Mar 11, 2019 - 221

Ditentang Keluarga kerana Jual Tudung — Pengasas Al-Humairah Buktikan Berjaya Kini Punya Tiga Butik

Bersama InTrend, Hani kongsikan susah-payah membina jenama ini hingga memasang impian mahu melangkah ke peringkat global suatu hari nanti.

 

 

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 

Intrend alhumairah

 

 

 

 

DARIPADA kerja makan gaji hingga kini dia berjaya menggajikan kakitangannya. Bagi Hani Elia Rousli, tiada apa yang mampu menghalang kejituan semangatnya jika itu adalah kehendaknya.

 

Dari ruang kedai tingkat atas, kemudian berdikit-dikit dia berusaha dan kini mampu tersenyum bangga dengan tiga butik yang tertera jenamanya sendiri. Namun ia tidak bermakna Hani mahu duduk selesa.

 

Masih banyak lagi perancangan dan impian yang ingin dikecapnya sekali gus membantu orang ramai menjana pendapatan menerusi hasil jualan tudungnya.

 

Bersama InTrend, Hani kongsikan susah-payah membina jenama ini hingga memasang impian mahu melangkah ke peringkat global suatu hari nanti.

 

 

 

Sebelum bergelumang dalam industri fesyen Muslimah yakni tudung, boleh Hani kongsikan latar belakang dan apakah profesyen yang diceburi?

Saya adalah graduan jurusan Graphic and Digital Media dari universiti Teknologi MARA (UiTM) Sri iskandar. Selepas tamat pengajian, saya bekerja sebagai customer service representative di sebuah syarikat telekomunikasi yang terletak di Taman Tun Dr ismail.

 

Sempat bekerja makan gaji selama dua tahun sahaja dan dalam tempoh itu saya sudah punya minat dalam fesyen Muslimah iaitu tudung. Ketika itu (sekitar tahun 2007) tidak banyak jenama tudung yang berada di pasaran.

 

Saya memberanikan diri menjual tudung dengan membuka blog. Kemudian menjual secara dalam talian (online) pada tahun 2008. Alhamdulillah sambutan yang diterima amat menggalakkan sehinggakan saya putuskan untuk fokus pada perniagaan ini pada 2010.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hani Elia (@hanielia) on

 

 

 

Bagaimana jenama Al-Humaira Contemporary bermula, daripada kecil-kecilan sehingga dapat bertapak kukuh dan memiliki cawangan sekitar Lembah Klang?

Saya dapati ketika itu tidak banyak pilihan tudung yang ada dalam pasaran. Jika ada sekalipun cuma tudung bawal, pashmina dan tudung instant. Pada saya jika bercakap mengenai pemilihan tudung, ia bermula dengan inner tudung.

 

Ia adalah sesuatu yang essential kerana inner yang melengkapkan penampilan keseluruhan tudung. inner yang sesuai haruslah selesa, berkualiti daripada aspek material, boleh menyerap peluh, tidak terlalu tebal dan sebagainya.

 

Dek kerana minat dan kesungguhan yang mendalam telah menggerakkan saya untuk memulakan perniagaan ini. Saya suka melihat wanita bertudung dan apabila mereka memakainya kelihatan cantik, ia membuatkan saya terinspirasi untuk turut sama menyumbang dalam bidang ini.

 

Apabila mula menjual menerusi medium blog, saya tidak menyangka sama sekali meraih permintaan daripada pelanggan dalam negara juga rantau Asia Tenggara seperti Brunei, Singapura dan Thailand.

 

Ketika itu saya masih lagi bekerja dan terdetik dalam hati, “Rasa macam nak berhenti sahaja dan fokus kepada benda ni.” itu yang terlintas di fikiran saya. Dan saya nekad untuk berhenti kerja dan tumpukan sepenuh masa kepada perniagaan.

 

Kebetulan ketika itu suami, Humaidi Fadzil masih bekerja untuk Public Mutual dan saya berkata kepadanya, “Tak boleh jadi macam ni. Kita kena fokus sebab perniagaan mula mendapat sambutan dan permintaan.” Daripada blog, saya dan suami mencari kedai untuk memulakan operasi sepenuhnya.

 

Lantas kami menyewa sebuah lot yang menempatkan pejabat dan showroom di aras satu. Ketika itu saya hanya mampu menggajikan seorang pekerja sahaja.

