Sep 26, 2017 - 444

Yang Cantik Itu Wajib HALAL! Ini Rahsia Sukses PRETTYSUCI — Anda Boleh Belajar Ilmu E-Dagang Dengannya, Bacalah

Duo wanita ini optimis mengenengahkan konsep kecantikan halal menerusi portal Prettysuci. Biarpun masih bertatih namun visi dan misi mereka jelas – mahu melebarkan sayap ke seluruh dunia.

 

 

 

 

Oleh: Huda Hussain

 

 

 

 

 

 

 

 

DUO dinamik bina landasan menerusi portal kecantikan halal.

 

Sedap nama Prettysuci, boleh kongsikan dari mana ilham tercipta jenama ini?

Natasha Ozeir: Pada mulanya kami memikirkan nama yang senang diingati semua orang. Dan dalam masa sama perkataan tersebut tidaklah terlalu kemelayuan, ringkas dan mudah disebut.

 

YM Tunku Dato’ Kaiyisah: Kemudian kami kirkan untuk menggabungkan perkataan Inggeris dan Melayu kerana sasaran kami adalah untuk pasaran dalam dan luar negara. Maka terilhamlah Prettysuci.

 

 

 

Sejak bila Prettysuci dilancarkan secara rasmi dan mula beroperasi?

Natasha Ozeir: Pada peringkat permulaan, kami mula memasarkan lip cream Cek Mek Molek dan Minah Jambu menerusi Instagram pada 2016. Dan objektif awalnya adalah untuk menghebahkan kepada umum mengenai jenama kami, juga dalam masa sama kami ingin melihat sejauh mana kesedaran wanita atau fesyenista mengenai lip cream jenama baru, apa pandangan mereka, untuk memahami kehendak pasaran industri kosmetik dan kecantikan serta banyak lagi. Sebelum memilih vendor, kami sendiri cuba meneroka dan melihat apa kehendak pasaran, memahami selok-belok industri bidang ini dan sebagainya.

 

Maka dengan itu kami banyak melakukan kajian dan mendalami produk kami sendiri agar ia dapat memenuhi selera dan cita rasa pengguna. Hanya selepas mendapat sambutan, barulah kami melancarkannya menerusi laman web dan terus memasarkan lip cream.

 

Konsep dan pendekatan kami seperti cara Sephora, misalnya jika orang ingat Sephora secara automatiknya orang ramai juga akan mengingati Prettysuci. Cuma apa yang membezakan pendekatan kami adalah kecantikan halal.

 

 

YM Tunku Dato’ Kaiyisah: Pada ketika itu tidak ramai yang mengetahui apakah konsep kecantikan halal dan sebagainya. Dan jika kami melancarkan terus menerusi laman web, pasti tidak ramai yang mengetahuinya.

 

Memandangkan momentum sudah ada dan orang ramai mula mengenali Prettysuci, maka kami kir lebih baik kami memulakan langkah untuk seiring dengan pengenalan produk kami iaitu lip cream halal serentak dengan pelancaran e-dagang Prettysuci.

 

 

 

 

 

Penekanan kecantikan halal, tidakkah ia terlalu serius atau kalian mempunyai strategi lain di sebaliknya?

YM Tunku Dato’ Kaiyisah: Kebanyakan produk kosmetik yang berada di pasaran sebenarnya tidak halal. Dan terma tidak halal ini bermaksud ia tidak diproses atau diperbuat di kilang yang tidak mendapat pengiktirafan halal dan kandungan bahan di dalam setiap produk adalah tidak halal.

 

Malah apa yang kami cuba sampaikan adalah kami tidak terlalu memberi penekanan daripada aspek teknikal yang terlalu terperinci tetapi secara asasnya kami mematuhi prinsip halal yang digariskan oleh pihak berwajib.

