Nov 15, 2017 - 1466
InTrend Gala 2017 bakal menyaksikan gemerlapan kilauan elemen neon dan zodiak. Ya, kami menunggu kehadiran Capricorn, Aquarius, Pisces, Aries, Taurus, Gemini, Cancer, Leo, Virgo, Libra, Scorpio dan Sagittarius. Ayuh, kita hangatkan malam serba gah dan glamor ini!
Pentas utama bakal dimeriahkan dengan pertunjukan fesyen 12 pereka lokal pilihan InTrend iaitu Jovian Mandagie, Rizman Ruzaini, Nurita Harith, Syaiful Baharim, Rico Rinaldi, MimpiKita, Brian Khoo, Syomirizwa Gupta, Innai Red, Azura Mazaruddin, Zerry Zamry dan Afiq M.
Kehangatan diteruskan dengan penyampaian 12 anugerah yang mencalonkan barisan selebriti pujaan kalian untuk kategori masing-masing antaranya Neelofa, Scha Alyahya, Syafiq Kyle, Ayda Jebat dan ramai lagi. Tidak ketinggalan persembahan mantap Dayang Nurfaizah, Marsha, De Fam, DJ Nazkimo dan Hael Husaini bagi meraikan 12 tahun InTrend.
Saksikan 'Live Update' Malam Anugerah #InTrendGala2017 di Instagram ; Facebook InTrend dan Twitter
Acara ini dibawakan oleh:
Penaja Rasmi: Renault
Rakan Fesyen: Carlo Rino
Rakan Solekan: Lancome
Rakan Dandanan: Snips
Rakan Televisyen: H! Live
Rakan Radio: Era FM