Aug 11, 2017 - 190

Bukan Bersyarat Tetapi Cuba Memenuhi Syariat — IZA ISKANDAR Kongsi Kisah Hijabnya

Pernah terdetik mahu berhijab namun ditangguhkan. Iza Iskandar bersyukur diberikan peluang kedua untuk merubah segalanya.

 

 

 

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 

 

 

 

Sebelum bergelar model, apakah profesyen Iza?

Saya menuntut di salah sebuah universiti swasta. Memandangkan punya waktu terluang kerana kuliah tidak diadakan setiap hari, dalam masa senggang saya lakukan modelling separuh masa. Malah selepas menamatkan pengajian, saya masih melakukan kerja-kerja modelling hingga hari ini.

 

 

 

 

 

Imbas kembali momen bagaimana Iza Iskandar boleh menceburi bidang peragaan?

Pada mulanya saya sekadar mencuba sahaja pergi ke casting. Rakan saya yang beria-ia menyuruh saya pergi casting di Blitz Production yang menyediakan kelas dan melatih sesiapa yang ingin bergelar model. Mereka mengajar bagaimana melakukan catwalk dan sebagainya.

 

Dan Simone Tay, salah seorang model profesional senior adalah antara individu penting yang mengajar saya mendalami ilmu dan memperkasa kemahiran dalam bidang ini. Selepas empat bulan menghadiri kelas, dalam masa sama mereka menawarkan job dengan memenuhi undangan pertunjukan di sana-sini kerana kata mereka saya mempunyai ketinggian yang sesuai sebagai model.

 

Dari situlah segalanya bermula. Saya berpeluang berjumpa dengan ramai individu berpengaruh dalam dunia fesyen tempatan seperti pereka-pereka fesyen, model senior, klien dan ramai lagi.

 

 

 

 

 

 

#Repost @tudungpeople (@get_repost) ・・・ Live Update TudungPeople Limited Edition Eid 2017 Collections Preview

A post shared by Eyza Iskandar (@izaiskandar) on

 

 

 

Lantas, bagaimana terdetik mahu menyarung hijab?

Baru tiga tahun lalu (2014). Sejujurnya saya sudah lama memasang niat untuk berhijab. Tetapi mungkin kerana faktor kerjaya sebagai model (ketika itu masih tidak berhijab) membantutkan niat saya. Saya pernah ter kir, jika bertudung bagaimana saya perlu bekerja (menghayun langkah di runway dan pertunjukan di sana-sini) kerana ketika itu tawaran lebih banyak buat model yang tidak berhijab berbanding sekarang.

 

Sekitar 2012, saya merasakan ada sesuatu kekurangan dan kosong dalam hati. Walaupun ceria dan gembira bekerja tetapi entah mengapa ada sesuatu yang menjentik perasaan seakan-akan ada sesuatu yang tidak kena.

 

Kemudian saya tanamkan azam untuk berhijab pada Ramadan 2012 namun entah mengapa saya tangguhkan niat murni itu kerana faktor kerja. Dan dalam masa sama, saya tidak gembira dengan keputusan yang diambil yakni menunda untuk berhijab. Saya percaya, Allah SWT memberi hidayah-Nya dalam pelbagai cara kepada umat- Nya dan ia umpama panggilan untuk saya berbuat baik namun saya ketepikan soal itu.

 

Daripada segi luaran, saya kelihatan biasa sahaja. Pergi ke pertunjukan sana-sini, bercuti dan berlibur bersama rakan-rakan. Tetapi dalam jiwa saya umpama bergolak, berperang emosi dan kadangkala saya keliru. Sukar untuk saya gambarkan perasaan itu kerana hanya saya sahaja yang memahaminya.

 

Dan daripada perspektif lain pula, saya melihatnya sebagai ujian daripada Allah untuk menduga keimanan saya. Rakan-Rakan tidak memberikan perangsang dan dorongan untuk saya menuju ke arah itu. Apatah lagi apabila ada pertunjukan waktu malam, secara tidak langsung membuatkan saya meninggalkan solat begitu sahaja kerana tuntutan kerja.