 

 

Natasha Ozeir: Kami cuba menyampaikan penekanan kecantikan halal dengan cara yang lebih kasual, dengan suntikan elemen young vibes, lebih relaks dan fun kerana apabila kita berbicara mengenai halal, ia mencakupi semuanya misalnya kebersihan adalah sebahagian daripada aspek halal.

 

 

 

 

YM Tunku Dato’ Kaiyisah

 

 

Mengapa memilih bidang kecantikan dan penjagaan diri sebagai fokus utama perniagaan?

Natasha Ozeir: Kami mempunyai pengalaman dan karier perniagaan berbeza sebelum ini. Kemudian Tunku mengusulkan cadangan, mengapa tidak kita bangunkan sebuah perniagaan berasaskan kosmetik secara organik?

 

Tetapi selepas membuat pertimbangan dan penelitian secara terperinci, kami memilih untuk memfokuskan kepada penghasilan kosmetik halal yang bukan sahaja sesuai untuk wanita Muslim tetapi meliputi semua agama dan bangsa. Dalam masa sama, kami melakukan apa yang kami suka. 

 

 

YM Tunku Dato’ Kaiyisah: Saya dilahirkan dalam keluarga dan persekitaran yang mementingkan aspek kebersihan, kehijauan dan rata-ratanya lebih cenderung ke arah bidang berasaskan organik. Itulah titik mula saya melakukan kajian dan meneroka lebih mendalam mengenai bidang kosmetik halal dan kajian mengenai kosmetik organik.

 

Selepas beberapa siri penelitian dibuat, kami mendapati terdapat banyak kebaikan yang boleh diperolehi daripada kosmetik halal. Pertama, kerana ia bukan sahaja sesuai diaplikasi golongan Muslim tetapi juga untuk semua.

 

Bagi wanita Muslim umpamanya, kita tidak perlu bimbang mengenai tahap kebersihan kerana ia mendapat pengiktirafan halal dan menepati piawaian yang ditetapkan. Kedua, ia mudah digunakan khususnya buat wanita on-the-go.

 

 

 

Natasha Ozeir

 

 

 

Kalian sudah mengenali antara satu sama lain sejak kecil lagi, lantas bagaimana memutuskan untuk menjalin kerjasama dalam perniagaan?

YM Tunku Dato’ Kaiyisah: Kami mempunyai pertalian saudara sebenarnya. Bapa Tasha mengahwini ibu saudara saya dan rentetan itu kami sering meluangkan masa bersama. Biarpun tidak semua perkara kami bersetuju dengan pendapat masing-masing, tetapi memandangkan sudah lama kenal dan memahami il masing-masing, ia tidak mendatangkan masalah.

 

Tasha seorang yang go- getter, begitu juga dengan saya. Tetapi mungkin cara penyampaiannya yang terlalu direct, maka sesetengah orang tidak boleh menerimanya. Tetapi saya pula sudah terbiasa. Kami menganggap ikatan ini sebagai melengkapi satu sama lain kerana masing-masing mempunyai kekuatan dan kekurangan.

 

 

Natasha Ozeir: Kami bertemu dalam apa banyak acara dan majlis. Baik ketika keluar bersama kawan-kawan, upacara rasmi dan lain-lain. Cuma tinggal kami tak bunuh sesama sendiri sahaja lagi, hahaha!

 

Kami seperti straight shooters, tahu apa matlamat masing- masing. Biar apa jua masalah yang timbul, kami akan duduk berbincang dan mencari jalan penyelesaian. Mungkin ada kalanya kami dilihat seperti bertengkar tetapi sudah terbiasa. Itu sebahagian daripada cara kami bekerja. Tiada unsur ‘cepat sentap’ atau mudah terasa.

 

Apa jua ketidakpuasan hati antara kami, akan dikemukakan bersama dan mencari solusi untuk setiap permasalahan yang timbul. Mungkin itu antara faktor mengapa tidak semua memahami cara saya bekerja kerana lebih selesa dengan pendekatan secara berterus-terang.