 

Dialah yang membungkuskan pesanan, mengepos, melayan pelanggan jika ada yang datang ke showroom dan menjawab panggilan. Alhamdulillah selepas mula berkembang sedikit demi sedikit, saya dan suami mula mencari tapak kedai lot bawah.

 

Jika sebelumnya kami beroperasi di tingkat satu (butik dan pejabat di aras yang sama) dan dek kerana memikirkan mahu memudahkan pelanggan untuk datang, maka kami berpindah dari butik di Kota Damansara ke Shah Alam.

 

Dalam masa sama, laman web kami mula beroperasi bagi memudahkan pelanggan dari mana jua untuk melihat dan membeli.

 

Syukur juga kerana berbekalkan kepercayaan daripada pelanggan, kami kini mempunyai butik di Bangi Sentral, Shah Alam dan Alor Star. Pada 2013, kami mula menawarkan khidmat agen.

 

Ia jauh lebih mudah kerana dalam masa sama kami dapat membantu suri rumah, pelajar-pelajar untuk mendapatkan pendapatan sampingan.

 

 

 

intrend alhumairah 2

 

 

 

Ketika mahu membuka butik dahulu, tidakkah pernah rasa takut untuk terjun dalam bidang perniagaan?

Saya fokus orangnya. Dan saya jenis yang ‘degil’. Saya akan pastikan jika apa yang saya mahu, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memilikinya. Dan jika ditanya sama ada saya takut atau tidak, saya tidak takut untuk memulakan perniagaan.

 

Saya sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan dan berani menanggung risiko. Misalnya ketika bekerja di syarikat telekomunikasi dahulu, saya sudah mempunyai pendapatan tetap.

 

Tetapi apabila mahu berhenti, saya mendapat tentangan habis-habisan daripada ibu bapa. Kata mereka, “Boleh survive ke buat bisnes? Ada pendapatan tetap ke daripada bisnes ni?” Tetapi saya buktikan kepada mereka saya mampu melakukannya.

 

Faktor latar belakang keluarga saya yang rata- ratanya bekerja di sektor kerajaan turut menjadi penyebab mengapa mereka tidak menyokong keputusan saya pada awalnya.

 

Misalnya emak saya ada seorang pesara Telekom dan adik-beradik pula ada yang bekerja dalam perkhidmatan awam dan jurutera. Pendek kata semuanya berpengalaman kerja makan gaji.

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hani Elia (@hanielia) on

 

 

 

Boleh Hani kongsikan kesukaran dan liku serta jatuh bangun sebelum Al-Humaira Contemporary dikenali seperti hari ini?

Daripada pandangan orang, mereka hanya lihat kesenangan kami sahaja. Seolah-olah semuanya mudah dan berjalan dengan baik. Tetapi sebaliknya, setiap kejayaan itu perlu melalui pelbagai jatuh bangun, pengorbanan dan lain-lain.

 

Dalam perniagaan, saya perlu berhadapan dengan pelbagai ragam. Di Al-Humaira, kami amat mementingkan kualiti dalam segenap sudut. Baik daripada pemilihan fabrik, jahitan dan sebagainya semua diambil kira.

 

Seperti pengasas tudung lain, saya juga pernah berhadapan dengan situasi apabila pembekal gagal menyediakan apa yang dipesan. Misalnya material yang sampai tidak sama seperti yang dijanjikan dan sebagainya.

 

Itu belum dihitung lagi tentang kesukaran untuk mendapat kakitangan yang memahami hala tuju Al-Humaira, yang boleh memahami DNA Al-Humaira sendiri dan perihal lain. Tetapi saya sering melihat permasalahan ini daripada sudut yang membina.

 

Pada saya, apabila berhadapan dan berjumpa dengan pelbagai ragam manusia ini membuatkan saya belajar sesuatu yang baru.

 

Ia akan mematangkan fikiran serta tindak-tanduk juga membantu saya melihat setiap yang berlaku dalam lanskap yang lebih besar, bukannya daripada suatu sudut sahaja.

 

Seperkara lagi mengenai kesukaran yang harus saya lalui adalah, kita tidak boleh lari daripada isu plagiat, ciplak dan tiru-meniru. Mungkin ia satu permasalahan yang lumrah dalam dunia fesyen Muslimah seperti tudung.

 

Tetapi saya melihatnya daripada perspektif yang positif kerana apabila orang sudah mula meniru, ia memberi persepsi bahawa mereka melihat rekaan atau material yang kami ketengahkan berkualiti.

 

Daripada sudut pelanggan pula, mereka sudah bijak memilih dan menilai mana satu yang benar- benar berkualiti dan sebaliknya.