 

Biarpun dari riak wajah dan tingkah laku kelihatan biasa, tetapi dalam hati Allah sahaja yang tahu. Saya tidak gembira, kecewa dan dirundung rasa bersalah. Bukanlah mahu berlagak alim tetapi itulah yang dirasai. Selain itu pernah terlintas dalam kiran, apakah kesudahan saya di alam sana seandainya ditakdirkan Allah SWT memerintahkan malaikat mengambil nyawa saya tatkala saya berpakaian mendedahkan aurat, ketika catwalk dan sebagainya.

 

Lantas apabila memikirkan soal ini membuatkan saya takut. Oleh kerana itu saya kir, barangkali perkara yang kita sukai dan dalam masa sama jika kita meninggalkannya, itu adalah lebih baik untuk kita menemui jalan-Nya. Ia umpama jihad kecil untuk kita.

 

Dan pada 2013 saya bulatkan tekad, walau apa jua yang terjadi saya akan bertudung. Biarpun menerima tawaran yang menarik, bayaran yang lumayan atau peluang mengembara serata dunia sekalipun saya tetap dengan pendirian untuk bertudung. Dan antara perkara positif yang menguatkan saya untuk berhijrah dan bertudung kerana saya merasakan sudah cukup puas mengecap nikmat dunia peragaan.

 

Benar, bidang peragaan menjadi minat saya sejak kecil lagi dan sebenarnya Allah SWT sudah memberi peluang saya merasai semua itu. Menyarung pakaian berjenama antarabangsa juga daripada pereka- pereka fesyen, mengembara ke Los Angeles, London dan banyak lagi – dan itu semua sudah mencukupi buat saya. Syukur kerana Allah SWT mempermudahkan lantas menunaikan niat saya.

 

Saya mula bertudung pada Ramadan 2013. Saya memilih untuk bertudung kerana ia adalah perkara yang menggembirakan saya juga memberi ketenangan pada diri. Itu yang saya mahukan.

 

Saya mahu seiring kedua-duanya; antara kerjaya sebagai model dan dalam masa sama bertudung. Saya bertudung kerana lillahi taala, bukan kerana suruhan suami, permintaan emak atau sempena apa jua peristiwa. Ia kerelaan hati saya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Pernah diduga dengan sesuatu perkara atau insiden sepanjang penghijrahan ini?


Sebelum Ramadan, saya menerima tawaran dan bekerja sepanjang Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2013. Ketika itu (masih belum bertudung) saya baru disahkan hamil anak sulung dan usia kehamilan sekitar beberapa minggu.

 

Rakan-rakan berpesan agar saya lebih berhati-hati memandangkan usia kehamilan baru masuk fasa pertama. Dan kemudian barulah saya bertudung pada hari pertama Ramadan 2013. Ada juga yang membuat andaian saya bertudung kerana hamil tetapi sebenarnya tidak benar sama sekali.

 

Saya merasakan tidak perlu saya ceritakan kepada semua sebenarnya saya sudah lama memasang niat untuk bertudung. Saya hanya tekad mahu bertudung pada Ramadan 2013 dan terus dengan imej ini sampai bila-bila.

 

Biarpun hamil tetapi saya masih mengambil beberapa job sehinggalah memutuskan untuk berhenti seketika sebagai langkah menjaga kandungan. Saya dan suami pergi menjalani pemeriksaan seperti biasa namun hasil pemeriksaan doktor mendapati ada sesuatu yag tidak kena. Menurut doktor, kantung yang menempatkan janin masih ada tetapi jantung janin tidak kelihatan.

 

Doktor turut menjelaskan, usia kehamilan fasa pertama agak fragile dan banyak kebarangkalian boleh berlaku. Sama ada ia membesar normal atau gugur secara semula jadi. Namun doktor masih positif mungkin jantung janin berada pada kedudukan bawah atau tersembunyi.