 

Walaupun ia mungkin menyakitkan hati tetapi jika itu yang lebih mudah, mengapa tidak? Pokok pangkalnya adalah sifat saling memahami.

 

 

 

 

 

 

 

Peranan kalian dalam menggerakkan Prettysuci?

Natasha Ozeir: Kami cuba sedaya-upaya untuk menyokong antara satu sama lain. Dan selebihnya kami akan lakukan semua perkara secara bersama kerana memandangkan kakitangan kami tidak ramai dan sifat ingin belajar setiap perkara berkaitan perniagaan. Secara asasnya saya banyak menguruskan aspek pemasaran, media sosial dan perhubungan awam.

 

 

YM Tunku Dato’ Kaiyisah: Bidang 'IT' secara asas bolehlah, tetapi kalau ada masalah teknikal saya akan menelefon sahaja mereka yang lebih pakar (ketawa). Soal kertas cadangan, vendor dan kiriman e-mel, saya lebih banyak menguruskannya.

 

 

 

 

Mengapa memilih medium dalam talian?

Natasha Ozeir: Ia adalah pemasaran pantas dan mudah kerana zaman ini boleh dikatakan semua orang memiliki telefon pintar. Dan memandangkan medium online percuma dan mudah diakses, maka kami harus bijak merebut peluang yang ada. Jika tidak, sudah pasti akan ketinggalan.

 

Pada saya, mungkin kami tidak boleh dianggap sebagai usahawan jika tidak mengaplikasikan kemudahan dan teknologi yang ada kini untuk terus memasarkan produk dan meluaskan perniagaan. Kerana kini kebanyakan jenama atau syarikat gergasi sudah mula menggunakan platform online sebagai cabang perniagaan mereka.

 

 

 

 

 

 

 

Kesedaran mengenai produk kosmetik dan penjagaan diri menerusi platform dalam talian masih kurang dalam kalangan wanita Malaysia berbanding fesyen. Komen?

YM Tunku Dato’ Kaiyisah: Pada saya, bidang kosmetik baru bermula untuk berkembang. Tidak seperti fesyen, ia sudah diterima dalam kalangan masyarakat kita. Bertitik tolak daripada itu, kita mula dihidangkan dengan kemunculan blogger fesyen dan kini blogger kecantikan kerana pada saya, fesyen dan kecantikan saling mempunyai keterkaitan dan melengkapi satu sama lain.

 

Daripada medium inilah ramai mula menyedari mengenai pendekatan tutorial solekan, muat turun pautan dan sebagainya. Pada hemat saya, kami berada di landasan yang betul untuk mengembangkan perniagaan ini dan insya-Allah, untuk pasaran Malaysia ia akan berkembang peringkat demi peringkat.

 

 

 

 

 

 

Apakah cabaran yang dilalui pada peringkat awalnya?

YM Tunku Dato’ Kaiyisah: Cabaran peringkat permulaan adalah daripada segi pengeluaran. Aspek konsistensi dan tempoh penghantaran adalah antara faktor utama yang menyumbang kepada masalah kami.

 

Penghantaran yang lewat dan produk tidak konsisten merumitkan keadaan, sekali gus mempengaruhi permintaan dan kehendak pelanggan yang sebelum ini sudah berpuas hati dengan kualiti sedia ada, tetapi apabila mereka membelinya untuk kali kedua berbeza pula kualitinya.

 

 

Natasha Ozeir: Kami mementingkan kualiti dalam setiap produk, maka apabila produk yang diterima tidak menepati tahap yang kami gariskan, ia banyak mengundang masalah. Selain itu untuk mencari kakitangan juga memberi satu cabaran.

 

Bukan mudah untuk mencari staf baru yang kreatif, proaktif, mempunyai idea, mendalami jenama itu sendiri, berani, yakin dan sebagainya. Kami baru bermula dalam bidang ini, maka sudah tentu memerlukan mereka yang mempunyai kriteria sedemikian.