 

Saya tidak melihat isu ciplak-menciplak, tiru-meniru ini sebagai satu isu yang besar. Kerana ia secara tidak langsung membangkitkan semangat dan membuatkan saya mahu terus ke hadapan, lebih kreatif, inovatif dan menghasilkan rekaan tudung yang lebih cantik untuk kepuasan pelanggan.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Malaysia's Best Hijab Brand (@alhumairacontemporary) on

 

 

Jika boleh Hani kongsikan, apakah pengorbanan yang sudah dicurahkan sepanjang lapan tahun bergelumang dalam dunia perniagaan tudung yang mungkin selama ini tidak pernah diketahui orang?

Setiap orang Allah SWT hadirkan dengan pelbagai ujian. Dan saya juga tidak terlepas daripada melaluinya. Sebenarnya selepas berkahwin, saya perlu menunggu lima tahun untuk menimang cahaya mata.

 

Tetapi saya tetap percaya setiap sesuatu yang berlaku ke atas diri ini sudah diatur oleh Allah SWT dan Dialah sebaik-baik perancang. Apabila sudah menceburi bidang perniagaan, kesibukan dan kekangan waktu itu benar-benar menguji.

 

Apatah lagi saya perlu menjaga dua orang anak, maka ada kalanya orang sekeliling malah keluarga sendiri kurang memahami cara kerja dalam bidang ini. Bidang ini tidak mempunyai deadline daripada segi waktu, seolah-olah tiada masa untuk cuti.


Ada masanya saya perlu tinggalkan anak-anak selama satu atau dua minggu untuk ke luar negara mencari material. Dalam masa sama saya perlu menyusukan anak kecil. ia sedikit sebanyak menguji kekuatan diri kerana saya sememangnya rapat dengan anak-anak.

 

Saya kembara ke luar negara seorang diri dan hanya ditemani pembekal dan penterjemah di sana. Seperkara lagi, tanggapan orang terhadap golongan usahawan ini hanyalah berkisarkan kepada yang senang, hidup mewah dan mudah sahaja.

 

Mereka hanya melihat kesenangan kami tetapi di sebaliknya hanya kami sahaja yang faham dan perlu melaluinya dengan berlapang dada. Malah keluarga juga kadangkala kurang memahami cara saya bekerja.

 

Mereka fikir saya mempunyai waktu yang fleksibel berbanding kehidupan mereka yang bekerja makan gaji.

 

Pernah mereka salah faham dan beranggapan, “Kenapa tak boleh balik kampung selalu? Kenapa dah bekerja sendiri tetapi tak boleh jaga anak sepenuh  masa? Tak boleh datang kenduri itu ini?”

 

Pada pemerhatian orang, mungkin apabila saya tiba di rumah sudah boleh lupakan perihal perniagaan. Tetapi sebenarnya tidak. Masih ada lagi kerja yang memerlukan saya untuk menyelesaikannya.

 

Saya masih perlu periksa stok, tarikh penghantaran, production time, kemas kini bersama pembekal dan lain-lain. Tetapi saya menganggap setiap cabaran dan pengorbanan yang saya curahkan sebagai pemangkin semangat dalam usaha untuk bergelar usahawan yang berjaya.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Malaysia's Best Hijab Brand (@alhumairacontemporary) on

 

 

 

Dengan siapa Hani berguru dalam bidang perniagaan tudung ini?

Jika dahulunya saya menjadikan pengasas butik Sri Munawwarah sebagai idola. Semasa bekerja dulu pada waktu makan tengah hari, saya banyak habiskan masa di butik tersebut sambil mengagumi rekaan- rekaan tudung butik Sri Munawwarah.

 

Entah kenapa saya dapat rasa seolah-olah ada tarikan tersendiri. Saya berkata kepada diri, “insya-Allah, satu hari nanti aku akan buka butik macam ni.” Selain itu saya menjadikan ramai orang sebagai sumber inspirasi.

 

Sesiapa jua yang berjaya dan mempunyai pemikiran yang positif membuatkan saya turut sama terinspirasi. Maka dengan itu saya tidak mempunyai idola atau sumber inspirasi yang spesifik.

 

Misalnya era kini, lihat sahaja Gen Y yang sudah mula membina nama dan berjaya pada usia yang muda dalam bidang perniagaan.

 

Secara tidak langsung, mereka juga mampu menyuntik semangat kepada saya.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Malaysia's Best Hijab Brand (@alhumairacontemporary) on

 

 

 

Berapa besar tenaga kerja Al-Humaira Contemporary?