 

Lantas saya dan suami memutuskan untuk menjalani pemeriksaan selanjutnya selepas cuti raya. Dijadikan cerita, sewaktu dalam perjalanan pulang ke kampung di Kelantan, kami terperangkap dalam kesesakan jalan raya (pada malam raya, di dalam kereta) saya mengalami keguguran. Banyak darah yang keluar bersama seketul daging (mungkin janin).

 

Memandangkan peristiwa itu berlaku pada malam raya, saya terpaksa melalui detik sukar untuk mendapatkan rawatan susulan. Tambahan pula di Kelantan, tiada klinik yang beroperasi dan saya perlu ke hospital swasta.

 

Namun dek kerana tiada doktor, (maklum orang sibuk cuti raya ketika itu) saya perlu ke hospital kerajaan walaupun terpaksa melalui pelbagai kesulitan. Dan saya anggap itu antara ujian besar Allah kirimkan buat saya. Sudah tentu saya berasa sedih kerana itu adalah kehamilan pertama dan telah lama kami nantikan untuk memiliki zuriat.

 

Bayi dalam kandungan hanya sempat singgah memberikan momen gembira buat kamiselama11minggusahaja.TakdirAllah,saya tidak berkesempatan melalui proses kehamilan hingga genap sembilan bulan.

 

Apabila di kirkan semula, mungkin itu adalah ujian buat saya rentetan daripada apa yang saya lakukan dahulu (ketika belum berhijab). Tetapi saya cuba positifkan diri dan pemikiran, mungkin Allah mahu menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik, maka saya reda dengan ujian itu dan tidak pernah putus menitipkan doa.

 

Dan akhirnya Allah makbulkan permintaan saya apabila hamil anak kedua empat tahun selepas itu. Masya-Allah... Subhanallah, betapa besarnya kuasa Allah (sambil mengalirkan air mata) Dia masih sudi memakbulkan permintaan saya. Mungkin juga ketika itu Allah ingin menduga keikhlasan saya bertudung, adakah kerana-Nya atau kerana saya ditimpa musibah keguguran atau lain-lain sebab-musabab.

 

Dan daripada sudut lain, mungkin juga Allah memberi rezeki apabila kita reda dengan ujian yang diberikan – kerana sesungguhnya Dia yang Maha Mengetahui. Siapa tahu apakah mungkin jika anak sulung saya lahir namun ditimpa penyakit atau apa jua yang seumpama dengannya, dan Allah sahaja sebaik-baik perancang.

 

 

 

 

Daddy Mommy Malika. #malikaturnstwo #minniemousetheme #teamleo

A post shared by Eyza Iskandar (@izaiskandar) on

 

 

 

Perasaan tatkala kali pertama menyarung hijab jika boleh dikongsikan?

Saya lebih tenang, gembira dan bebas. Seakan- akan apa yang saya impikan dan hajati selama ini sudah saya peroleh.

 

 

 

 

Iza antara barisan model pelapis yang memilih untuk berhijab pada usia muda. Ada atau tidak yang berpendapat terlalu awal untuk Iza berhijab?

Orang tidak berkata tetapi itu antara bisikan dan hasutan yang sentiasa cuba meracuni pemikiran dan tekad saya. Maklum sahajalah, apabila kita cuba berubah untuk menjadi yang lebih baik, pasti akan diuji. Tetapi saya tukarkan kepada pengisian positif yang menyuntik semangat untuk terus tekad bertudung.

 

Kerana pada saya, selama ini Allah SWT sudah makbulkan doa-doa saya – misalnya mahu meluaskan pengalaman bekerja ke luar negara, memperoleh rezeki yang lebih, dapat meningkatkan taraf hidup.

 

Lalu mengapa tidak saya balas semua dengan mengikuti perintah-Nya. Kerana Allah sudah memberikan yang lebih daripada permintaan saya, justeru ia jauh lebih mudah.

 

 

 

 

 

 

 

Penerimaan suami dan rakan-rakan bagaimana?

Alhamdulillah suami adalah orang yang paling gembira dan menyambut baik niat saya untuk berubah. Kerana pada mulanya saya sering merujuk kepadanya apa akan terjadi jika saya bertudung tetapi tawaran bekerja semakin kurang atau bagaimana harus saya bekerja jika saya bertudung, apa akan terjadi jika saya berhenti bekerja kerana sudah bertudung memandangkan bidang ini sahaja yang menjadi periuk nasi saya selama ini.

