ini lebih mencabar kerana setiap isu yang timbul akan sewenang-wenangnya dicanang dan diperdebatkan tanpa batasan yang dibaca dan dihujahkan oleh jutaan manusia.

 

Bagi saya, selagi kita tahu niat dan apa yang kita buat, orang yang dekat dengan kita pun faham kita, Allah pun tahu, itu sudah cukup.

 

Kalau mahu diterangkan satu-satu kepada setiap orang, kita tidak akan mampu memuaskan hati semua orang. Media sosial ini boleh jadi ‘pembunuh’ juga pemangkin kepada kerjaya kita.

 

Jadi, terpulang kepada kita sendiri bagaimana untuk mengemudinya.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

 

 

Erra baca setiap komen netizen?

Kalau ia datang ke ‘rumah’ saya dengan komen-komen negatif, saya akan ‘matikan’ komen-komen itu.

 

Bukan kerana saya tidak boleh menerimanya, tetapi saya tidak suka ia membawa kepada perbalahan sesama mereka.

 

Saya tidak mahu ia menghadirkan negative vibes ke dalam ruang peribadi saya. Masing-masing ada pendapat sendiri.

 

 

Intrend erra 2

Kredit foto: @errafazira

 

 

Rasanya, Erra lebih suka untuk bercakap perihal Aleesya, kan? Bagaimana rutin bersamanya?

Bagi saya, bonding time itu penting pada usia anak seperti Aleesya. Masa inilah, dia mahu dipeluk, dicium, digeletek.

 

Nanti, dah besar, dia tidak mahu lagi dan sudah pandai malu. Sekarang pun, dan nampak segan-segan dia. Alhamdulillah, aturan Allah itu pun cantik apabila saya ada pembahagian masa dengan Aleesya.

 

Jadi, apabila tiba masa Aleesya bersama saya, saya akan pastikan ia adalah masa yang paling berharga, saya tidak akan ambil sebarang kerja.

 

Saya mahu meninggalkan momen terbaik buat Aleesya supaya ia menjadi kenangan terindah untuk dikenang kelak.

 

Saya akan cuba sebaiknya dalam waktu yang singkat itu untuk garapkan sebuah kemesraan dan didikan sempurna buat Aleesya.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

 

 

Bagaimana didikan Erra kepada Aleesya?

Saya harus akui mendidik anak zaman ini sangat mencabar dengan pengaruh media sosial dan siber yang sangat menggerunkan. Saya harus bijak mengimbangkan antara didikan dunia dan akhirat.

 

Saya mahu Aleesya berjaya di international schoolnya dan tetap mempunyai ilmu agama yang tinggi sebagai pedoman hidupnya nanti.

 

Saya sentiasa mahu Aleesya tahu bahawa “I am your mother, i can also be your bestfriend. You can share everything with me...”

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

 

 

Hubungan ibu dan anak perempuan itu sangat ‘sentimental’. Pernah tak Erra berkongsi perasaan saat Erra sedih atau down?

Dalam mendidik anak, kita sememangnya perlu positif tetapi itu tidaklah bermakna saya hanya boleh berkongsi perkara yang indah-indah sahaja, seolah-olah hidup ini tiada masalah langsung di mata dia.

 

Kadang-kadang, saya bercerita juga saat saya sedih atau ada masalah, dengan harapan nanti dia juga tidak kekok untuk berkongsi masalahnya.

 

Namun, kesedihan itu harus ada penyelesaiannya. Saya akan akhiri perbualan itu dengan berkata, “Tidak mengapalah, everything’s gonna be okey...” Supaya dia nampak kehidupan ini ada masa untuk gembira ada masa ditimpa duka.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

 

 

Jadi, apa yang selalunya Aleesya lakukan apabila melihat ibunya dalam kesedihan?

(Menarik nafas dalam). Pernah suatu ketika itu, saya mengalami satu keadaan yang paling sukar dan perit. Aleesya... (Mata Erra mula bergenang, suaranya tersekat. Lama Erra terdiam).

 

So sweet of her, satu hari selepas Maghrib tu, Aleesya bacakan saya surah Yassin tiga malam berturut-turut. 

 

Dia cakap kepada saya, “Mom, Im gonna recite surah Yassin for you, I dont want people to bully you.” Dan, Aleesya juga suka menitipkan mesej menerusi tulisan notanya yang akan ditampal di dinding.

 

Itu juga yang saya lakukan kepada dia setiap kali dia down.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

 

 

Adakah Erra rasa, ini membuktikan segala apa yang Erra terapkan kepada Aleesya selama ini, diaplikasikannya dengan baik?

Kalau begitulah keadaannya, Alhamdulillah. Saya memang selalu menyuruh Aleesya untuk berdoa pada setiap keadaan. Misalnya, kalau ada exam esoknya, saya ingatkan dia untuk doa sebelum tidur. Ya, nampaknya dia tahu hebatnya sebuah doa itu.

 

 

 

Pesanan seorang ibu kepada Aleesya?

Saya selalu pesan kepada Aleesya, “Aleesya, if you want to meet Mom in Syurga, you must be a good girl, be good to everyone and treat people with kindness (terdiam seketika). You have to give love to get love.”

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Erra Fazira (@errafazira) on

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.