Jan 02, 2018 - 23380

Sentuhan ‘Femininity’ NURITA HARITH — Jadi Jampi Serakah Pikat Hati Ratu Sehari Selebriti Malaysia

Punya elemen kelembutan dan menyerlahkan aura si pemakai, selain ‘classy’ dan feminin itu antara kekuatan yang ada pada jenama pereka Nurita Harith. Apa membuat kesemua koleksi Nurita menjadi pilihan selebriti, baca ini.

 

 

 

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 

 

 

 

 

PUNYA elemen kelembutan dan menyerlahkan aura si pemakai, selain ‘classy’ dan feminin itu antara kekuatan yang ada pada jenama pereka Nurita Harith. Sering menerapkan konsep ‘less is more’, bagi Nurita pembawaan diri seseorang juga memainkan peranan penting untuk melengkapkan keseluruhan penampilan dan ‘look’ yang dibawa. Tidak kurang hebat jika dikatakan, setiap rekaan dan koleksi yang dipentaskan bertaraf antarabangsa.

 

 

 

Ceritakan sedikit bagaimana munculnya nama Nurita Harith dalam arena fesyen tempatan?

Bermula dengan salah satu pertandingan, ‘Project Runway’ dan saya juga pernah bekerja dengan pereka fesyen ternama. Pertunjukan pertama pada 2006 dan butik pertama dibuka pada 2008.

 

Pelbagai jenis pertunjukan pernah saya adakan dan sejujurnya ia adalah pengalaman indah dan saya berterima kasih untuk semua ini.

 

 

 

 

 

 

 

Punya bakat terpendam selain mereka busana?

Saya suka melukis kerana ia memberi ketenangan tetapi sudah lama saya tidak berkesempatan melakukannya.

 

 

‘Signature’ rekaan yang masih dikekalkan dalam setiap rekaan dan koleksi?

‘Softness and subtle shapes on the silhouette’.

 

 

 

 

 

 

Jika bukan pereka fesyen, apakah pekerjaan anda kini?

Mungkin doktor! Ketika berumur lima tahun dahulu, saya pernah memasang impian untuk bergelar veterinar.

 

 

Di mana Nurita Harith 10 tahun akan datang?

Insya-Allah masih kukuh dan kekal dalam industri fesyen, lebih berpengetahuan, masih ghairah dan bersungguh- sungguh berkarya juga lebih kukuh di Asia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kota fesyen yang menjadi kegemaran dan mengapa?

Saya sentiasa menyukai kota London kerana ‘familiar’ dengannya namun lebih teruja untuk ke New York.

 

 

Perkara pertama yang dilakukan selepas bangun tidur?

Periksa telefon bimbit untuk semak e-mel dan mesej.

 

 

 

 

 

 

 

Item’ yang membuatkan anda tidak boleh hidup tanpanya?

Telefon bimbit dan ‘eyebrow pencil’!

 

 

 

Jika boleh digambarkan perasaan anda ketika ini?

Berdebar-debar dan teruja kerana sudah pun bersedia untuk menampilkan koleksi Raya tahun hadapan. Tak sabar rasanya!

 

 

 

 

 

 

Jika anda diberi peluang untuk memiliki kuasa luar biasa yang boleh mengubah sesuatu, apakah agaknya yang akan anda lakukan?

Supaya saya boleh membaca fikiran manusia untuk mengetahui segala kebenaran agar bisa menangani semuanya dengan baik. Alangkah seronoknya kalau ada peluang sebegitu!

 

 

 

 

 

 

Adakah anda fikir zodiak manusia memberi pengaruh dalam menentukan cita rasa gayanya dalam berpakaian?

Saya melihat unsur zodiak lebih cenderung mempengaruhi karakter seseorang dan tidak kepada stail atau cara si dia menggayakan sesuatu.

 

 

 

 

 

 

 

 

Majalah Intrend! , ikuti kami di and .


  • ← Sebelum

    RIZMAN RUZAINI Pilihan Datuk Seri Siti, Ziana Zain & Fazura — Pernah Hasilkan Busana Sepantas 3 Jam!

  • Seterus →

    Scha Alyahya, Izara Aishah & Maya Karin SURI HATI MR. DESIGNER! — Siapa Dia? Anda Kena Baca