 

Dan suami bingkas menolak pandangan saya. Katanya, rezeki adalah pemberian Allah dan bukannya datang daripada manusia. Justeru mengapa harus takut? Percaya dan yakin bahawa Allah akan menggantikan sesuatu yang lebih baik daripada itu.

 

Jika mahu berhenti sekalipun, percaya kepada rezeki Allah yang luas. Pasti ada jalannya. Mendengar penjelasan suami membuatkan saya lebih tenang dan tidak perlu bimbang dengan tawaran kerja.

 

Dan syukur, rezeki saya Allah limpahkan dengan pelbagai cabang. Misalnya dahulu jika menerima bayaran ribuan ringgit tetapi hanya dalam masa yang singkat, entah ke mana wang itu dibelanjakan. Seakan- akan tiada keberkatan.

 

Berbeza selepas berhijab, biarpun tawaran dan bayaran yang diterima tidak ‘selebat’ dahulu, namun mungkin kerana keberkatan-Nya, alhamdulillah cukup sahaja saban bulan. Cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga, pergi membeli-belah, bercuti dan sebagainya.

 

Rakan-rakan pula menerima dan memahami perubahan diri saya. Mereka juga lebih peka dan memilih tempat untuk keluar dan berlibur sesuai dengan imej saya yang bertudung.

 

Malah persiapan untuk bertudung saya sudah lakukan lebih awal kerana jika diikutkan mulanya saya mahu bertudung pada 2012. Namun saya sendiri yang menangguhkannya.

 

Saya mula membeli tudung-tudung, jaket, baju berlengan panjang dan sebagainya. Biarpun pada awalnya rakan-rakan berasa hairan mengapa saya seolah-olah mahu menukar wadrobe. Malah ada rakan terdekat yang telah maklum mengenai niat saya dan bertanya bila mahu memakai tudung tetapi saya sekadar mendiamkan diri sahaja.

 

Tidak kurang juga ada yang bertanya adakah saya memakai tudung sempena bulan Ramadan sahaja. Sedikit sebanyak ia memberi tekanan juga seolah-olah Allah ingin menguji sejauh mana niat dan keikhlasan saya. Jauh di sudut hati, saya ingin buktikan kepada mereka bahawa sesungguhnya saya benar-benar melakukan penghijrahan dan mahu bertudung kerana Allah SWT.

 

Dan saya perlu merebut peluang dan hidayah yang Allah kurniakan kerana memandangkan sudah menangguhkannya pada 2012. Jika saya tunda untuk kali kedua entah bila lagi dan apakah Allah akan mengetuk pintu hati saya lagi selepas ini.

 

 

 

 

 

 

 

Selepas berhijab, apa amalan yang Iza cuba perbaiki lantas menjadi pegangan hidup hingga kini?


Saya mempelajari tajwid untuk memperbetulkan sebutan makhraj, huruf dan sebagainya kerana dahulu saya buta Al-Quran. Dan kini menjadi rutin saya setiap hujung minggu ke kelas mengaji di Al- Baghdadi ditemani suami.

 

Selain itu jika punya masa terluang, saya dan suami juga akan ke kelas usrah serta menghadiri ceramah. Pada saya, jiwa sebagai Muslim perlu disuburkan dengan ilmu untuk menguatkan keimanan juga meningkatkan istiqamah.

 

Tanpa ilmu mudah sekali jiwa kita dihanyutkan dengan perkara-perkara yang melalaikan. Apatah lagi dalam bidang ini, macam-macam hal yang berlaku. Justeru perlu ada bekalan yang mampu dijadikan benteng agar tidak terpesong daripada akidah sebenar.

 

Selain belajar mengaji, saya cuba perbaiki solat. Sehinggakan jika tidak solat, serba tidak kena rasanya seolah-olah ada sesuatu yang hilang. Itu antara amalan yang saya cuba perbaiki dan tingkatkan.