Kakitangan yang bekerja dibutik dan bahagian operasi hanya 12 orang. Tetapi dalam masa sama, Al-Humaira turut mempunyai agen di seluruh negara seramai 180 orang termasuk di Thailand, Singapura dan Brunei.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Malaysia's Best Hijab Brand (@alhumairacontemporary) on

 

 

Platform media sosial hari ini, sejauh mana ia membantu Al-Humaira Contemporary dikenali dan berkembang luas?

Pada saya nadi kejayaan sesuatu perniagaan itu terletak kepada aspek pemasaran jenama itu sendiri. Dan apa yang membuatkan Al-Humaira bertahan adalah saya menetapkan garis panduan dan standard operation procedure kepada staf mengenai apa yang perlu mereka muat naik atau apa yang perlu mereka buat setiap hari.

 

Pada saya, medium instagram misalnya amat membantu selain Facebook dan laman web. Menerusi instagram, saya akan pastikan staf sentiasa kemas kini apa jua maklumat setiap hari untuk sekurang-kurangnya mendidik pelanggan dan mengingatkan mereka segalanya yang berkaitan dengan Al-Humaira.

 

Walaupun saya mempunyai staf di bahagian pemasaran yang menjalankan tugas dalam soal ini, tetapi sebagai pengasas dan juga majikan saya tetap perlu pantau apa jua yang dimuat naik misalnya setiap hari selain mengambil tahu perkembangan yang berlaku.

 

Alhamdulillah, walaupun mereka yang bekerja bukan terdiri daripada latar belakang perniagaan, pemasaran dan sebagainya tetapi mereka berjaya membuktikan kepercayaan yang diberi disempurnakan sebaik mungkin.

 

Pada saya mungkin rahsianya adalah kami sering bekerja bersama dalam sebuah keluarga besar. Ada sifat kebersamaan antara saya dan staf.

 

Jika terdapat kekurangan atau apa jua, saya akan tegur dan beritahu apa yang sewajarnya dilakukan, itu ini dan begitu juga sebaliknya.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Malaysia's Best Hijab Brand (@alhumairacontemporary) on

 

 

Dalam banyak cabang dan bahagian, apa perkara yang mungkin disifatkan sukar untuk Hani kendalikan?

Pada saya soal rekaan dan mencari material antara yang sukar. Walaupun saya tidak mempunyai latar belakang dalam bidang fesyen, tetapi saya meminati fesyen. Dan itu banyak membantu untuk saya memahami apa yang digemari dan sebagainya.

 

Soal pemasaran misalnya, suami banyak membantu selain staf yang bertanggungjawab menguruskan soal ini.

 

 

 

Intrend alhumairah 3

 

 

 

Pada Hani, kepuasan itu dirasai apabila...?

Apabila saya keluar misalnya, saya ternampak ada wanita yang menggayakan koleksi tudung Al-Humaira itu cukup memberi kepuasan yang sukar saya gambarkan. Seolah-olah segala penat lelah berbayar dan perasaan itu bercampur-baur.

 

Rasa bangga, terharu semuanya menyatu. Selain itu, selepas kami memperkenalkan skim agen, ramai yang turut berkongsi kegembiraan mereka dapat menjana pendapatan sampingan.

 

Sehinggakan ada pelanggan yang berkongsi pengalaman dan menghargai usaha kami untuk membantu mereka. Pada saya ia adalah satu kepuasan yang tidak ternilai.

 

Sekurang-kurangnya saya menyumbang sesuatu kepada mereka dan ia memberi manfaat kepada semua.

 

 

 

 

Daripada aspek rekaan, pemilihan fabrik, warna dan sebagainya sejauh mana penglibatan Hani dalam setiap proses sebelum sehelai tudung siap?

Saya terlibat dalam semua proses. lebih- lebih lagi untuk keluarkan koleksi terbaru, saya akan bertanya dengan semua staf dan dapatkan pandangan mereka. untuk setiap koleksi, saya akan keluarkan sample terlebih dahulu.

 

Kemudian saya mencubanya. Bukan sekadar cuba pakai tetapi saya cuci helaian tudung itu terlebih dahulu. Selepas itu memakainya semula selepas mencuci untuk melihat apa efeknya sama ada warnanya turun, tekstur fabrik dan lain-lain.

