Jul 18, 2019 - 163

Kalau Tak, Sekarang Lisa Surihani Punya Anak Kembar, Namun Bukan Rezekinya…

Dalam episod Tanya Dr Imelda minggu ini, hosnya Lisa Surihani secara tidak sengaja berkongsi pengalamannya yang pernah keguguran pada kehamilan pertama dahulu. Kandungan yang disahkan kembar namun takdir Allah janin itu gugur dengan sendirinya.

 

 

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

 

 

Lisa tidak pernah berkongsi cerita mengenai pengalaman pernah keguguran bayi sebelum ini, mengapa?

Sejujurnya saya tidak bersedia untuk berkongsi berita ini. Ya, saya akui ia sudah pun berlalu tiga tahun lalu tetapi sukar untuk saya lalui ketika itu. Mulanya saya disahkan hamil kembar.

 

Dan waktu usia kandungan masih berada dalam trimester pertama (tiga bulan pertama) doktor maklumkan saya keguguran.

 

Saya tidak pernah merancang untuk berkongsi sebaliknya ia berlaku secara kebetulan dalam episod keguguran menerusi program Tanya Dr Imelda.

 

Dan saya merasakan mungkin itu masa yang sesuai untuk saya bertanya sendiri kepada Dr Imelda, mengapa dan bagaimana boleh berlaku.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

 

 

Kala dikhabarkan doktor tiada degup nadi janin dalam kandungan, apa yang Lisa rasai?

Sudah pasti saya sedih. Sejujurnya, waktu Mummy kandungkan saya dahulu; saya sebenarnya mempunyai kembar. Tetapi takdir Allah, kembar saya meninggal dunia.

 

Dan apabila saya disahkan hamil kembar tiga tahun lalu, secara tidak langsung saya berkata, “Ya Allah, Lisa harap moga apa yang Mummy Lisa lalui dahulu tidak terjadi kepada Lisa”.

 

Dan ketika melakukan pemeriksaan doktor, dia sahkan tiada degupan jantung pada janin. Tetapi saya seolah-olah in denial. Kata saya kepada doktor, “Mungkin doktor boleh periksa sekali lagi?

 

Atau mungkin alat dan mesin yang doktor gunakan rosak ke?”. Doktor setuju dan lantas saya bersama suami dapatkan second opinion daripada doktor lain yang lebih berkepakaran.

 

Peralatannya jauh lebih canggih dan selepas pemeriksaan kali kedua dilakukan, tiada denyut jantung pada janin satu lagi, sah saya keguguran. Saya ambil masa untuk digest apa yang diberitahu doktor.

 

Saya bertanya kepada doktor, macam mana boleh berlaku dan doktor maklumkan it is just dissolve.

 

Umpamanya satu janin masih ada dan satu lagi sidah hilang…tiada lagi dalam rahim saya. Allahu…

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

 

 

Pernah rasa ralat, terkilan atau bagaimana? Kerana jika tidak Lisa dikurniakan sepasang anak kembar. Kongsikan?

Mulanya sukar untuk saya terima hakikat ini. Ia bagaikan suatu benda yang sudah menjadi sebahagian daripada saya tetapi Allah takdirkan itu bukan rezeki saya. Bukan milik saya.

 

Sudah tentu saya sedih malah hingga kini pun, kalau bercerita soal ini (menahan sebak) perasaan sedih itu masih bersisa.

 

Memori itu masih berbekas. Tetapi mungkin ada hikmah disebaliknya dan hanya Allah yang Maha Mengetahui segalanya.

 

 

 

Bagaimana dengan Yusry, apa yang dirasai ketika itu?

Kami tidak banyak bercakap mengenainya. Tetapi masing-masing memahami emosi dan perasaan ketika itu. Ya, tidak mudah sebenarnya tetapi dia banyak membantu, beri sokongan yang padu dari pelbagai aspek.

 

Sentiasa berada disisi dan menenangkan saya. Kami saling bantu sesama sendiri. Saya masih ingat lagi, saya beli seutas rantai yang ada dua bentuk hati. Dan masih tersimpan rapi hingga hari ini.

 

Saya tetap bersyukur kerana dengan izin-Nya, saya lahirkan Yahaira Leanne yang sihat, comel dengan keletahnya, tidak pernah jemu saya melayani gelagatnya.

 

Dia bagaikan cahaya dalam hidup saya. 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

 

 

Prosedur yang perlu Lisa lalui, boleh huraikan?

Saya tidak melalui apa-apa proses atau prosedur secara spesifik baik daripada segi kaedah perubatan moden mahupun tradisional kerana janin itu gugur dengan sendirinya.

 

 

 

Mungkin Lisa boleh berkongsi kata-kata semangat buat ibu-ibu di luar sana yang mungkin perlu menanti dalam tempoh yang lama untuk hamil dan takdir Allah mengalami keguguran?

Jangan sekali-kali menyalahkan diri sendiri. Jangan salahkan takdir atau termakan dek kata-kata orang “Ha, sebab rahim tak kuat lah boleh gugur.

 

Haa, adalah buat apa-apa tu” NO! It’s not your fault. Percaya dan yakinlah ada sesetengah perkara itu berlaku kita sendiri tidak tahu apa sebabnya. Apa hikmah disebaliknya.

 

Dan sesungguhnya saat Allah datangkan ujian dan dugaan kepada kita itu antara tanda Dia sayangkan kita. And it’s a beautiful feeling. Allah Maha Mengetahui dan untuk itu berdoalah kepada-Nya.

 

Ya, jujur saya akui tidak mudah untuk saya melaluinya tetapi kita ada Allah yang sentiasa mendengar rintihan dan doa kita. Mohonlah agar diberi kekuatan untuk dipermudahkan semuanya.  

 

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Lisa Surihani Mohamed 💋 (@lisasurihani) on

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.