 

 

 

 

SAWDAA by Mizz Nina 😍 @sawdaablacklabel #aifw2017

A post shared by Eyza Iskandar (@izaiskandar) on

 

 

 

Komen Iza, jika ada yang mengatakan “Buat apa pakai tudung tapi pakaian ketat, sendat dan melekap?”

Pada saya mudah sahaja pendekatannya, jangan sesekali mudah menjatuhkan hukum, menilai dan mengadili tingkah-laku seseorang. Apabila anda melihat sesiapa yang berhijab tetapi tidak melabuhkan tudungnya, memakai baju lengan pendek dan sebagainya; doakan sahaja yang terbaik untuknya. Kerana kita tidak tahu apa isi hatinya atau apa yang Allah ingin menduga dirinya ketika itu. Itu antara soal dirinya dengan Allah SWT.

 

Mungkin si dia baru menemui hidayah dan untuk melengkapkan sepenuhnya, menjaga aurat memerlukan masa. Lebih baik ia dilakukan secara perlahan-lahan dan berperingkat.

 

Berikan mereka masa untuk memperbaikinya itu jauh lebih baik daripada membuat andaian atau menghakimi seseorang. Dan buat mereka yang bertudung, janganlah pula terlalu taasub mahu mencuba gaya fesyen sehingga menjatuhkan martabat sebagai wanita berhijab.

 

Bukan tidak boleh bergaya, tetapi berpada-pada. Allah melihat usaha kita untuk memperbaiki kekurangan dan kelemahan diri, justeru jangan berhenti berusaha. Biarlah kita mulia di sisi Allah, itu lebih bermakna.

 

 

 

 

LEO

A post shared by Eyza Iskandar (@izaiskandar) on

 

 

 

Punya cahaya mata perempuan, apakah perancangan Iza untuk membesar dan mendidiknya?

Persoalan ini sentiasa berlegar dalam kiran saya. Tentang bagaimana mahu memberikan pendidikan dan asas agama kepadanya. Biarpun baru setahun lebih usianya, dan saya baru tiga tahun berhijab; namun saya tetap memikirkan pendekatan yang sesuai dan apa yang perlu diterapkan kepadanya.

 

Malah saya sering tertanya kepada diri sendiri apakah saya mampu menjadi ibu yang terbaik untuknya. Melihat kepada apa yang berlaku hari ini, membuatkan saya takut. Sudah semestinya sebagai ibu saya mahu memberikan yang terbaik buatnya.

 

Saya lebih suka melihat perlunya ada keseimbangan antara ilmu dunia dan akhirat. Penggunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris contohnya saya lihat ada keutamaannya.

 

Jika ia tidak dikuasai, mana mungkin anak-anak kita mahu bekerja dan berjaya? Namun dalam masa sama aspek agama tidak boleh diketepikan. Jika mahu berjaya di dunia, di akhirat juga pasti saya mengharapkan perkara yang sama juga untuk anak saya.

 

 

 

 

 

 

Bertudung itu bukan sekadar menutup kepala dan aurat yang lain, banyak lagi perkara yang perlu dipelihara dan dijaga. Komen Iza?

Pada saya, pastikan niat anda berhijab jelas. Adakah anda berhijab kerana suruhan suami, mengikut fesyen hijab yang semakin mendapat tempat, permintaan ibu bapa atau teman lelaki dan lain-lain.

 

Pada saya apa jua yang dilakukan biarlah bersandarkan kepada diri sendiri, terbit dari hati yang ikhlas tanpa menghiraukan pandangan orang lain. Dalam masa sama, cuba cari rakan-rakan yang mampu membantu untuk kekal istiqamah.

 

Juga pelihara silaturahim dengan rakan-rakan sedia ada, baik yang tidak berhijab, yang belum menemui hidayahnya, yang jahil dan sebagainya kerana hakikatnya itulah diri anda sebelum memperoleh kurniaan istimewa daripada Allah SWT.

 

Tunjukkan keperibadian yang baik sesuai dengan penampilan anda yang berhijab. Misalnya berdasarkan pengalaman sendiri, apabila saya mahu solat (ketika keluar mengopi bersama rakan- rakan) mereka juga turut sama ikut.

