Sep 25, 2014 - 7

Karnival Planet Gempak @ Johor Bahru

InTrend akan menemui orang Johor sekali lagi menerusi acara Planet Gempak Astro

gempak-jb-2.jpgKARNIVAL PLANET GEMPAK @ JOHOR BAHRU Published on Monday, 30 September 2013 14:00
InTrend akan menemui orang Johor sekali lagi menerusi acara Planet Gempak Astro, kali ini bertempat di Plaza Angsana Johor Bahru.

Butiran lanjut adalah seperti berikut:
Acara: Karnival Planet Gempak Astro
Lokasi: Plaza Angsana Johor Bahru (di kawasan letak kereta terbuka)
Waktu: 10.30am – 10mlm
Tarikh: Selama dua hari berturut-turut 5 & 6 Oktober 2013 (Sabtu dan Ahad)

Agenda:
  • Demonstrasi mempertahankan diri dan mencegah jenayah oleh Encik Saiful Hamiruzzaman b. Mohd Hazir dan Kickstart Academy
  • Demonstrasi tatarias wajah dan solekan oleh jurusolek selebriti, Zulfazli Suhadi
  • “Pencarian Wajah InTrend” untuk mencari personaliti menawan. Pemenang berpeluang muncul dalam ruangan kecantikan InTrend di samping memenangi hadiah eksklusif daripada InTrend
  • Juga, games menarik dan hadiah-hadiah percuma untuk pengunjung khemah pink InTrend.

Cara-cara penyertaan “PENCARIAN WAJAH InTrend”
  1. Peserta “Pencarian Wajah InTrend” perlu mengisi borang penyertaan yang disediakan oleh pihak Astro Publications. Setiap peserta perlu membaca dan memahami Terma-terma Syarat dan Peraturan sebelum menandatangani borang penyertaan sebagai tanda persetujuan.
  2. Jurugambar Astro Publications akan merakamkan foto peserta di lokasi booth “Pencarian Wajah InTrend” dan memprosesnya untuk tujuan publisiti.
  3. Foto-foto peserta akan dimuat naik secara berperingkat di laman web, FaceBook, Twitter, YouTube dan Instagram InTrend. Gambar-gambar peserta akan turut dipaparkan dalam majalah InTrend.
  4. Tiga pemenang akan dikenalpasti daripada pencarian ini. Ketiga-tiga pemenang akan dihubungi oleh pihak penganjur.
  5. Ketiga-tiga-tiga pemenang akan muncul dalam ruangan Kecantikan dan Fesyen InTrend.

Majalah Intrend! Facebook, ikuti kami di Twitter and Instagram.