Jan 05, 2018 - 304

Scha Alyahya, Izara Aishah & Maya Karin SURI HATI MR. DESIGNER! — Siapa Dia? Anda Kena Baca

Pereka berbakat besar ini tidak pernah ketinggalan menghasilkan karya dan hasil seni yang mengangkat namanya dalam liga tersendiri. Syaiful Baharim pereka tempatan yang sering menghasilkan helaian yang indah. Ayuh, kenali pereka ini.

 

 

 

 

Oleh: Huda Hussain 

 

 

 

 

 

 

PEREKA berbakat besar ini tidak pernah ketinggalan menghasilkan karya dan hasil seni yang mengangkat namanya dalam liga tersendiri. Walaupun dikenali sebagai seorang pereka yang pendiam, namun melihat setiap koleksi rekaannya seakan-akan menggambarkan sisi lain daripada identiti diri yang sebenar.

 

Sentiasa menghasilkan sesuatu yang segar selain menerapkan konsep ‘less is more’, Syaiful Baharim masih kekar mengungguli kelas fesyen lebih sedekad lamanya.

 

 

 

Sepanjang penceburan anda dalam industri fesyen, koleksi mana yang paling dekat di hati dan mengapa?

Menyiapkan koleksi untuk diperagakan di London. Ia memberikan kepuasan yang tersendiri kerana seluruh tenaga, masa, wang ringgit dan idea dicurahkan untuk menyempurnakan koleksi itu. Dan saya bersyukur kerana berpeluang melakukannya.

 

 

 

 

 

 

‘Signature’ stail yang masih dikekalkan dalam setiap rekaan?

‘Draping or tailored cut’.

 

 

 

Jika diberi pilihan percutian; menginap di pulau atau bermalam di kawasan pemandangan bukit-bukau/gunung-ganang? Mengapa?

Pulau kerana saya suka dan jatuh cinta kala melihat keindahan pantai. Serba-serbi segar rasanya!

 

 

 

 

 

 

Antara sifat ‘gentleman’ yang anda warisi daripada bapa?

Saya dididik dan sering diingatkan untuk tidak menyusahkan orang lain.

 

 

 

Lagu yang mungkin ‘annoying’ tetapi alahai... melekat pula dalam kepala?

‘I Am Me!’

 

 

 

 

 

Nasihat daripada sesiapa yang masih diingati hingga kini?

Hidup seboleh- bolehnya jangan menyusahkan orang. Dan ia merangkumi semua aspek, baik kerjaya, perhubungan dengan orang sekeliling mahupun soal peribadi.

 

 

 

 

 

Seorang gadis lebih manis dan cantik pada padangan anda apabila dia...

Memakai baju kurung. Cukup untuk membuatkan sesiapa terpesona melihatnya. Apatah lagi jika ia bersulam dengan kelembutan dan adab susila, sempurna sebagai gadis Melayu terakhir. Gitu....

 

 

Tempoh paling pantas menyiapkan sesuatu busana?

24 jam!

 

 

 

 

S.Baharim

A post shared by baharim (@syaifulbaharim) on

 

 

 

 

Apa lagi yang bisa InTrend lakukan untuk penambahbaikan kandungan pada masa akan datang?

Meningkatkan pengisian lokal dalam segmen fesyen seperti ‘fashion spread’ dan lain-lain.

 

 

 

Masa depan industri fesyen, apa yang mahu dilihat?

Lebih banyak produk yang berkualiti, segar, kreatif dan berani mencuba sesuatu yang baru.

 

 

 

 

 

 

 

Jika dikatakan zodiak seseorang memberi pengaruh dalam cita rasanya menggayakan fesyen, setuju atau tidak?

Pada saya bergantung kepada personaliti setiap individu itu sendiri. Ada yang sesuai menggayakan sesuatu fesyen atau stail dan begitu juga sebaliknya. Daripada perspektif lain, pada hemat saya tidak semua zodiak dapat dizahirkan dalam rekaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

S.Baharim

A post shared by baharim (@syaifulbaharim) on

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.