 

Selain itu pada saya, pelihara juga batas pergaulan sesama rakan lebih-lebih lagi yang bukan muhrim dan lebih peka dengan tempat yang anda pergi. Apa yang lebih penting adalah bagaimana cara untuk kekal istiqamah iaitu dengan mencari ilmu kerana dengan ilmu akan menjadikan pemahaman kita lebih jelas tentang soal hukum misalnya mengapa Allah perintahkan wanita wajib menutup aurat dan sebagainya.

 

 

 

 

 

 

Pengalaman ketika menunaikan umrah Mac lalu, jika boleh dikongsikan bersama kami?

Itu kali pertama saya menjejakkan kaki di tanah suci. Malah saya sering menitipkan doa supaya dapat ke sana suatu hari nanti dan alhamdulillah Allah makbulkan doa saya.

 

Walaupun terpaksa meninggalkan anak bersama suami, kerana saya menunaikan umrah bersama ahli keluarga saya; namun ia meninggalkan kenangan yang cukup istimewa. Saya fikir jika tidak ketika itu, bila lagi masanya saya dan keluarga berpeluang menunaikan umrah bersama-sama? Maka saya kir, tidak mengapa.

 

Pergi sahaja dan insya-Allah giliran suami ke sana akan menyusul kemudian, mungkin hujung tahun ini atau tahun hadapan. Kerana saya percaya jika kita mengkehendaki sesuatu perkara yang baik, hanya dengan berdoa mampu kita panjatkan kepada-Nya kerana doa itu adalah senjata buat kita.

 

Saya teruja mahu merasai sendiri pengalaman dan mahu mengetahui mengapa selama ini orang memuji kecantikan Mekah dan Madinah, mengapa orang menyebut- nyebut tentang keistimewaan dua tempat ini, beribadat di sana dan menziarahi tempat-tempat bersejarah Islam.

 

Peluang beribadat di sana saya sifatkan sebagai momen yang tidak dapat dilupakan. Saya memasang niat untuk beribadat dengan bersungguh-sungguh tetapi tetap diuji apabila datang haid selama tiga hari. Mungkin Allah ingin menduga sejauh mana keikhlasan saya untuk beribadat di sana.

 

Adakah saya ke sana sekadar sebagai pelancong yang ingin melihat kecantikan masjid-masjid atau benar-benar mahu beribadat. Selama tempoh itu saya berasa sedih namun tetap positifkan diri dengan banyak berdoa dan meminum air zam zam. Syukur kerana selepas tiga hari, haid berhenti dan saya boleh melakukan amal ibadat.

 

Saya berdoa agar Allah berikan peluang dan kesempatan untuk saya bersolat di Raudhah, Masjid Nabawi, menunaikan solat di Hijr Ismail dan mengucup hajarul aswad serta mempermudahkan ibadat-ibadat lain – dan syukur alhamdulillah semua itu Allah kabulkan.

 

Misalnya ketika ingin mengucup hajarul aswad, Allah lorongkan jalan buat saya apabila ada seorang lelaki berbangsa Arab membantu saya mengucup hajarul aswad. Begitu juga sewaktu tawaf, biarpun terpaksa berhimpit sehingga hampir dipijak kepala, ada hamba Allah yang membantu dan memberikan jalan untuk saya menunaikan solat sunat di Hijr Ismail.

 

Dan selepas itu, haid saya kembali semula. Alhamdulillah saya tetap bersyukur kerana berkesempatan melakukan semua amal ibadat yang selama ini saya doakan. Pada saya, apabila kita mempunyai niat untuk melakukan sesuatu kebaikan, jangan sesekali bertangguh kerana kita tidak tahu apakah ada peluang kedua atau tidak.

 

Justeru apa yang datang, lakukan dan sempurnakan sebaik mungkin. Begitu juga dengan amal ibadat saya sepanjang mengerjakan umrah. Syukur kerana Allah mempermudahkan segalanya. Baik di sana mahupun suami dan anak yang saya tinggalkan; semua berjalan dengan baik. Kata orang jika ke sana buat kali pertama, pasti terdetik untuk ke sana lagi.