 

Semua itu saya lakukan agar pelanggan benar- benar berpuas hati dengan kualiti tudung yang dihasilkan daripada aspek mutu material dan jahitan yang kemas.

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hani Elia (@hanielia) on

 

 

 

Dalam tempoh setahun, berapa koleksi Al-Humaira Contemporary keluarkan?

Memandangkan koleksi tudung al-Humaira Contemporary adalah helaian shawl yang ringkas tetapi kami pastikan setiap koleksi mempunyai material yang berlainan. untuk Hari Raya aidilfitri, kami tampilkan tujuh koleksi dan boleh dikatakan setiap bulan kami akan tampil dengan dua koleksi iaitu kurang daripada 30 koleksi dalam tempoh setahun.

 

Saban minggu kami sentiasa kemas kini produk. untuk restock pula, kami akan lihat dan teliti semula misalnya untuk Koleksi lana ia akan hadir dalam corak, warna dan rekaan yang lain. Daripada situ ia memudahkan kami untuk memasarkannya kerana pelanggan atau peminat koleksi itu sudah sedia ada. 

 

Begitu juga dengan anak tudung (inner) kami hanya perlu restock koleksi yang ada. Malah saya pernah berjumpa dengan pelanggan yang membeli semua warna inner.

 

Kemudian saya bertanya, “akak beli semua warna ni siapa yang pakai?” Dan jawabnya dia sendiri yang akan memakainya. 

 

Daripada situ saya sarankan mengapa tidak dia membeli dan menjualnya untuk meraih pendapatan sampingan melalui skim agen.

 

Kebanyakan ejen Al-Humaira Contemporary terdiri daripada pelanggan kami sendiri yang sudah merasai pengalaman mengenakan koleksi tudung kami.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Malaysia's Best Hijab Brand (@alhumairacontemporary) on

 

 

 

Bagaimana pula dengan koleksi shawl dan inner yang paling popular dalam Al-Humaira Contemporary?

Untuk inner, koleksi Tiffany (inner neck) adalah yang paling laris dijual dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan. Kami mula mengeluarkan koleksi inner Tiffany pada 2014 dan hingga kini ia masih mendapat permintaan tinggi.

 

Bagi koleksi shawl pula, material matte satin antara yang paling hit dalam kalangan penggemar al-Humaira.

 

 

 

 

Seperti kita sedia maklum, dalam pasaran tudung kini terdapat banyak jenama tudung yang muncul sekali gus mewujudkan persaingan. Sebagai antara jenama yang lama berada di pasaran, tidakkah Hani berasa tergugat atau tercabar dengan situasi ini?

Tipulah kalau saya katakan tidak pernah berasa tergugat. Tetapi saya percaya dan berpegang dengan konsep rezeki itu daripada allah SWT.

 

Syukur juga kerana sudah lapan tahun saya membawa nama Al-Humaira Contemporary sekali gus sudah mempunyai hubungan dan jalinan dengan pelanggan. namun demikian daripada perspektif lain saya sendiri tidak boleh terlalu selesa dengan apa yang diraih kini.

 

Saya dan keluarga besar Al-Humaira Contemporary perlu lebih inovatif, kreatif dan mendidik pelanggan mengenai apa yang terbaru untuk dihasilkan bagi memenuhi permintaan dan selera mereka. ia secara tidak langsung akan membuatkan pelanggan lebih menghargainya.

 

Sejujurnya saya dan pemilik jenama-jenama tudung yang lain mempunyai hubungan baik sesama kami. Kami saling menyokong antara satu sama lain.

 

Saya menyifatkan hubungan kami sebagai we are not competing but we are completing each other. Malah apabila melihat mereka berjaya, ia membangkitkan semangat kepada saya untuk melakukan yang lebih lagi dan berjaya juga seperti mereka.

 

Selain itu, kami juga menghormati antara satu sama lain. Misalnya jika jenama tudung ini sudah terkenal dengan stail bawal, printed shawl umpamanya saya tidak akan meniru kaedahnya atau stailnya kerana saya percaya masing-masing mempunyai hala tuju yang tersendiri.

 

Pernah juga pelanggan bertanya mengapa Al-Humaira Contemporary tidak keluarkan printed shawl kerana menjadi signature kami tampil dengan rekaan plain shawl. Kerana saya hanya mereka sesuatu shawl mengikut apa yang saya pakai.

 

Secara peribadi, saya tidak pernah menggayakan printed shawl kerana lebih selesa dengan plain shawl. Dan stail itulah yang saya terapkan dalam setiap rekaan Al-Humaira Contemporary.