 

Selain itu pada saya cabaran lain termasuk pendekatan pemasaran yang agresif dan konsisten. Pendek kata, saya sendiri yang tebalkan muka meminta pertolongan daripada semua. Dan saya juga ingin berterima kasih kepada rakan- rakan selebriti, bintang media sosial yang amat membantu dan menyokong kami.

 

Nora Danish misalnya, tidak perlu kami bertanya kepadanya tetapi dia yang menawarkan diri untuk membantu mempromosikan apa jua yang perlu. Begitu juga dengan rakan-rakan selebriti yang lain.

 

 

 

 

 

 

 

 

Membeli produk kosmetik lebih sukar berbanding fesyen menerusi 'online', kerana kita mahu melihat teksturnya, spektrum warna sama ada sesuai dengan kulit atau tidak dan banyak lagi. Tidakkah ini memberi cabaran?

Natasha Ozeir: Benar, saya tidak mena kan soal itu dan mengakui ada cabaran dan limitasi. Tetapi dalam erti kata lain, kami cuba memberi solusi dan pendekatan baru untuk wanita di luar sana menerusi pembelian secara online. Dan untuk memenuhi perspektif itu, kami adakan lebih banyak video tutorial supaya ia memudahkan sesiapa jua untuk melihat warna dan tekstur produk yang kami tampilkan.

 

Kami juga mempunyai perancangan untuk membuka agship store. Insya-Allah tahun hadapan kerana kami memahami kehendak pelanggan. Memandangkan kini baru setahun setengah, biarlah kami perlahan-lahan kayuh (ketawa).

 

 

YM Tunku Dato’ Kaiyisah: Saya sendiri secara peribadi menggunakan aplikasi YouTube umpamanya untuk melihat tona kulit yang hampir sama sebelum membeli sesuatu produk kosmetik. Dan untuk memenuhi kehendak pelanggan dan memudahkan mereka, kami mendapatkan khidmat YouTube reviewers dan bintang media sosial.

 

Malah saya, Tasha dan rakan-rakan kami turut menjadi model untuk melakukan tutorial dalam soal pemilihan produk yang sesuai dengan tona kulit yang berbeza.

 

 

 

 

 

 

Kuasa media sosial hari ini berbanding peranan media konvensional, komen?


Natasha Ozeir: Pada saya, peranan media konvensional seperti media cetak dan elektronik (surat khabar, majalah dan televisyen) masih lagi penting dan diperlukan kerana ia lebih menyeluruh berbanding media sosial. Biarpun media sosial percuma namun masih mempunyai limitasi kerana tidak semua mampu memiliki telefon pintar atau akses internet secara menyeluruh.

 

Selain itu limitasinya daripada segi umur kerana apabila memasuki peringkat umur tertentu tidak semua menggunakan media sosial selain daripada segi limitasi penyampaian ke seluruh kawasan dan jurang pendapatan.

 

Dan untuk itu pada saya jika berbicara soal perniagaan, anda memerlukan kedua-duanya, baik media sosial mahupun media konvensional kerana masing-masing mempunyai impak dan kuasanya tersendiri.

 

 

YM Tunku Dato’ Kaiyisah: Media konvensional lebih menyeluruh dan boleh diakses oleh semua orang. Namun kami berbalik kepada pendekatan perniagaan ini yang lebih fokus kepada golongan urban menerusi laman web dan Instagram.

 

Dalam masa sama kami tidak meminggirkan media konvensional untuk mendapatkan liputan menyeluruh menerusi paparan di majalah dan surat khabar.

 

Di Indonesia umpamanya, masih banyak jenama kosmetik tidak tampil secara online kerana populasi dan majoriti rakyatnya masih selesa dan menyukai dengan pendekatan melihat di surat khabar juga menonton papan iklan dan televisyen.

 

 

 

 

 

Status dan kedudukan kalian dalam masyarakat, apakah ia pemudah laluan dalam industri ini atau lebih sukar?