 

Dan itulah yang saya rasai. Entah mengapa hati ini terpanggil-panggil untuk ke sana lagi. Mungkin kerana apabila di sana, kita lebih fokus beribadat memandangkan tiada apa yang perlu difikirkan melainkan mendekatkan diri kepada Allah – membanyakkan doa, menunaikan solat-solat sunat dan amalan-amalan lain lagi. Seolah-olah perihal dunia ini boleh dipinggirkan semata-mata niat untuk fokus beribadat, mengharapkan cinta dan reda-Nya.

 

 

 

 

 

Mahu kekal dalam dunia peragaan selama mana?

Selagi saya masih diperlukan, jika ada yang mahu menerima bakat saya; akan saya teruskan tetapi hanya dalam fesyen hijab sahaja yang sesuai untuk saya. Pernah terfikir untuk berhenti tetapi bukanlah dalam masa terdekat kerana saya tidak menetapkan sasaran atau tempoh tertentu untuk berhenti.

 

 

 

 

Siapa idola atau ikon wanita berhijab yang memiliki kriteria dan wajar dicontohi pada pandangan Iza?

Saya melihat keperibadian Profesor Dr Muhaya sebagai figura yang mengagumi jiwa semua sekali gus membuatkan saya terinspirasi dengannya. Tentang bagaimana dia seimbangkan karier sebagai doktor pakar mata dengan tugas memberi motivasi dan berkongsi ilmu agama kepada orang ramai.

 

Selain Profesor Dr Muhaya, saya turut mengagumi penghijrahan Mizz Nina. Bagaimana dia memperoleh hidayah lantas terus meninggalkan dunia glamor dan mengabdikan diri ke jalan-Nya. Dia mengembara hingga luar negara untuk mendapatkan ilmu dan pada saya dia ikhlas melakukannya kerana Allah SWT.

 

Transformasi cara hidup dan pemikirannya wajar dicontohi. Saya tidak terlalu mengikuti atau mengangkat sesiapa sebagai role model cuma saya suka mengambil iktibar dan kebaikan yang mereka lakukan sebagai sumber inspirasi. Neelofa umpamanya, pada saya dia telah memberi inspirasi kepada ramai wanita.

 

Dia bijak, kaya dan walaupun masih muda (ketika dia mengambil keputusan untuk berhijab dahulu) dia menjaga solatnya. Pengalaman saya sendiri sewaktu menjadi model untuk iklan produk penjagaan kulit keluarannya, dia berhenti seketika daripada sesi penggambaran untuk bersolat sedangkan ketika itu dia masih belum berhijab. Itu salah satu kriteria yang membuatkan saya mengaguminya.

 

Saya sering memikirkan jika orang lain yang lebih muda boleh berhijab, mengapa tidak saya? Dan saya jadikan itu sebagai pembakar semangat yang memotivasikan saya untuk kekal istiqamah dan tidak mahu menoleh ke belakang lagi, apatah lagi membuka tudung. Minta dijauhkan itu semua.

 

 

 

 

 

 

 

 

Harapan dan doa Iza dalam penghijrahan ini?

Sudah semestinya mahu kekal konsisten dan meningkatkan amal ibadat sedia ada seperti memperbanyakkan solat-solat sunat, mahu mendalami dengan lebih teliti. Saya tidak mempunyai ramai kawan yang boleh membantu dan mengingatkan saya ke jalan ini.

 

Rakan-rakan sedia ada bukan tidak baik tetapi saya masih mahukan rakan-rakan yang turut sama dalam jalan ini. Boleh sama-sama pergi ke kelas usrah, pergi solat bersama-sama dan lain-lain.

 

Saya turut menanam niat untuk menutup aurat dengan lebih sempurna kerana jika dahulu saya tidak bertudung kini sudah bertudung. Dan secara perlahan- lahan saya mahu sempurnakan segalanya sesuai dengan apa yang diperintahkan-Nya.

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.