 

Saya percaya, apabila kita melakukan apa jua pekerjaan dengan ikhlas dari hati, ia pasti akan membuatkan orang lain berasa lebih menghargai. Dari sudut lain, persaingan ini juga amat baik untuk menggerakkan dan memotivasikan saya agar bekerja lebih kuat.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Malaysia's Best Hijab Brand (@alhumairacontemporary) on

 

 

Pada pandangan Hani, sejauh mana pengaruh selebriti, duta kempen, bintang media sosial menjadi faktor pelaris dalam setiap koleksi yang dijual?

Kita tidak boleh menolak faktor itu kerana ini adalah zaman media sosial yang membuatkan orang ramai ingin tahu apa jua yang berlaku.

 

Saya tidak menafikan peranan selebriti dan bintang media sosial umpamanya memberi impak besar dalam sesebuah perniagaan. Tetapi ia bergantung kepada hala tuju jenama tudung itu sendiri.

 

Bagi kami, menampilkan seorang model sebagai wajah wakilan Al-Humaira amat penting. ia secara tidak langsung memberi tanggapan, “oh, dia ni model Al-Humaira,” dan membantu daripada aspek pemasaran.

 

Seperkara lagi, sudah menjadi lumrah dalam kalangan masyarakat kita yang suka melihat sesuatu yang cantik. Dan untuk itu, kami di Al-Humaira Contemporary perlu tampil dengan identiti tersendiri.

 

Misalnya kami hanya mempunyai model tertentu sebagai wajah hadapan jenama ini. Malah bukanlah sesuatu yang mudah untuk mencari model yang bukan sahaja cantik tetapi karakter juga pembawaan dirinya serasi dengan DNA jenama kami.

 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Malaysia's Best Hijab Brand (@alhumairacontemporary) on

 

 

 

Bercakap mengenai trend, sukar atau tidak meramalkan kehendak dan selera penggemar jenama ini?

Senang pun tidak, sukar pun tidak. Pada saya interaksi dengan pelanggan amat penting. Malah setiap kali kami mengeluarkan koleksi terbaru, apa jua yang laris dijual atau sebaliknya kami akan mendapat maklum balas daripada pelanggan.

 

Malah mereka turut berkongsi input menerusi e-mel dan sebagainya untuk penambahbaikan bagi koleksi akan datang.

 

Contohnya, jika ramai yang mahu kami restock ia memberi isyarat bahawa sesuatu koleksi itu menepati kehendak mereka. Daripada situ kami belajar dan perbaiki untuk memudahkan kami memahami kehendak dan selera pelanggan.

 

 

 

Engagement Hani sendiri dengan para pelanggan, bagaimana? Adakah Hani peruntukkan masa membalas komen di Instagram umpamanya atau lebih selesa memberi kepercayaan kepada staf?

Sejak awal penubuhan Al-Humaira lagi saya banyak melibatkan diri di balik tabir. Tetapi tidak dinafikan terdapat sesetengah pengasas jenama tudung yang tampil sendiri ke hadapan.

 

Misalnya merekalah yang menjadi muse kepada jenama sendiri. Bagi saya pula, dari dulu hingga kini, saya sebenarnya lebih selesa bekerja di balik tabir.

 

Dan bercakap mengenai engagement dengan pelanggan, saya mempunyai staf yang bertanggungjawab menyelia semua komen di media sosial.

 

Tetapi sesekali saya akan periksa sendiri dan baca maklum balas yang diterima daripada pelanggan. Jika berkelapangan saya akan balas semua komen. namun bukanlah satu persatu, mati saya! (hahaha)

 

 

 

intrend alhumairah 4

 

 

 

Harapan Hani terhadap Al-Humaira untuk masa hadapan, adakah mungkin bakal tampil dengan rangkaian pakaian atau punya perancangan lain?

Saya mahu fokus dalam fesyen tudung dan fokus untuk berkembang dan meluaskan rangkaian di peringkat global. Memandangkan kini kami mempunyai agen di Thailand, Brunei dan Singapura ia memberi kelebihan untuk kami lebarkan sayap ke negara-negara ini.

 

Sekurang-kurangnya ia adalah medium permulaan untuk kami lebih dekat dengan penduduk di sana selain mengukuhkan dan memberi kefahaman lebih jelas ke mana hala tuju Al-Humaira Contemporary supaya memudahkan mereka menjual produk kami.

 

 

 

intrend alhumairah 5

 

 

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.