 YM Tunku Dato’ Kaiyisah: Daripada segi bantuan yang kami terima, saya tidak melihat kepada aspek kedudukan dan status kami kerana ia bermula dengan ikatan persahabatan. Ia bermula sejak dahulu lagi misalnya pengalaman bekerja, aspek perhubungan awam dan lain- lain. Kami berkawan dengan mereka terlebih dahulu, bina jaringan dan lama-kelamaan ia lebih mudah.

 

Misalnya dahulu kami tidak pernah ter kir untuk tampil dengan Prettysuci tetapi selepas membina perniagaan ini, kami mendapat sokongan daripada pelbagai pihak. Malah saya sendiri tidak memperkenalkan diri sebagai Tunku Kaiyisah kepada sesiapa. Sebaliknya saya lebih selesa berkawan dan menganggap diri seperti orang lain juga.

 

Kami berada di sini pada hari ini bukanlah disebabkan faktor kedudukan secara 100 peratus. Tetapi untuk membuka langkah pertama, ya aspek itu banyak membantu.

 

Namun langkah dan proses selepas itu, kami perlu punya substance, berusaha dan bekerja keras untuk mencapai apa yang kami impikan. Tidak bermakna oh, you anak somebody I beri you itu dan ini. Kami harus bekerja, melakukan kajian dan melalui proses yang sama seperti usahawan lain.

 

 

Natasha Ozeir: Saya melihat aspek kedudukan melalui dua perspektif. Pertama seperti yang Tunku nyatakan apabila berbicara mengenai soal rakan, ia terbina daripada persahabatan. Tidak ada kena-mengena dengan kedudukan.

 

Tetapi saya tidak menyangkal aspek itu kerana kami bertuah dan bersyukur dilahirkan dalam kalangan keluarga yang dikenali. Benar ia membantu tetapi tidak bermaksud orang beri muka kepada kami dengan tangan kosong.

 

Saya berpegang kepada konsep, orang memberi kepercayaan dan keyakinan kepada kita berdasarkan kemampuan dan kebolehan yang kita miliki. Keduanya, saya melihat aspek ini sebagai kayu pengukur dan pandangan orang. Kami harus buktikan apa yang diusahakan berjalan dengan baik.

 

Apatah lagi sebagai wanita muda, kami harus bekerja keras. Jika kami menghadiri mesyuarat penting misalnya, kami lakukan persiapan awal dan sebelum masuk ke bilik mesyuarat untuk berjumpa dengan sesiapa pun kami akan praktis.

 

Kami bertukar-tukar idea, pandangan dan cadangan kerana kami tidak mahu pandangan skeptikal, “Oh dia anak somebody, layankan aje.” Sebaliknya kami ingin buktikan bahawa kami juga seperti usahawan lain yang bekerja keras untuk mengembangkan perniagaan ini.

 

 

 

 

 

Harapan dan perancangan hala tuju Prettysuci?

YM Tunku Dato’ Kaiyisah: Kami adalah satu-satunya jenama portal kecantikan halal yang menampilkan pendekatan kosmetik dan produk kecantikan halal. Justeru, kami ingin kekalkan DNA ini.

 

Selain itu, kami ingin meluaskan khidmat penghantaran ke seluruh dunia. Menjadi impian kami untuk memberitahu kepada semua apabila anda teringat kecantikan halal, ia hanyalah Prettysuci. Kami menyediakan platform untuk pelanggan memilih sama ada untuk menggunakan kosmetik halal atau tidak dengan cara yang lebih berkesan dan mudah.

 

 

Natasha Ozeir: Kami mahukan orang ramai tahu dan menyedari bahawa Prettysuci adalah sesuatu yang mudah digunakan, tanpa was-was, selesa, berpatutan dan bukan sahaja terhad kepada wanita Muslim tetapi untuk semua.

 

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.